Perempuan.

31 2 0
                                    

Bukan semua perempuan mempunyai hati yang ketal, jiwa yang kuat. Bukan. Walaupun terkadang bibir menguntum senyuman, perasaan dilubuk hati tiada siapa pernah terokai, tiada siapa pernah tahu. Perempuan diciptakan untuk mempunyai hati yang lembut walaupun terdapat sesetengah yang kuat hatinya. Walau bagaimana kuat pun si dia, pasti terdapat hari hari yang dia menangis, berduka, sayu kerana sesuatu. Kerana itu, perempuan ini perlu dijaga dengan baik, perlu difahami tanpa ada penafian, perlu dilindung tanpa mengira kecil atau besar musibah yang diterima. Perempuan mempunyai hati yang mudah tersentuh dengan setiap perlakuan. Mudah retak. Mudah berdebar. Perempuan tidak mudah mengatakan cinta. Mereka bermain teka teki. Memberi petunjuk bahawa mereka mempunyai suatu perasaan, sayang akan pada seseorang. Peritnya rasa melihat seorang perempuan menangis, hanya kerana seseorang yang sudah lagi tidak menghargai kasih sayangnya. Perempuan mempunyai banyak emosi, terkadang kita sendiri bingung dengan perempuan. Tapi apabila kita sudah mulai faham perempuan, dalam hati terdetik suatu perasaan yang membuatkan kita senang dengan perempuan. Perempuan sebenarnya ialah sebuah permata yang nilainya tidak dapat dikira banyaknya. Perempuan.

Nukilan Seorang RemajaWhere stories live. Discover now