SEUNGCHEOL mengambil dan membuka surat yang berada pada coklat itu. Dia membaca isi di dalam surat itu.
Sunbaenim Seungcheol:
Saya harap sunbae sudi menerima coklat
memberikan daripada saya ni.
Saranghae sunbae. ❤Park Hyomin.
Seungcheol merenyuk surat itu dan buang ke dalam tong sampah. Dia bangun dan keluar dari kelasnya itu.
"Nah! Ambik ni."
Seungcheol memberikan coklat itu pada rakan sekelas. Dia terus berjalan pergi ke arah kantin sekolahnya. Semua pelajar perempuan mula berbisik sebaik sahaja Seungcheol sampai.
"Hyomin! Tengok tu. Sunbae kau dah sampai lah." ujar Jinsol.
"Dia nak apa?" tanya Hyomin.
"Mungkin, dia dah tengok coklat yang kau bagi tu." ujar Rina.
Hyomin memandang ke arah Seungcheol. Seungcheol kelihatan begitu biasa-biasa sahaja. Seungcheol sampai ke tempat mereka. Seungcheol tersenyum sinis pada Hyomin.
"Sunbae (senior)." panggil Hyomin.
Seungcheol meletakkan dua belah tangannya di atas meja dan merapatkan mukanya pada Hyomin.
"Jadi... Kau lah Park Hyomin yang berikan aku coklat tu?" tanya Seungcheol dengan senyuman sinis.
"Ne (Ya)." ujar Rina.
Seungcheol mengilat hujung bibirnya sambil menganggukkan kepalanya. Semua pelajar perempuan berbisik-bisik lagi.
"Saranghae sunbae... Cit!" Seungcheol ketawa.
Hyomin memandang muka Seungcheol dengan pelik.
"Kelakar lah. Kau... Tak rasa kelakar ke?" tanya Seungcheol dengan senyuman sinis.
Hyomin hanya mendiamkan diri.
"Kau ni memang perasan sungguhkan. Kau ingat aku sukakan kau. Tolonglah jangan perasan lebih." perli Seungcheol.
Hyomin mengetap bibirnya. Dia rasa malu sangat-sangat apabila seniornya memalukannya depan semua orang. Hati Hyomin saat itu meluap-luap menahan malu. Hyomin cuba untuk senyum.
"Sunbae... Saya rasa sunbae salah orang ni. Saya tak pernah sukakan sunbae. Mungkin saya tersilap tulis." ujar Hyomin yang cuba untuk mempertahankan dirinya.
Seungcheol ketawa. Semua orang mereka berdua dengan hairan.
"Kalau aku ada kertas tu lagi... Aku akan tunjukkan pada semua yang ada dekat sini."
Seungcheol menunjuk ke arah semua orang.
"Kau berani?!" Seungcheol mencabarnya.
Hyomin bangun dari duduknya. Dia mengambil makanannya dan mencampakkan ke arah muka Seungcheol. Semua orang terkejut dengan tindakkan Hyomin itu. Seungcheol kelihatan bengang dengan Hyomin.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...