Bab 16

181 31 0
                                    

MINGHAO meletakkan barang yang di beli tadi di atas meja dapur.

"Mian (Maaf). Kalau barang yang di beli ni merepek sikit." ujar Minghao.

"Mworago (Apa kau cakap)?!" marah Jinsol.

Mereka bergaduh lagi. Mingyu melihat isi di dalam beg plastik itu. Dia menganggukkan kepalanya.

"Cukuplah untuk makan malam." ujar Mingyu.

"Ok! Yeoja (gadis). Masak sekarang. Kita yang namja (lelaki) ni, pergi lepak dekat depan. Gaja (Jom pergi)!"

Minghao terus menarik lengan Mingyu dan Wonwoo pergi ke ruang tamu. Termanggu-manggu Hyomin, Rina dan Jinsol dibuatnya.

"Aku mana reti masak!" ujar Jinsol.

"Aku pun sama." ujar Rina dah memuncungkan mulutnya.

Hyomin menghela nafasnya dan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia melihat isi di dalam beg plastik itu. Ada sayur kobis, ramen, ayam, daging, daun sup dan kentang. Hyomin mengerut dahinya.

"Apa benda kalian beli ni, kalau tak nak masak?" tanya Hyomin.

"Mana tahu daging tu nak buat bbq." ujar Rina.

"Apa benda merepek buat bbq sikit ni je daging ni?!" ujar Jinsol.

"Alah... Aku main agak je."

Rina membuat muka kesian.

"Boleh tak?! Jangan gaduh dekat sini! Sini tempat masak bukan gaduh!" marah Hyomin.

Naik turun, naik turun nafas Hyomin menahan marah.

"Hyomin..." pujuk Rina.

"Yang kalian tak reti masak... Sila pergi ke depan." ujar Hyomin.

"Gaja (Jom)."

Jinsol terus menari tangan Rina pergi ke ruang tamu. Dia membuka pintu ruang tamu dan menutupnya semula. Jinsol terus duduk di atas sofa.

"Eh?! Bukan kau kena masak ke? Kenapa kau ada dekat sini?!" tanya Minghao.

"Aku tak reti masak. Jadi, aku dan Rina duduk sini diam-diam!" ujar Jinsol dalam nada yang marah.

Mingyu terus bangun dan keluar dari ruang tamu itu.

"Ya Mingyu! Nak pergi mana tu? Haish!!" tanya Minghao.

Hyomin kelihatan sedang memotong sayur kobis dan membasuh sayur itu. Seterusnya, dia membasuh beras dan memasaknya ke dalam periuk nasi. Hyomin mengambil daging dan memotong elok-elok. Mingyu hanya memerhatikannya dari jauh.

"Ahh!!! Aww.."

Hyomin menahan sakit jarinya. Jarinya terkena pisau. Mingyu terus pergi ke arah Hyomin dan membawanya ke singki.

"Neo gwaenchana (Awk tak apa-apa)? Lain kali jangan mengelamun semasa memotong."

Hyomin tidak mempedulikan kata-kata Mingyu. Malah dia hanya melihat jarinya yang luka sahaja. Muka pucat lesu. Mingyu membawa Hyomin duduk di meja dapur.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now