Suasana pada petang itu semakin kelam.Awan mendung mula berkuasa.Langsir di bilik Auliya Muneera kelihatan beralun-alun diterbangkan angin.Si gadis sunti itu sedang menongkat dagu di atas meja yang berhadapan dengan jendela biliknya.Mata redupnya khusyuk memerhati dua ekor burung yang sedang bermain keriangan.Mereka saling berkejaran di pohon angsana itu.Buat seketika dia terasa seperti ditarik ke mesin waktu dan kembali ke 6 tahun yang lalu.Ketika dia sedang leka bermain dengan Marissa,adiknya...
Kalau bukan kerana Marissa yang mengajaknya bermain,pasti dia akan tidur nyenyak pada malam itu.Namun,kerana ingin menjaga hati si kecil itu,dia sanggup bersengkang mata semalaman semata-mata untuk bermain dengan adiknya.Banyak perkara yang dilakukan mereka pada malam itu sehinggalah jarum jam dinding di bilik Auliya menunjukkan angka tiga pagi.Marissa tertidur kepenatan di katil kakak kesayangannya manakala Auliya mengemas biliknya yang berselerak dengan alat permainan adiknya.Entah kenapa pada malam itu Marissa benar-benar beria-ria hendak bermain dengan kakaknya.
Gedengang!!!Pintu biliknya ditolak kasar.Muncul dua lelaki berkulit gelap bertopeng hitam dan di tangan mereka memegang pisau.Auliya lantas berpaling dan terkedu.Bagaimana mungkin mereka boleh masuk ke dalam rumah ini sedangkan pengawal keselamatan ada di luar?Dia dapat merasakan kesedihan yang bakal menimpa dirinya tidak lama lagi.Hatinya resah memikirkan keselamatan keluarganya lebih-lebih lagi Marissa yang sedang tidur di atas katil itu!Ah,mereka sedang mendekati adikku!Tidak!Aku takkan biarkan!
Auliya menolak kedua-dua pemuda itu dengan kudratnya sekuat yang boleh sehingga mereka tertolak beberapa langkah ke belakang.
Kedua-dua lelaki itu naik berang.Salah seorang daripada mereka menghayunkan pisau ke leher Auliya namun berjaya ditepisnya menggunakan kepantasan tangannya.Pisau di tangan lelaki itu terjatuh ke lantai.Sekali lagi lelaki itu cuba mencederakan Auliya tetapi kali ini tanpa menggunakan senjata tajam.Lelaki itu cuba untuk menumbuk pipi Auliya tetapi cubaannya gagal sekali lagi apabila Auliya dengan tangkasnya mengelak.Mereka terus bergelut.
"Apa masalah korang ni hah?!"jerkah Auliya.Dahinya berpeluh-peluh..
"tanyalah orang tua kau tu!"jawab lelaki itu.
"Hah?!Apa salah diorang?"
"Banyak"
"Kenapa datang sini?Apa salah kami?"soalan yang sama masih ditanya.Dia mahukan penjelasan bagi persoalan yang menghantui dirinya.Apa yang ayah dan ibunya telah lakukan sehinggakan mereka datang ke sini?
"Diamlah minah!Kami datang sini bukan nak sembang dengan kau.Kami ada kerja nak dibuat!"tungkas salah seorang daripada mereka.
"Tolong jangan apa-apakan keluarga saya.Tolonglah..."rayu Auliya.Kedua-dua lelaki itu saling berpandangan dan mengukir senyuman sinis penuh kejahatan.
"Saya boleh bagi berapa saja yang korang minta tapi tolong jangan apa-apakan keluarga saya..."Auliya menawarkan duit untuk mengaburi mata mereka.
"Kami tak nak duit.Kami nak nyawa adik kau!"
Muka Auliya memerah menahan marah.Marissa pula menjadi taruhan.
"Jangan harap!!!"Auliya menjerit.Lelaki itu mengangkat pisau yang tadi terjatuh dan...
Zupp!!!Darah terpercik ke wajahnya.
"Adik!!!!"Jeritan itu bergema di segenap ruang biliknya.Air mata hiba seorang kakak mula mengalir.Hatinya bagaikan dipijak-pijak.Auliya memandang tubuh adiknya yang berlumuran darah.Dia mencium pipi adiknya sambil menitiskan air mata.Jasad yang tidak berdosa sudah menjadi mangsa.Tikaman itu tepat mengenai jantung Marissa.Degupan jantungnya,nafasnya dan nadinya...Semuanya sudah terhenti!Memang benar apa yang dirasainya sebentar tadi..Kini,kesedihan benar-benar menimpa dirinya...Semoga Marissa tenang di alam sana.
"Tak guna!!!"Aliya mengeluarkan rasa marahnya kepada dua lelaki itu lantas dia memberikan tumbukan paling kuat dan tepat mengenai dada kedua-dua lelaki itu sehinggakan mereka terhantuk bucu meja belajar milik Auliya lalu jatuh pengsan..Betapa dashatnya penangan tumbukan seseorang ketika sedang marah.Dengan lemah longlai, dia berjalan menuju ke bilik ibu dan ayahnya.Entah apa pula yang terjadi kepada mereka.Harapan Auliya agar ibu dan ayahnya masih selamat...
Sebaik sahaja pintu bilik ibu dan ayahnya dibuka...Auliya mendapati..
Look around yourself...Can't you see this wonder..Spreaded in front of you..The Cloud is floating by...The sky so clear and blue..Planets in the orbit..
Lagu lantunan Maher Zain 'open your eyes' membawa pulang Auliya dari kisah silamnya.Dia melihat nombor yang tertera pada skrin nokianya yang berada di genggaman.Nombor ni tidak termasuk di dalam senarai kenalannya.Punat hijau ditekan.
"Waalaikumussalam.Siapa ni?Ehh tak.Saya bukan Fiya.Awak silap orang ni.Ya ya.Tak apa.Waalaikumussalam."Auliya menghela nafas panjang.Silap orang rupanya.
Nokianya berbunyi lagi mendendangkan lagu dari Maher Zain.Eh,nombor siapa pulak ni?Baru sahaja Auliya hendak menjawab panggilan,pemanggil telahpun mematikan talian.Silap nombor agaknya.Fikirnya...
p/s : Sorry sangat2 kalau cerita ni x best..Saya hanyalah manusia biasa dan mempunyai banyak kekurangan...Saya menulis cerita ni hanya untuk menghilangkan bohsannn yang melanda..
YOU ARE READING
Izinkan aku bahagia
RomanceMengharungi liku-liku kehidupan tanpa keluarga di sisi mengajarnya erti kesabaran dan ketabahan..Konco-konco Jeff sentiasa berusaha menjejaki Auliya Muneera dan keluarganya untuk membalas dendam... Auliya Muneera pula terpaksa menyamar sebagai g...