Pertemuan yang tidak diduga

35 6 0
                                    

Tahun ini Stella telah mencapai umur 9 tahun. Andrew telah membesarkan Stella dengan penuh kasih sayang. Andrew tidak pernah meninggalkan Stella keseorangan. Andrew bimbang jika musuh lama akan datang kembali mengganggu Stella.

Selepas kematian ibu dan bapa Stella, Andrew telah membawa Stella pergi jauh dari rumah mereka. Andrew tidak mahu Kayle dan Luke mencederakan Stella. Dia sedar bahawa Kayla dan Luke akan memburu Stella selagi seluruh keturunan Kevin dan Adara tidak dihapuskan. Andrew telah membawa Stella ke suatu tempat yang sunyi berdekatan hutan. Tempat itu tidak ada ramai penduduk. Dengan itu, keselematan Stella akan lebih terjamin.

"Pakcik Andrew....Stella bosan laa..hmm" Stella menarik tangan Andrew. Sejak kecil lagi Stella tidak mempunyai rakan untuk bermain. Andrew merupakan rakan, pakcik, dan ayah bagi Stella.

"Okay! Jom kita main sorok-sorok" ajak Andrew.

"Alaa..tak nak main tu. Asyik main sorok-sorok je. Bosan la!" Stella membuat muka masam tanda dia merajuk dengan Andrew.

"Habis tu..Stella nak main apa? Bagi tahu pakcik," pujuk Andrew dengan mencubit pipi tembam Stella.

"Pak cik......boleh tak kalau Stella nak pegi main dalam hutan?" Stella membulatkan matanya lalu mengelipnya beberapa kali untuk meraih simpati pakciknya itu.

"Bukan pakcik tak nak bagi tapi Stella kan masih kecil. Bahaya tau dalam hutan tu. Sorang-sorang pulak tu,"Andrew sangat bimbang akan keselamatan Stella kerana dia telah berjanji dengan ibu Stella untuk menjaganya sehingga Stella berkahwin dengan lelaki yang boleh mengubah takdir Stella.

"Boleh la! Stella janji tak akan pergi jauh. Stella cuma nak tengok tupai dalam hutan tu je," cubaan kedua Stella untuk memujuk Andrew supaya memberi kebenaran.

"Okaylah! Tapi janji dengan pakcik jangan pergi jauh2. Sekejap je tau!" Kata Andrew sambil mengangkat tangan gaya orang yang ingin bersumpah.

"Yeah! Stella janji dengan pakcik. Stella tak akan pergi jauh dan balik runah dengan segera, okay!" Stella bersumpah demi mendapatkan kebenaran pakciknya itu. Selalunya Stella akan mengikuti Andrew memasuki hutan untuk berjalan-jalan melihat keindahan hutan. Stella dengan hutan tidak dapat dipisahkan. Stella gemar melihat kehijauan dan bunyi kicauan burung di dalam hutan itu. Bagi Stella, bunyi semula jadi hutan dapat memberi ketenangan kepadanya

Stella pun memasuki hutan dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga. Dengan bakul di lengannya, Stella menghayati bunyi kicauan burung. Stella sering mengumpul bunga yang cantik dan wangi untuk dibawa pulang. Bunga-bunga itu akan ditaburkan ke dalam tab mandinya itu. Sudah menjadi tradisi dan adat bagi vampire untuk mandi dengan air bunga. Bau bunga itu dapat menghilangkan bau darah yang kuat daripada badan vampire kerana darah merupakan makanan bagi vampire. Sejak kecil lagi Stella diajar untuk mandi air bunga setiap hari.

"Emm...wanginya bau bunga ni! Balik ni boleh bagi dekat pakcik Andrew sikit bunga ni. Hihihik," Stella tergelak sambil menutup mulutnya. Stella teringat masa dia tidak tahu pakciknya itu sedang mandi air bunga dalam bilik mandi lalu menerjah bilik air itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Pakcik Andrew terkejut lalu menjerit macam perempuan. Stella ketawa terbahak-bahak bila tgk pakcik Andrew sedang mandi bunga. Pelik bagi lelaki untuk mandi bunga.

Semasa Stella sedang asyik mengutip bunga, dia ternampak kelibat seorang lelaki. Manusia. Selama ni Stella belum pernah bertemu manusia kerana Andrew tidak membenarkan Stella bergaul dengan manusia. Stella masih kecil. Oleh itu, kegilaan dan ketagihan darah membuatkan Stella bertindak di luar jangka. Dia tidak dapat menahan keinginannya itu untuk menghisap darah. Lebih-lebih lagi darah manusia kerana darah manusia lebih manis dan sedap bagi vampire tapi Stella tidak pernah merasa darah manusia. Selama ini Andrew hanya memberikan Stella minum darah haiwan sahaja. Andrew takut Stella tidak dapat menahan ketagihannya terhadap darah manusia.

"Wah! Cantiknya bunga yang awak lukis tu ," kata Stella dengan muka yang teruja kepada budak lelaki itu.
Budak lelaki terkejut dengan kehadiran Stella dibelakangnya. Budak lelaki itu cuba melarikan diri daripada Stella tetapi sempat ditahan Stella.

"Tunggu! Saya cuma mahu melihat lukisan awak sahaja. Jadi, jangan takut dengan saya," kata Stella sambil mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. Umur budak lelaki itu seperti sebaya dengan Stella.

Budak lelaki itu pun kembali duduk di tempatnya kembali untuk meneruskan lukisannya tanpa menghiraukan kehadiran Stella.

"Mmm..apa nama awak? Saya Stella,"Stella cuba memperkenalkan dirinya tetapi sedikit pun budak lelaki itu hiraukan dia." Okay. Tak pe. Saya harap kita boleh jadi kawan sebab saya tak pernah ada kawan. Esok kita jumpa lagi di sini ye!" Kata Stella sambil berlari pulang je rumah sambil melambai tangan kepada budak lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nantikan sambungannya minggu depan. Saya akan cuba update story ni setiap minggu^^
Maafkan saya kalau story ni tidak menarik^^saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya
Jangan jadi silent reader pulak ^^ comment, vote
Jangan lupa follow my acc^^

Miracle FateWhere stories live. Discover now