EPISOD 1

34 4 3
                                    


Gambar batu ditangkap.

"Cun!"

Dia mulai melangkah ke arah desiran air terjun di sebelah baratnya bagi mengintai keindahan alam. Bunyi air tersebut seolah-olah mengajak berdamai. Tenang dirasakan.

"Fuhh..." gumamnya lagi.

Suhu sejuk menggigit tulang-belulangnya. Ibarat satu tusukan cecair berebut-rebut memenuhi ruang-ruang urat dan diangkut bersama-sama eritrosit untuk mengangkut oksigen. Dia memeluk tubuhnya kemas.

Dalam kesibukan mengamati suasana hening itu, dia adakala terfikir;

'Jika benar aku ini manusia normal, kenapa aku tidak seperti manusia lain?'

Dia membelek tangannya yang berwarna kelabu asap berstruktur keras dan akan berdeting apabila dicuit elemen besi. Apa yang memusyikilkan adalah hanya tangan sebelah kirinya sahaja yang berwarna begitu.

Mungkinkah ia teknologi zaman dahulu kala? Di mana orang-orang tua dahulu kala sering mengagung-agungkan kehebatan dan kekuasaan yang ada. Mereka taksub dalam berlumba-lumba ingin membuktikan kehebatan masing-masing. Sehingga terjadinya bunuh-bunuhan.

Dia tahu, zaman itu sangat teruk. Tiada nilai suci agama yang dipelihara. Semua ibarat mahu mengalih sisi Tuhan. Akibat dari ketidaksedaran bahawasanya mereka sedang melanggar hukum Tuhan, mereka diazab dan dicela. Buktinya, tempat yang pernah menjadi rujukan kehebatan teknologi zaman itu musnah. Letupan yang mengorbankan hampir keseluruhan puak eropah itu tidak meninggalkan sedikit pun kesan ke atas penghuninya. Semuanya hancur dimamah ledakan tersebut.

'Ehh?'

Dia merasakan satu aura lain. Dia kemudian terus memejamkan mata rapat. Lama dia berkeadaan begitu malah tubuh dan alam bersatu. Ibarat sedang berkerjasama mahu merasakan aura yang hadir itu aura yang baik atau jahat.

"Arghhh!!!"

Dia tersentak. Libasan kasar ditepis lalu langkah silat dibuka dengan penuh gaya dan keyakinan. Kini, dihadapannya seorang lelaki gagah berdiri sambil cuba menyambung semula pedangnya yang terbelah dek pelanggaran dengan tangan kirinya. Pedang itu dipenuhi cahaya biru yang berjaya mengubah semula pedang tersebut dalam keadaan seperti sediakala. Dia yang menyaksikan sedikit kagum dan dalam masa yang sama dia juga tertanya-tanya mengapa lelaki ini masih mengganggu kehidupan sehariannya.

"Kau ganggu aku berfikir!" marah dia. Hal ini kerana, lelaki yang baru menyerangnya tadi bukan kali pertama datang menyerang malah hampir setiap hari dia akan datang dan mengganggu. Dia cuba untuk melawan, namun berdesup lelaki tersebut hilang.

Terasa deruan angin kuat saat lelaki tersebut menghilangkan diri melanggar tubuhnya. Namun, dia sedikit pun tidak terkesan akan impak angin tersebut.

"Berani kau muncul lagi, Azou!" kata dia. Ya, dia kenal lelaki itu.

...

Dia digelar lelaki besi.

Minggu sebelum itu;

"Aku Zaren." Zaren memperkenalkan dirinya kepada seorang tua. Orang tua itu sememangnya amat terkenal di kawasan perkampungan di situ. Orang tua yang mempunyai kuasa dalam seni mempertahankan diri. Kuasa yang dia miliki hanya menjadi pengetahuannya sahaja. Dia tiada anak murid dan dia tidak mahu menjadi guru kepada sesiapa. Bukan kerana dia kedekut ilmu, tetapi dia bimbang sekiranya ilmu yang dia wariskan kepada anak muda atau sesiapa sahaja dia situ akan menyebabkan ilmunya disalahguna. Amatlah bahaya sekiranya itu yang terjadi.

Menurut orang tua itu lagi, dia bisa menyelami hati seseorang apabil berada berdekatan dengan orang tersebut. Tambahnya lagi, setiap manusia memiliki aura-aura tersendiri. Setiap manusia memegang warna-warna tersendiri. Ada yang mempunyai niat yang baik dan ada yang cuma berniat jahat untuk kepentingan diri. Dunia kini kian bahaya. Tidak hairanlah dia enggan mewariskan ilmunya kepada sesiapa.

"Bahagia bertemu kau, Zaren. Apa kau tahu tujuan aku datang ini?" tanya Qamar. Ya, lelaki tua itu Qamar namanya. Zaren menggeleng. Lelaki tua itu tenang sahaja melihat reaksi Zaren. Dia tidak tesenyum ataupun terkejut.

"Aku ke sini atas satu arahan." pendek Qamar menjelaskan. Zaren hanya tegak membatu. Dia menanti-nanti apa bait bicara yang bakal dilafazkan orang tua itu. Dalam hatinya pula sedikit tertanya-tanya apakah arahan itu. Adakah dia subjek utama arahan yang Qamar sedang laksanakan itu kerana tiba-tiba Qamar datang dan memperkenalkan dirinya. Secara jujurnya Zaren janggal dengan lelaki tua itu. Selain daripada dirinya diperhatikan orang ramai yang lalu lalang di pasar pagi ini, dia juga terkejut akibat lelaki tua hebat ini mahu bertemu dan bercakap dengannya.

"Kau ada misi dan misi ini hanya untuk mereka yang mampu bertahan. Kau rasa?"

Zaren hanya membatu. Dia tidak faham apa yang dikhabarkan lelaki tua itu. Kenapa harus dia?

"Fikir-fikirkan lah. Nanti, bila sampai masanya aku akan datang semula anak muda. Untuk menjemput kau menjalankan misi ini." sambung Qamar. Barulah nampak mukanya dihiasi senyuman sedikit berbanding tadi riak wajahnya hanya mendatar.

"Te...tapi.." Zaren bicaranya tergantung. Qamar terus pergi tanpa menunggu bait bicara yang Zaren hendak keluarkan kerana dia terlebih dahulu sudah tahu apa yang bakal Zaren bicarakan.

'Kau yang paling sesuai, Zaren. Ternyata aura bapamu ada bersama kau dan aura itu nampaknya lebih kuat dan hebat.'

Qamar hilang dalam lautan manusia yang sibuk menjalani aktiviti jual beli di situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZAREN | KEMBARAWhere stories live. Discover now