B A E K H Y UN

303 25 20
                                    

Pang–!

Terteleng kepala Daeun ke kiri dek tamparan hebat daripada suaminya, Baekhyun. Pecah hujung bibirnya. Daeun menyetuh hujung bibirnya itu. Bukan sekali dia ditampar Baekhyun tapi berkali-kali!

"Kau ni! Tak ada benda lain ke, kalau tak menyusahkan aku!" lantang suara Baekhyun. Bergema suaranya di dalam kediaman itu. Baekhyun menarik rambut Daeun kuat. Hampir tercabut kulit kepala Daeun. Baekhyun mengheretnya lalu kepala Daeun dihantuk-hantuk ke dinding.

"Baekhyun! Sakit!" Baekhyun langsung tidak mempedulikan Daeun yang mengerang kesakitan itu. Apa yang dia tahu, dia masih tidak puas menyeksa gadis itu.

"Baekhyun, lepas! Jebal!" Baekhyun akhirnya lepaskan cengkamannya tatkala dia melihat darah mula keluar mengalir dari kepala Daeun.

"Kenapa nyawa kau ni liat sangat huh, perempuan? Aku nak kau mati. Tapi tak nak aku tikam kau ke tembak kau ke, terus mati. Tak bestlah kalau macam tu. Aku nak 'bermanja-manja' dengan kau dulu." tutur Baekhyun sambil bermain-main dengan rambut Daeun. Daeun menggigil ketakutan. Matanya sudah bengkak kerana selalu menangis dengan perbuatan kejam Baekhyun.

"Kau memang tak layak hidup, betina! Kau dah bunuh semua keluarga aku! Dan sekarang kau kena hidup dalam neraka yang aku cipta ni!" Baekhyun ketawa kuat. Daeun menggeleng-gelengkan kepalanya. Bukan dia yang bunuh keluarga Baekhyun, bukan dia.

"Apa geleng-geleng? Betulkan kau bunuh keluarga aku! Kan! Jawab!" Baekhyun mencengkam muka Daeun. Wajah bengisnya semakin menakutkan Daeun.

"Baek.. betul. Saya tak bunuh keluarga awak. Tu kembar saya.. percayalah." lemah suara Daeun. Baekhyun menguatkan lagi cengkamannya membuatkan Daeun mengerang sakit.

"Tipu! Aku tak pernah percayakan kau perempuan!" Pipi Daeun ditampar sekali lagi dengan kuat sehingga kedua belah pipinya dan hujung bibir Daeun bengkak teruk.

"Mana Baekhyun ni? Takkan dah pukul 1 tak balik-balik lagi." omel Daeun sendirian. Matanya tidak lekang dari memandang ke arah pintu. Saat dia terdengar bunyi enjin kereta Baekhyun. Dia tak dapat senyum dengan lebar memandangkan bibirnya luka teruk dek ditampar oleh Baekhyun.

"Baekㅡ"

"Oppa, siapa perempuan ni?" soal seorang gadis yang berpakaian terdedah sambil memandang Daeun dengan pandangan menjengkelkan.

"Ni? Oh. Orang gaji." retak hati Daeun mendengar balasan Baekhyun yang sedang mabuk teruk itu. Matanya sudah berair. Tinggal empangannya pecah saja. Dia melihat gadis itu memapah Baekhyun hingga masuk ke bilik. Daeun membiarkannya buat beberapa minit. Dia fikirkan gadis tersebut sekadar ingin menghantar Baekhyun ke bilik.

Daeun tercegat dihadapan pintu menunggu gadis tadi turun semula. Tapi tiada tanda-tanda gadis itu akan turun semula. Daeun sudah memikirkan bukan-bukan. Dia menutup dedaun pintu perlahan. Kakinya dihayunkan menuju ke tingkat atas. Sesampai dihadapan bilik Baekhyun, dia tanpa teragak-agak memulas tombol pintu bilik Baekhyun. Terbuntang matanya melihat aksi yang menyakitkan hatinya dan memang tidak patut dia lihat!

"Baekhyun.." Daeun berlari masuk ke dalam biliknya dengan air mata bergenang laju membasahi pipinya. Pilu hatinya. Kali pertama, dia melihat Baekhyun berbuat sebegitu.

"Unnie, kenapa unnie buat macam ni? Kenapa? Betul ke, unnie dah bunuh keluarga Baekhyun? Tapi kenapa?" bertubi-tubi Daeun menyoal sedangkan dia tahu dia tidak akan mendapat jawapan itu. Sungguh dia terseksa dengan Baekhyun. Dia sangkakan jika dia berkahwin dengan Baekhyun dia akan bahagia. Tetapi, dia salah. Baekhyun seorang yang kejam.

[C] [SHORT FANFIC] I'm Sorry, Love • 『 미안해, 내 사랑 』 • EXO Baekhyun FanfictionWhere stories live. Discover now