"AMBIL air ni." ujar Wonwoo.
Dia memberikan air mineral pada Rina. Lambat-lambat Rina mengambilnya.
"Gomawo (Terima kasih)." ucap Rina lemah.
Wonwoo terus duduk di sebelah Rina sambil melihat keadaan Rina. Rina masih lagi dengan muka masam kerana dia baru sahaja reda dari tangis.
"Neo gwaenchana (Awak tak apa-apa)?" tanya Wonwoo.
"Ne (Ya)." bohong Rina.
Wonwoo membuka penutup botol air mineral itu lalu meminumnya. Dia bermain dengan menutup botol. Dia memandang Rina di sebelahnya. Dari tadi, dia hanya memegang botol itu tanpa meminumnya.
"Kalau... Awak ada masalah, cerita lah." ujar Wonwoo.
Rina masih mendiamkan diri. Wonwoo mengusap leher belakangnya lalu menyambung minum air.
"Ada orang nak bunuh saya." ujar Rina.
"Bukk!"
Tersembur Wonwoo apabila mendengar Rina bercakap sedemikian. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Rina mengusap belakang Wonwoo.
"Minumlah air betul-betul." pesan Rina yang masih mengusap belakang Wonwoo.
Wonwoo memandang Rina yang di sebelahnya.
"Awak... Awak cakap apa tadi?" tanya Wonwoo yang masih terbatuk-batuk.
"Emm.. Ada orang nak bunuh saya." ujar Rina.
Wonwoo memandangnya dengan hairan.
"Rina, awak cakap betul-betul."
Rina sudah membuat muka masam.
"Muka saya ni, muka penipu ke?" marah Rina.
"Ye la... Kalau ada orang bunuh awak, mesti ada motifnya." jelas Wonwoo.
Rina seperti sedang berfikirkan sesuatu.
"Orang tu ada bagi saya surat." ujar Rina.
"Apa dia tulis?" tanya Wonwoo.
"Dia tulis... 'Aku akan pulang. Sudah lama kita tak berjumpa. Aku harap kali ini, kita dapat berjumpa lagi. Kau tunggu sahaja ketibaanku.' Ayat dia tu.. menakutkan saya."
Rina sudah mula risau.
"Mungkin tu dari sepupu awak ke? Mak Cik awak ke?"
Rina terus memotong kata-kata Wonwoo.
"Tak... Bukan dari mereka. Dalam surat tu ada gambar tengkorak dan saya dapat hadiah, dalam hadiah tu ada anak patung tengkorak. Maksudnya orang tu memang betul-betul nak bunuh saya!"
Rina mahu menangis apabila menjelaskan pada Wonwoo.
"Eotteohge, Wonu~ (Macam mana ni, Wonu~)" Suara Rina saat itu sudah bergetar menahan tangisnya.
Wonwoo mahu mengusap kepala Rina tetapi dia membatalkan hajatnya.
"Gwaenchanha (Tak mengapa). Saya ada. Saya..."
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...