Episode 37

5.6K 360 10
                                    

ELEMENTALIST merasakan tekanan ketika pari-pari The Guardian itu memandang mereka.

"Tolong. Kalahkan Kai Vari. Sekiranya dia masih hidup, Altarian akan berada didalam bahaya."

"Kalahkan... Kai?" Kayna menanya lagi. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Ya. Kami mohon." Spinel menundukkan sedikit kepalanya. Amethyst dan Citrine juga.

"Kami akan cuba. Untuk kalahkan seseorang yang hidup lebih dari tujuh puluh tahun memerlukan pengalaman yang tinggi." Kata Ariel.

"Kami boleh memberikan memori kamu yang pertama."

Elementalist terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh Amethyst.

"Boleh ke?" Tanya Leo.

"Tentu." Citrine menjawab dengan yakin.

ketiga-tiga pari-pari itu terbang dan mengelilingi kolam itu. Sama seperti apa yang dibuatnya sebelum ini. Kolam itu bercahaya lagi dan cahaya kali ini lebih terang daripada yang tadi.

Elementalist merasakan sedikit pening dikepala mereka. Satu gambaran dimana merupakan memori diri mereka yang pertama bermain dikepala mereka dengan laju.

Beberapa saat selepas itu, gambaran itu hilang dari kepala mereka. Mereka jatuh terduduk secara serentak. Kepala dipegang untuk menahan rasa berat.

"A-apa tu?" Tanya Laura.

"Itu ialah memori kamu." Spinel mendekati mereka berenam.

Kayna memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Matanya sudah menitiskan air mata.

"Kayna. Kamu tidak apa-apa?" Citrine mendekai Kayna dan memegang bahu Kayna.

"Ya. Saya tak apa-apa." Kayna mengangkat kepalanya.

Elementalist bangun namun masih memegang kepala mereka. Wajah Kayna menjadi sendu sehabis sahaja dia melihat memori dirinya yang pertama.

"Kamu semua boleh tolong kami kan?" Amethyst menanya lagi.

"Ya." Jawab Elementalist serentak dan yakin.

"Untuk mengalahkan Kai, kamu harus menikam jantungnya. Kerana jantung ialah tempat dimana cahaya Stonecrystal itu berada."

Elementalist mendengar kata-kata Citrine dengan seksama. Sesaat selepas itu, Citrine menyambung lagi.

"Tetapi, sekiranya satu cahaya Stonecrystal kembali ke Stonecrystal, kamu juga akan kehilangan kuasa kamu."

Elementalist terkejut mendengar ayat yang baru sahaja dikeluarkan oleh Citrine.

"Tapi, dalam gambaran tadi, diri kami yang pertama dibunuh tapi Kai masih ada kuasanya. Kenapa?" Kayna menanya dengan nada yang agak tinggi.

"Itu kerana Kai tidak menikam kamu tepat pada jantung kamu. Dia tahu sekiranya jantung kamu ditikam, cahaya Stonecrystal didalam badannya juga akan hilang." Amethyst menjawab pertanyaan Kayna.

Pari-pari The Guardian itu melihat Elementalist yang seperti tidak bermaya.

"Kami faham sekiranya kamu takut. Kamu tidak mahu kehilangan kuasa kamu."

"Tidak." Elementalist mengangkat kepala mereka serentak.

"Kami akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan Altar dari bahaya." Ariel menjawab sambil memandang The Guardian dengan yakin. Elementalist lain dibelakangnya juga memiliki pandangan yang sama seperti Ariel.

"Terima kasih. Kamu masih sama baiknya." Pari-pari The Guardian itu tersenyum.

"Oh ye. Saya ada nak tanya sesuatu." Reyra mencelah.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now