Bab 23

181 27 0
                                    

PINTU kelas di buka dengan perlahan-lahan. Hyomin berjalan pergi ke arah tempatnya. Dia masih lagi berdiri lalu meletakkan begnya di tempatnya. Hyomin memejamkan matanya buat seketika dan menghela nafasnya. Dia cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru saat itu.

Mingyu yang baru sahaja sampai ke kelas. Dia ternampak Hyomin yang masih berdiri di sebelah tempatnya. Mingyu berjalan perlahan-lahan pergi ke arah Hyomin lalu memeluk Hyomin dari belakang. Hyomin terkejut. 'Siapa pula?!' Mingyu baru sahaja mahu mendaratkan dagunya di bahu Hyomin, Hyomin terus menolak Mingyu. Hyomin langsung memandang Mingyu dengan pandangan yang marah. Mingyu hairan dengannya. Sebelum ini, Hyomin tak marah pun Mingyu buat sedemikan.

"Hyomin~" panggil Mingyu.

"Boleh tak?! Jangan buat macam tu lagi! Aku tak suka, tau tak!!" marah Hyomin.

Hyomin terus berpaling mukanya daripada memandang muka Mingyu. Mingyu pasti, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan Hyomin sekarang. Dia cuba memujuk Hyomin.

"Hyomin, waeyo (Kenapa ni)?" tanya Mingyu lembut.

Hyomin tidak menjawab malah hanya memandang ke tempat lain sambil menahan marahnya. 

"Hyomin." panggil Mingyu lagi.

Mingyu menarik perlahan tangan Hyomin untuk menyuruh Hyomin memandangnya. Hyomin menarik tangannya semula. Tetapi masih lagi tidak memandang muka Mingyu. Mingyu menghela nafasnya.

"Sayang~ Pandang sini." pujuk Mingyu.

Hyomin masih tidak mempedulikan Mingyu. Mingyu memegang kedua bahu Hyomin dan memusingkan ke arahnya. Hyomin menepis tangan Mingyu.

"Jangan sentuh aku boleh tak?!" marah Hyomin lalu memandang muka Mingyu.

"Sayang, kenapa ni? Kenapa sayang marah-marah ni?" tanya Mingyu lembut dan cuba memegang kedua pipi Hyomin.

Hyomin menepis lagi tangan Mingyu. Marahnya apabila Mingyu cuba memegangnya lagi.

"Baiklah. Baiklah. Saya tak pegang." ujar Mingyu sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.

Hyomin mengalihkan pandangannya ke kanannya. Mingyu mengusap leher belakang. Dia harus mencari jalan untuk meredakan kemarahan Hyomin.

"Sayang~ Kenapa ni? Cuba cerita pada saya, apa yang berlaku. Ada orang kacau ke?" tanya Mingyu.

Hyomin tidak menjawab pertanyaan Mingyu. Malah dia hanya mendiamkan diri.

"Hyomin~ Cakap lah... Ada orang kacau awak ke?" tanya Mingyu lagi.

Hyomin mengangkat mukanya memandang Mingyu. Dia mengetap bibirnya menahan nangisnya. Mingyu semakin risau dengannya.

"Sayang~ Cakap. Siapa kacau? Siapa kacau sayang?" tanya Mingyu yang sudah memegang kedua bahu Hyomin dengan menundukkan sedikit badannya.

"Orang tu.."

"Siapa dia? Seungcheol?" tanya Mingyu.

Hyomin sudah mula menangis.

"Kenapa ni? Cakap lah sayang~"

"Dia... dia cium pipi saya. Saya cuba nak lupakan dia. Tapi dia selalu muncul dalam hidup saya. Saya tak nak... Saya tak nak jatuh cinta dengan dia lagi. Saya takut hati saya terluka lagi sebabkan dia..." jelas Hyomin dengan tangisannya.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now