Bab 24

184 27 0
                                    

HYOMIN dan Rina berjalan menuju ke kantin setelah loceng sekolahnya berbunyi. Semasa perjalanan mereka pergi ke kantin, Rina tak berhenti daripada memandang Hyomin yang berjalan di sebelahnya. Hyomin menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila melihat perangai Rina sedemikian.

"Waeyo (Kenapa)~?" tanya Hyomin.

"Kau tak nak ke? Cuba luahkan perasaan kau pada Mingyu?" tanya Rina sambil tersenyum.

Hyomin menghela nafasnya lalu memandang Rina di sebelahnya.

"Aku takut lah nak beritahu dia. Nanti jadi macam hari tu macam mana? Malu aku tahu tak?! Satu sekolah ni  jadi bahan perbualan mereka, pasal aku." jelas Hyomin.

Dia memandang Rina dengan muka tidak puas hati.

"HA! Yang kau tu. Tak nak pula cuba, luahkan perasaan kau tu pada Wonu."

"Takutlah jadi macam kau. Aku tak nak! Aku tak nak!" renggek Rina.

"Tau pun!"

Tiba-tiba ada seseorang datang dari belakang yang mengejutkan mereka berdua.

"BAA!!!"

Terangkat bahu mereka berdua. Hyomin dan Rina memusingkan badannya ke belakang ingin melihat siapakah orang itu.

"ISH! Apa lah dia ni." marah Rina pada Mingyu.

Hyomin hanya tersenyum melihat gelagat Mingyu itu lalu memandang ke hadapan semula. Mingyu meletakkan tangannya di bahu Hyomin. Hyomin memandang Mingyu yang berada di sebelah kirinya. Kelihatan Mingyu hanya tersenyum padanya. Hyomin melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Mingyu, awak sorang je ke? Mana Wonu?" tanya Rina.

Tiba-tiba ada seseorang berdehem dari belakang Rina. Rina menoleh melihat orang itu. Wonwoo berjalan di sebelahnya tanpa memandang Rina. Rina memuncungkan sedikit mulutnya.

"Wonu~!" panggil Rina sambil menarik lengan baju Wonwoo.

Wonwoo masih tidak mengendahkan panggilan Rina. Mingyu terpandang mereka berdua lalu menegur mereka berdua.

"EH! Ada orang tu tengah merajuk lah." sakat Mingyu pada Wonwoo sambil tersenyum menampakkan giginya.

"Ya (Hey)!" Wonwoo memandang Mingyu dengan muka tidak puas hati.

Mingyu hanya tersenyum padanya. Mingyu terus mengusap rambut Hyomin dengan ganas. Dia cuba untuk menyakat Hyomin pula. Hyomin memukul lengan Mingyu sambil membetulkan rambutnya. Mingyu hanya tersenyum. Wonwoo mengelingkan kepalanya.

"Tak habis-habis nak menyakat orang." ujar Wonwoo.

Mingyu tidak mempedulikan kata-kata Wonwoo. Malah dia menyakat Hyomin lagi.

"Pendek~" bisik Mingyu di telinga Hyomin.

Hyomin hanya buat tak tahu sambil tersenyum tanpa memandang muka Mingyu. Mingyu menggarukan kepalanya yang tidak gatal. 'Kenapa dengan dia ni? Tak marah pun.' bisik hati Mingyu. Mingyu cuba mengusik telinga Hyomin. Hyomin langsung memegang tangan Mingyu sambil tersenyum. Hyomin menggelengkan kepalanya. Mingyu makin hairan dengannya. Dia terus menarik tangan Hyomin supaya berhenti berjalan.

"Sayang~ Kenapa ni? Sayang sihat tak?" tanya Mingyu sambil memegang kedua pipi Hyomin.

Hyomin hanya mengelip-gelip matanya sahaja apabila memandang ke arah Mingyu. Mingyu pun sama mengikut Hyomin mengelip mata. Mingyu mula merapatkan bibirnya dengan bibir Hyomin.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now