BAB 12

252 14 10
                                    

"ARIANA, bos nak jumpa." Eva menyampaikan laporan.

Mengeluh lagi Ariana. Kalau sehari aku tak masuk bilik mamat tu, boleh mati agaknya mamat tu. Aku rasa dah macam bilik kedua aku dah bilik dia tu. Nak apa lagi ni?

"Bos dah seru. Saya masuk jumpa dia dulu, ya?" Beritahu Ariana kepada Edry.

Ariana rasa, kalau ada pertandingan siapa paling banyak masuk bilik big boss, rasanya tanpa undi dia mesti menang. Tak pun tempat kedua lepas Eva.

Ariana ketuk pintu. Tanpa mendengar izin dari dalam, Ariana melangkah masuk. Macam yang biasa dibuatnya.

"Ada apa Encik nak jumpa saya?" Soal Ariana.

Mata bertentang mata. Agak lama juga.

"Err... Encik! Mata tu, rasanya ada baiknya pandang tempat lain." Selamba Ariana tegur. Boleh meletup jantung kalau tengok pandangan Edzuary kepadanya sekarang.

Edzuary tersedar.

"Tu..." Edzuary memuncungkan bibirnya ke arah fail hitam yang bersusun tinggi.

"Aku nak kau susun balik ikut tarikh. Jadikan satu fail aje. Buang mana yang dah tak penting. Kau boleh tanya Eva yang mana yang dah tak penting." Edzuary memberi arahan.

Hai... Kerja macam ni pun aku ke yang kena buat? Kalau aku buka mulut ni, mesti satu aje jawapannya. 'Aku bos ker, kau bos?' Tak pun. 'Sebab kau aje yang tak ada kerja sekarang ni.'

"Okey." Ariana patuh.

Diambilnya fail-fail itu cepat-cepat sebab dia nak keluar dari bilik itu secepat mungkin. Tapi, tersalah langkah apabila fail paling atas itu jatuh. Habis terbang kertas-kertas di dalam fail itu.

Edzuary yang tengok pun jadi bengang.

"Cuba kalau aku bagi kerja tu, kau buat elok-elok. Clumsy betul!" Tinggi suara Edzuary.

Tak pasal-pasal clumsy dicopnya Ariana.

"Maaf." Ariana minta maaf. Sedar kesalahan diri. Dalam hati sibuk kutuk diri sendiri. Masa inilah semua nak jatuh. Tak boleh tunggu kat luar agaknya. Kenapalah mesti jatuh depan Edzuary?

Ada aje masalah yang dibuat oleh Ariana. Punyalah kemas fail itu di dalam tangannya, sampai ke tangan Ariana, tak sampai seminit dah berterabur. Edzuary geleng kepala apabila melihat Ariana duduk mengutip kertas-kertas itu.

Tanpa sedar, Edzuary turut bangun dan turut mengutip kertas-kertas yang berterabur itu. Ariana tak sedar sampailah tiba di kertas yang terakhir, dia dan Edzuary sama-sama pegang hujung kertas itu.

Ariana tergamam. Terus pandang Edzuary. Dan Edzuary juga turut memandangnya.

........................................................................

SUASANA di Edzuary Holdings sedikit riuh apabila tiba-tiba Tan Sri Erizal muncul secara mengejut. Tergamam habis staf di situ apabila nampak susuk Tan Sri Erizal itu. Semua tunduk hormat dan semua tertanya-tanya. Jarang sekali Tan Sri Erizal jejakkan kaki ke Edzuary Holdings.

Sudah tentulah kehadiran Tan Sri Erizal ke Edzuary Holdings tak lain dan tak bukan bertujuan untuk melihat aktiviti anaknya. Spot-check! Tan Sri Erizal tiba di aras lapan belas. Semua staf di situ bangun dan menyambut kedatangan Tan Sri Erizal.

"Eva, mana Ary?" PA Edzuary dicarinya terlebih dahulu.

"Di dalam bilik dia. Tan Sri nak I informkan dia dulu ker?" Takut-takut Eva bersuara. Ayah bosnya ini garang mengalahkan bosnya. Apabila jerit, mahu retak tapak bangunan lapan belas tingkat ini. Nyeri!

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now