Bab 25

174 27 0
                                    

HYOMIN dan Rina berjalan menuju ke rumah mereka. Rina perasan yang Hyomin dari tadi hanya mendiamkan diri. Rina mula bersuara.

"Hyomin~ Aku..."

Belum sempat Rina menghabiskan kata-katanya, Hyomin terus memotong.

"Aku bukan apa.. Cuma sedih sikit je bila Mingyu cakap macam tu. Mungkin tak ada jodoh rasa dengan dia." ujar Hyomin sambil tersenyum kelat.

"Jangan lah cakap macam tu. Aku pun sedih jugak tau."

Hyomin memandang Rina yang berjalan bersebelahan dengannya.

"Wae (Kenapa)?" tanya Hyomin.

"Peminat misteri saya tak bagi surat pun." ujar Rina dengan memuncungkan sedikit mulutnya.

"Ha'ah lah. Dah berapa lama dia tak bagi surat pada kau?" tanya Hyomin

Rina hanya menunjukkan 3 jari pada Hyomin. Maksudnya sudah tiga hari dia tidak mendapat surat.

"Eleh! Cuti sekolah pun nak ambil kira ke?"

"Harus lah!" marah Rina.

Mereka berdua meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tiba sahaja simpang empat, mereka terserempak dengan Seungcheol. Betul-betul di hadapan mereka berdua. Hyomin memandang ke tempat lain. Dia tak mahu memandang muka lelaki itu.

"Hyomin~" panggil Seungcheol lembut.

"Boleh tak jangan ganggu aku lagi." Hyomin memberi amaran.

Seungcheol hanya tersenyum ke arah Hyomin. Dia cuba memegang muka Hyomin. Hyomin terus menepis tangan Seungcheol.

"Kau nak apa ha?!" marah Hyomin.

"Sunbae, tolonglah. Jangan ganggu Hyomin lagi." rayu Rina yang sudah memeluk lengan Hyomin.

Seungcheol tsenyum sinis.

"Ini urusan aku dengan Hyomin. Kau tak ada kena mengena dengan hal ni. Jadi... Kau boleh balik!"

Hyomin memegang tangan Rina. Dia takut dengan Seungcheol yang tiba-tiba tengking ke arah Rina.

"Hyomin! Kau sini! Urusan aku dengan kau tak habis lagi." 

Seungcheol terus menarik lengan Hyomin dengan kuat-kuat.

"Rina! Rina!" panggil Hyomin.

Rina masih lagi memegang tangan Hyomin. Seungcheol terus memandang Rina dengan muka bengis.

"Kau! Lepaskan tangan HYOMIN!!!" tengking Seungcheol lagi.

Rina yang takut dengannya terus melepaskan pegangannya. Seungcheol terus menarik Hyomin jauh daripada Rina. Rina mengetap bibirnya dan memerhatikan mereka berdua dari jauh.

"Kau! Aku pujuk kau molek-molek! Kau tak nak dengar! KAU INGAT AKU NI APA, HA?!" tengking Seungcheol lagi.

Kali ini dia menarik rambut Hyomin. Hyomin cuba menahan sakit tetapi tidak boleh. Dia mula menjerit dan menangis.

"BILA AKU CAKAP!! KAU IKUT!! FAHAM!! KAU FAHAM KE TAK?!" tengking Seungcheol.

Hyomin hanya menganggukan kepalanya sambil menangis. Rina yang hanya berdiri dari jauh menutup mulutnya. Dia mahu menangis apabila Seungcheol berbuat sedemikian terhadap Hyomin. Seseorang sedang berlari dan menendang Seungcheol dari belakang. Terjatuh Seungcheol dan Hyomin. Tangan Hyomin terheret sedikit pada jalan. Hyomin memegang tangannya terasa sakit. 

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now