🍩

34 1 2
                                    

"Lambat lagi ke budak ni nak balik? Aku dah la lapar ni. Tadi kata balik awal lah,takde kelas lah,cikgu ada mesyuarat lah, dia ponteng kelas lah,keluar ikut pintu belakang lah ugh. Harap je muka macam cina tapi janji kalahkan melayu "kataku perlahan sambil termenung melihat jam tangan. Jam ni sayang kita yang lembab tu bagi hehehe

Tiba-tiba dahi aku rasa pijar sebab kena jentik. Okay setan mana pulak main jentik dahi ni

"Kau gila ke apa cakap dengan jam? Bukan ke selama ni kau gilakan aku je?Tengok tu. Gugurls tu tengok je aku dari tadi. Heh ni Daniel lah. Siapa je yang tak jatuh cinta kan?"

Haa tudia mai dah raja lambat.

Aku hanya menjeling sambil menggosok dahi yang kena jentik tadi. Kau ingat tak sakit ke ha

"Dah ah jom. Aku lapar ni. Cikgu tu boleh pulak lepaskan lambat ei."kata Daniel sambil membuat muka beruk.

Belum sempat dia melangkah,aku segera mencapai beg dia dan membuatkan dia terdorong ke belakang.

"Ewah sedap kau je eh. Aku tunggu kau dah lah lama lepastu dah datang, jentik dahi aku pulak. Lepastu paling setannya nak blah camtu je sekurang kurangnya mintak lah maaf ke bagi aku gula gula ke eeeee geramnyaaaaaa" bebelku sambil membetulkan uniform sekolah aku yang agak berkedut.

semua salah dia okay!

Giliran aku pula membuat muka beruk dan berjalan meninggalkan dia terpingga pingga. Heh jangan cari pasal dengan Herlina okayyy

"Atotototo sayang merajuk ye. Meh sini daniel pujuk" katanya sambil cuba mencapai tangan kanan aku

Aku segera berlari ke arah kedai makan berhampiran dengan kawasan parking kereta.

Tiba sahaja di kedai makan, aku terdengar perempuan-perempuan yang sedang menjamu selera itu mengata aku.

"Apahal lah tinggal Daniel dekat belakang. Ish dia ni takda perasaan ke"

"Eh Daniel lah. Maigaddddd comelnya muka diaaaaaahvxhzbzhhs"

"Perempuan tu merajuk ke apa.Pe
hal gedik sangat ee geli aku"

"Daniel tu ramai fans doooo ish aku nak selfie dengan dia ah. Tapi aku malu hiks hiks"

Aku segera duduk di kerusi dan mengeluarkan phone dari beg. Daniel duduk di hadapan aku dan membuat muka cemberut.

Bukan aku ke yang patut buat muka tu?

Dahlah penat lepastu kena dengar orang mengata aku pulak hm

"Dahla tu. Aku yang patutnya merajuk pun belum merajuk lagi. Ni kau dah merajuk dulu pehal( ¬ ∀ ¬ )" soal aku sambil merenung mata dia.

Mata dia sepet sangat i admit it.
Kenal Eric Nam? Yes macam tu lah!

"Hehehe saja je nak try merajuk. Nanti mesti kau pujuk punya ennnn sebab kau mana boleh nampak aku sedih sikit pun ennn" katanya sambil mencucuk cucuk pipi aku menggunakan jari telunjuknya.

Aku mengambil jari telunjuknya dan berpura pura ingin menggigit. Dia segera menarik tangannya kembali dan memasamkan wajahnya.

"eeee janganlah gigit jari oranggggg.mahal tahu tak"
aku tidak hiraukan kata kata dia dan terus ke kaunter untuk order makanan.

Ketika aku sedang memilih makanan yang sedap untuk aku dan daniel,aku merasakan ada tangan diletakkan atas bahu aku.
Aku hanya menolak tangannya tanpa menoleh ke arah pemilik tangan gatal tu.

Siapa lagi kalau bukan Daniel kan?

Daniel yang geram melihat reaksi aku segera menjentik dahi aku.Kemudian cuba untuk meletakkan tangan di atas bahu aku lagi.

Gais sakit okkkkkk!

"Hm kak bagi pepperoni pizza dengan orange juice dua okay"kataku kepada kakak kaunter itu. Kemudian aku memijak kaki Daniel yang dari tadi sibuk nak letak tangan atas bahu aku. Dia mengaduh perlahan dan cuba untuk menarik tangan aku.

Aku hanya membiarkan tangan aku ditarik dan menoleh ke arah dia dengan wajah selamba.

'Alamak muka dia merah haaa cemana ni. Dia marah keeeedndnjdsnsjsn'monologku sambil merenung wajah dia.

Dia melepaskan tangan aku dan berjalan ke arah meja yang dipenuhi dengan beg aku dan dia.

Aku rasa muka aku pucat gila sekarang ni. Macam mana nak mintak maaf niiiiiii
( ・ั﹏・ั)

Yours💕Where stories live. Discover now