Tak pernah sekali pun aku buat keputusan tanpa penyesalan. keputusan pertama yang aku fikir yang terbaik, terbijak hanyalah merupakan suatu kesilapanku, disebabkan kedegilanku yang membuat aku menjadi buta dan tuli dengan saranan dan nasihat orang.
Ok
Aku tak nak buat kisah sedih panjang panjang disini. Tapi setiap perkara yang aku lakukan selalu berakhir dengan penyesalan, walaupun mak aku ada bagi saranan kepada aku tapi aku degil, aku lawan juga.
Pertama kali masuk pra-universiti,
aku merayu pengetua untuk tukar subjek Accounting; pilihan pertama aku, ke Business ; pilihan kedua, yang mana masa tu kami sudah 2 minggu belajar. Pada mula-mula tu aku yakin aku boleh buat Accounting berbandingkan dengan Business. Lagipun aku termakan kata-kata orang yang cakap subjek Accounting ni mudah dapat kerja gaji tinggi. Selepas beberapa hari belajar, fikiran aku jadi serabut ditambah pula dengan cikgu yang garang. Hinggaplah penyesalan menyelubungi diriku. Rasa nak menangis setiap kali liat garis-garis, nombor dalam buku. Lepastu baru sedar Business tu lah yang terbaik bagi aku.Banyak lagi kisah penyesalan aku, tapi itulah salah satu yang tak dapat aku lupakan disebabkan terpaksa merayu mak, abah dan pengetua sekolah supaya tolong aku. Sejak itu mak mudah meletup macam gunung berapi kalau dia dengar aku menyesal, mengeluh dan mak kata aku tak ada pendirian. Aku tak nak bantah mak sebab semua yang dia cakap tu betul tapi taklah semuanya, lagipun kalau aku tak ikut nafsu sangat dan dengar cakap mak semua ni takkan berlaku.
Sekarang ni aku duduk dirumah menunggu keputusan A level samaada aku layak masuk universiti atau tak.
Jujur aku nak bekerja "part-time" sementara menanti keputusan A level aku, tapi aku ni suka tempat yang tak ada ramai pengunjung, tak ada ramai orang muda terutama sekali lelaki.
Mak suruh aku bekerja di kedai yang berhampiran dengan rumah kami tapi aku buat banyak alasan sebab aku tahu kedai kat sana ramai pengunjung, terlebih lagi kawan aku selalu datang sana dan aku tak suka bila terserempak dengan kawan aku kat luar.
Tapi ada ke kerja yang hanya duduk, tenang dan tak ada ramai orang? Sebab kerja macam inilah yang aku mahu.
Dan sebab itu lah aku masih belum dapat kerja sampai sekarang."Amboi, masih kat sini rupanya. Kerja rumah bila nak buat? Tu bawah tu belum sapu lagi" kata mak mengejutkan aku yang masih terbaring layu atas sofa.
"Kamu ni tidur akhir, bangun pun akhir. Kalau mak tak naik ke bilik dan kejut kamu tak tau lah bila kamu nak bangun!" Marah mak kepada aku.
"Mak tak nampak ke biji mata saya yang besar ni?" kataku sambil membesarkan mataku "Ini menunjukkan saya dah bangun"
"Ah itu aku tahu tapi tu badan kamu tu bila nak bangun?! Angkat badan tu bawa ke tandas, Mandi! dah pukul 1 petang ni!"
"Ok 5 minit lagi lah ye" kata ku sambil menutup mataku pura pura tidur.
Mak menghampiri aku lalu menarik kaki ku sehingga aku jatuh dari katil.
"Ow!" Jerit ku "Mak! Apa ni!""Hah! Kan jangan berani cabar mak, kalau mak sekali kata bangun, terus bangun jangan nak lawan." Kata mak dengan bangga.
"You, go shower. Now!" Kata mak sebelum menutup pintu bilik.
"Erghhh!!" dengan perasaan tidak puas hati aku bangun dari lantai sambil mengosok pinggang ku yang sakit.
Kali ni aku mesti cari kerja, tak kira di mana sekalipun. Aku tak nak sepanjang cuti ni hidup aku jadi macam ni. Aku mesti cari dan dapatkan kerja.
******
"Ami, mak dan ayah nak pergi kejap. Tolong kemas meja makan eh." Kata mak sambil mengangkat piringnya ke sink.
Mulutku ternganga " Apa? Lagi? Kenapa asyik Ami je yang mama suruh? Kak Nad dan Ila mana?"
YOU ARE READING
BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)
Romance"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai antik tu! Dapat boss macam Alien pula tu!" **** "Mulai dari sekarang, saya akan sentiasa datang ke kedai saya" Kata Hairi Ilham. "Problem?" ...