Kedua

86 4 0
                                    

'Jangan bangunkan ku pagi ini,
Biarkan ku tidur tuk selamanya,
Ku lelah bernafas,
Ku lelah untuk hidup.....'

'tittt'

   "Wuargghhhh.." lepas syaf mematikan nada dering henponnya tadi yang berbunyi nyaring menandakan hari sudah pagi.

   Syaf menguap, telepak tangannya menutup mulut yang ternganga. Matanya digosok pelan, mengelip-gelipkan mata beberapa kali. Syaf tak lupa juga membaca doa bangun dari tidur.

   Syaf lekas bangun dari katil, tuala yang tersidai di penyangkut dicapai terus menuju ke bilik mandi.

   Selesai mandi, syaf menyarungkan telekung dan mendirikan solat subuh. Syaf menadahkan tangan membaca doa, salah satunya doa untuk mama, adiknya dan daddy.

   Jam di dinding dilihat, baru jam 6:40 pagi. Syaf mengecek semula barang yang akan dibawa bersamanya nanti. Kot kot ada yang kurang atau terlepas pandang.

   Syaf mengenakan baju kemeja lengan panjang plain berwarna merah darah, dan seluar jeans warna hitam pekat. Rambutnya diikat satu di belakang.

   Jam tangannya ditilik, masih jam 7:15 , dan tiba-tiba bunyi pintu dikuak, reaksi syaf agak sedikit terkejut kerana pintu tidak di ketuk terlebih dahulu.

   Kepalanya menoleh kebelakang, ingin mengetahui siapakah gerangan yang telah menceroboh masuk ke dalam biliknya.

   Dan sosok yang tidak diingini muncul menampakkan diri.

   "huhhftt" syaf hanya berdengus kesal.

   'nenek kebayan ni pula yang datang, alahai bencinya dengan dia ni.' bebel syaf di dalam hati.

   Wajah kami bertentangan, menatap lama, rasa ingin sahaja tumbuk muka nenek kebayan berkenaan.

   Apa lagi yang dia nak pun tak tahu lah. Menyusahkan betul lah nenek ni. Kalau sehari tak nampak batang hidung dia tak sah, ada je nak masuk dalam pemandangan yang indah aku ni. haishh geram pula rasa.

   Lama kami merenung antara satu sama lain, lama-lama rasa muak pula tengok muka nenek  kebayan ni. Kalau cantik tak apa lah juga. Ni........ hmmm tak payah cakap lah, memang hampehh.

   Dan akhirnya aku mengalah, aku terlebih dahulu memulakan bicara.

   "hah!? nak apa?" ringkas dan padat dengan apa yang mahu syaf tanyakan.

   Raut wajah si nenek berubah, keningnya dikerutkan. Nampak sangat muka tak puas hati dia tu dengan aku. Tangannya bercekak dipinggang. Hishh rimaslah tengok dia, aku manalah nak kesah sangat pasal dia tu.

   Hening seketika, si nenek kebayan masih belum mengeluarkan sepatah kata-kata. Dan aku masih setia menunggu, kononnya je lah. ahakks.

   "aku cuma nak pesan kat kau, kau tak payah nak yek yek sangat ea, nanti kat sana kau tak payah nak manja sangat, kau jangan ingat kau anak dia, kau boleh dapat apa je yang kau nak, dan untuk pengetahuan kau, aku ni isteri dia, isteri yang sah. Yaaa walaupun isteri kedua, aku tak peduli dengan status tu. Dan aku akan dapat harta dia lebih dari kau, ingat tu, ingat sampai mati. ehh mati?!, oh ya aku baru teringat yang mama kau dah mati, dan lepas ni kau pula yang akan ikut jejak dia. haha." si nenek kebayan memulakan karangan bahasa melayunya. mukanya masih tak berubah macam nenek kebayan, perangai jangan cakap, lagi teruk dari muka. huh.

   Aku pun acuh tak acuh mendengarkan karangan panjang dia, dah muak, malas nak ambil tahu lagi. Yang aku tahu sekarang ni, aku kena singkirkan dia. Biar dia jatuh tersungkur dan tak boleh bangun lagi, merangkak pun jangan haraplah. Baru padan muka.

   "alahh memekak lah kau ni, dah lah asyik cakap benda yang sama je, jadinya tak. sampai mama aku dah tak ada pun kau masih belum dapat lagi apa yang kau nak. dari aku umur 9 tahun sampai aku dah 17, masih tak jadi apa, oh ya cuma yang kau berjaya adalah, membunuh mama aku dengan bakal adik lelaki aku. hufhh, haa k lah bye, malas nak layan orang giler macam kau ni." karangan aku pun lebih kurang panjang macam dia. Maklumlah tak nak mengalah. ahakkss.

   Aku pun terus berlalu keluar dari bilik, tangan kiri kanan penuh mengangkat barang. dan aku terlanggar bahu dia sikit semasa nak keluar tu. tapi aku sebenarnya memang sengaja pun, ahakkss.

   "woi sakitlah, aku belum habis lagi lah!!!" kedengaran si nenek kebayan menjerit bagai nak rak. sampai luar bilik pun masih kedengaran. Tu kalau daddy dengar tu, alasan apa lagilah dia nak beri. huhu. asyik nak kena cover je bila depan daddy, kesian aku tengok.

   "bebel je nenek tu, bukan reti nak diam ke apa ke, dah lah dah tua, lepas tu nak marah-marah je, lagi cepat tua lah kau dari usia. haha." perlahan syaf berkata-kata, kakinya masih berhati-hati ketika menuruni anak tangga.

   Aku mengambil kunci kereta daddy. Lalu kaki melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta. Bonet kereta kubuka, menyusun barang-barang ku dengan kemas.

   Setelah selesai, syaf memasuki ke dalam rumah kembali. Syaf berjalan menaiki anak tangga, untuk ke biliknya semula.

   Tiba diatas si nenek sudah tiada di dalam biliknya, syaf keatas cuma mahu memastikan tidak ada yang tertinggal dan untuk mengambil 'hulk'. Yelah takkan nak tinggal dia kan?! dia kan satu-satunya kawan baik yang sangat boleh dipercayai.

   Syaf turun dan duduk di sofa ruang tamu, sambil menunggu daddy dengan nenek kebayan siap. Tangannya sibuk membelai 'hulk'.

----------------------------------------------

Maaf jika ini membosankan anda si pembaca. Vomment amat diperlukan. terima kasih. salam sayang dari saya. 😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KebencianWhere stories live. Discover now