BAB 4

25 2 0
                                    

"Maaf, Tuan-"

"Hassan", inspektor Hassan bersuara apabila melihat Ash ragu-ragu untuk menyebut namanya.

"Oh, maaf Tuan Hassan"

"Takpe, tapi cik-"

"Ash"

"Oh haa, tapi cik Ash tetap kena bayar saman jugak atas kesalahan kelajuan pemanduan cik sebentar tadi"

"Sokay, I will pay for her"

Tiba-tiba suatu suara lelaki menyampuk dibelakang mereka. Serentak dengan itu mereka berdua menoleh ke belakang.

"Haa, alang-alang encik pun nak dapat surat saman dari saya eloklah bayarkan sekali untuk girlfriend encik ni"

'Heh?', Ash mendesis di dalam hati.

"Hahaha. Sorry la tuan inspektor, tapi kami memang suka bergurau" lelaki unknown itu berkata sambil angkat-angkat kening dekat Ash.

Gila ke mamat ni, nak bergurau kang dekat tetengah jalan raya, erghhh. Desis Ash di dalam hati.

"Saya paham encik, orang muda tengah bercinta ni lain macam berguraunya. Tapi janganlah sampai bergurau tetengah jalan raya ya cik. Lain jadinya kang kalau saya tak hentikan tadi." Inspektor Hassan menasihati dalam bergurau kepada mereka berdua.

"Baik tuan", serentak mereka berdua berkata.

'Ish, sebok jela mamat ni'. Ash menjeling lelaki tersebut dan menaikkan bebola matanya ke atas. Menyampah.

"Nah resit. Jalan lupa bayar tau, nanti berbunga bunga karang resit tu. Hahahaha saya gerak dulu. Haa, kome lepas ni nak bergurau dekat tempat lain yo. Karang tak menyempat naik pelamin kang", sempat inspektor Hassan berseloroh sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

Sepi.

Ash berlalu ingin menuju ke kereta Swift birunya.

"Ehem"

Ash menoleh.

"U forgot something miss"

Ash angkat kepala sikit yang bermaksud 'what'?

Lelaki menyebalkan itu mengibar-ngibarkan resit saman tadi ke arah Ash sambil buat muka annoying.

"Oh, thanks."

"What miss? I beg your pardon" kata lelaki itu sambil menahan gelak.

"Thanks encik!" laung Ash di tepi jalan raya itu. Orang lalu lalang menoleh memerhatikan mereka berdua.

'Apa pandang-pandang', Ash memandang geram orang yang lalu lalang itu. 'Aish, dah la geram dengan mamat ni tak habis lagi. Grr'

"Fikri. Just call me Fikri", sahut lelaki itu dengan senyuman yang sengaja dilebarkan.

"Erghh, whatever", gumam Ash geram.

"Anything else Encik Fik?"

"I-- "

"Nothing? Okay nice. Got to go, bye." laju Ash memotong percakapan Fikri lalu terus membuka pintu kereta Swift birunya. Sebelum masuk kedalam kereta, sempat Ash menjelirkan lidah kepada Fikri. Fikri terpaku kemudian tergelak melihat perlakuan Ash itu.

'Aahhh! I miss this little girl.' Kemudian dia tersenyum dengan penuh makna dan terus berjalan memasuki keretanya dengan perasaan yang sukar dijangka.

"Aish, those butterflies ,when I see her again. For a long time ago." Jantungnya berdegup laju. Dia menarik nafas dan menghembus dengan perlahan-lahan. Dia senyum sekali lagi dan terus meneruskan perjalanannya.

-----------------------------------------------------------

"Aishh, sumpah mamat tadi tu spoil mood je. Hm, nasiblah dia offer diri nak bayar. Selamat duit mak nak oii. Heh, memang patut ah dia bayar, dia kot punca semua tu. Eii" omel Ash lagi ketika sedang membelok ke selekoh kanan. Dia berhenti di Mahligai Parade Mall dulu untuk cuci-cuci mata ataupun mungkin membeli satu atau dua barang mungkin. 'Heh, mungkin.' Hajatnya untuk ke pantai ditangguhkan. Dia bercadang untuk pergi pada belah petang saja. 'Aish, ade ke giler ate kome nak ke pantei tetengahari haa.' Tetapi terdetik di hati Ash yang lelaki Fikri itu tadi pernah dilihatnya suatu ketika dulu. 'Ahh, pelanduk dua serupa je kot'. Dia mengendahkan sahaja perasaan itu dan menumpukan sepenuh perhatian pada mall di hadapannya.


POTRET (In The Making)Where stories live. Discover now