VAMPIRE 2 (PART 4)
Sampai dirumah masing-masing ingin tahu apa yang berlaku semasa J-Hope bersama Nara.
''Hope..cepatlah bagitahu..'' kata Jin yang tidak sabar untuk mendengar cerita J-Hope.
''okay...sebelum aku bagitahu aku nak tahu SAPE YANG TOLAK AKU TADI!!'' Jerit J-Hope . semua orang menunding jari kearah Rapmon. Rapmon tersipu malu.
''kau Mon...memang cari pasal betulah..kalau dia tahu niat sebenar kite macam mana? Aku yang mati dulu tau...'' kata J-Hope yang masih tidak puas hati.
''relakslah Hope...atleast kau boleh handle dengan baik..lakonan kau memang mantap..'' puji Rapmon untuk menyejukkan hati J-Hope.
''banyaklah kau...!!'' J-Hope mencebik.
''tadi aku just borak kosong dengan Nara..takde benda penting nak bagi tahu..'' sambung J-Hope lagi.
''kalau macam tu kau datelah dengan die..'' kata Jimin.
''giler kau...dia tu lah hantu..kau nak aku date dengan hantu? Sape lahirkan kau ni hah?'' marah J-Hope.
''J-Hope kenape kau panas baran sangat ni...'' Tanya Suga.
''hyung tak faham...'' kata J-Hope.
''kalau camtu trylah share dengan kiteorang..''sambung Jungkook.
''yelah..sebenarnyakan.....
-FLASHBACK-
Semasa Vernon menghidangkan wain kepada J-Hope, J-Hope ternampak pantulan daripada gelas itu. Pantulan itu merupakan pantulan Nara. Ngeri J-Hope dibuatnya walaupun J-Hope merupakan Pontianak. J-Hope mendapati wajah Nara menjadi hitam berkudis besertakan nanah hijau dan darah bewarna merah pekat. Taring yang panjang melepasi dagu dan mata merah menyala serta rambut kusut masai cukup membuatkan Jantung J-Hope boleh tertanggal. J-Hope mencari peluang bagaimana untuk keluar daripada rumah itu. Lebih mengerikan J-Hope mendapati Vernon berjalan tanpa jejak tanah. Kejadian itu membuatkan J-Hope menjadi trauma.
-END FLASHBACK-
Rakan-rakan J-Hope terkejut mendengar cerita itu. Nak tak nak mereka bertujuh mesti meneruskan misi menyelamat Nara walaupun lawan mereka merupakan makhluk yang agak kuat kuasanya. Berkali-kali dipujuk oleh Jin akhirnya J-Hope setuju untuk mengajak makhluk hodoh itu keluar bersamanya.
Pada keesokan harinya, J-Hope berdiri didepan rumah Nara dengan berasa sangat gementar sehingga boleh Nampak tangan J-Hope menggigil. J-Hope memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu rumah makhluk itu.
KNOCK,KNOCK,KNOCK..
J-Hope mengetuk pintu rumah Nara. Kemudian Vernon membuka pintu.
''mana Nara?'' Tanya J-Hope.
''ada dekat atas..''jawab Vernon ringkas
Vernon memanggil Nara. Tidal lama kemudian, Nara menuruni tangga sambil memandang kearah J-Hope yang sedang berdiri tak jauh daripada pintu rumah Nara.
''ade ape J-Hope datang sini?'' Tanya Nara dengan nada lembut.
''seb...sebenar..nya...'' J-Hope menampar mukanya untuk menghilangkan rasa gemuruh tambah dengan rasa takut yang membuak-buak di dalam hatinya.
''J-Hope nak ajak Nara keluar...means Date...'' kata J-Hope dengan penuh keyakinan.
'' *Nara ketawa kecil* baiklah..tunggu sekejapnya Nara nak tukar baju..'' Kata Nara lalu pergi semela ke biliknya.
J-Hope menghembus nafas panjang.
Tidak lama kemudian, Nara turun dengan berpakaian cantik. Sebelum bertolak ke tempat yang igin dituju, Nara telah berpesan kepada Vernon.
''jaga rumah ni elok-elok terutamanya pintu tu..''pesan Nara sambil menjeling kearah Vernon. Vernon menunduk faham. J-Hope dengar pesanan Nara kepada Vernon itu tapi dia haya berlakon seperti tidak mendengar apa – apa untuk mengelakkan syak wasangka.