Sarah

2.1K 66 59
                                    

Jururawat wanita tersebut berdiri sambil mencekak pinggang. Matanya tepat memandang ke arah Kapten Thaqif.

"Haahhh.. Jawablah.  Nak menyusup pergi mana? Sini bukan asrama sekolah nak fly sana sini? "

Tanya jururawat tersebut.  Nada suaranya kedengaran agak serius. Mungkin dia menjangkakan Kapten Thaqif ingin lari keluar dari hospital.  Bukan seorang dua yang pernah lari dari hospital. Tetapi  ramai yang sudah berbuat demikian.

"Awak merepek apa ni? Tak akanlah saya yang sedang terlantar sakit ni nak lari dari hospital pula. Eh San. Tak ada jururawat lain ke selain dari dia ni hah?  Muka je cantik,  tapi perangai macam singa lapar", sengaja sebenarnya Kapten Thaqif melontarkan kata-kata kutukan sedemikian, agar persoalan mengenai perkara untuk curi keluar dari hospital  tersebut akan dilupakan oleh jururawat tersebut.

Muka jururawat tersebut jelas tampak kemerahan. Kulitnya yang putih melepak itu membantu proses pertukaran warna kulit jururawat tersebut menjadi merah.  Tanda jururawat itu sedang menahan marah.

"Eiiii.. Awak ingat. Saya nak sangat ke jaga awak ni? Kalau tak kerana tugas saya ni.  Tak hingin saya nak jaga awaklah, biawak!"

"Eh! biawak awak panggil saya? Apa nama awak ni?

"Sibuk je nak tahu nama orang. Huh!"

Sambil menunjukkan mimik muka yang menjengkelkan, jururawat tersebut berlalu meninggalkan Kapten Thaqif dan juga Sarjan Hassan yang terpinga-pinga apabila dimarah sebegitu rupa.

"Kah..kah..kah", gelak ketawa Sarjan Hassan memenuhi ruang wad di hospital.

Kapten Thaqif merenung tajam kepada Sarjan Hassan.

"Kau ni San. Aku lempang karang. Kau pula yang duduk atas katil ni. Nak?"

"Errr..... Bukan apa kapten. Bukan senang nak tengok kapten yang berpangkat kapten elit kena marah dengan orang perempuan. Jangan-jangan perempuan tadi jodoh tuan nanti?"

Pang!!!!!! Satu das lempangan menggegarkan wad lelaki tersebut.

***************************************

Sarjan Hassan mula membuka kelopak matanya sedikit demi sedikit. Kepalanya masih sakit dan juga pening. Dia memalingkan kepala ke kiri kanan. Keliru dengan apa yang terjadi. Seingat dia, sepatutnya Kapten Thaqif yang terlantar di atas katil wad ini.

Perlahan demi perlahan penglihatan Sarjan Hassan semakin jelas. Apabila dia menoleh ke kanan, kelihatan satu susuk tubuh tegap sedang duduk di atas kerusi disebelah katilnya. Susuk tubuh yang sangat dia kenali.

"Kapten! Kenapa saya ada dekat atas katil ni. Saya ke kapten yang sakit ni"

"Aku sihat dah. Kau tu yang sakit. Jenis bergurau bukan-bukan. Makanlah pelempang aku tu."

Sarjan Hassan baru teringat. Dia pengsan kerana dilempang oleh Kapten Thaqif kerana bergurau tidak kena pada tempatnya.

"Errrrr berapa lama saya pengsan ni kapten"

"Lebih kurang 8 jam jugaklah"

"Allahuuuuuu.."

Mengucap panjang Sarjan Hassan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Selama ini peribahasa itu sering Sarjan Hassan baca di dinding-dinding sekolah sewaktu zaman persekolahan dahulu. Kadang-kala dia menggunakan peribahasa tersebut dalam karangan Bahasa Melayu untuk menambah dramatik dan puitis karangan dia tersebut.

Sekarang baru-barulah Sarjan Hassan memahami apakah sebenar-benarnya maksud peribahasa tersebut. Sarjan Hassan bingkas bangun dari katil wad tersebut.

"Kapten duduklah. Kapten yang sakit. Bukan saya"

"Aku dah ok ni San. Kau jela duduk. Rasa bersalah pula aku tengok kau kena lempang berbuih mulut tadi. Doktor dan jururawat perempuan menjengkilkan tu terkejut ingat kena apa. Aku kaborlah kau terkena sawan babi"

"Ish! Kapten ni. Sawan babi dikatanya."

"Kah..kah..kah.. rasakan"

"Serik dah saya kapten"

"Tahu pun kau. Dah. Sekarang masa untuk kita serius. Misi kita pada hari Jumaat ni perlu kita selesaikan. Lepas ni kau balik. Kumpul segala maklumat yang kau boleh dapatkan. Nanti aku bagi lokasi yang telah aku tinjau sebelum ini. Pergi sana dan buat intipan sekerap mungkin. Namun awas, jangan sampai terdedah"

Kapten Thaqif memberikan taklimat ringkas mengenai misi yang bakal dia dan Sarjan Hassan lakukan dalam tempoh sehari dua ini. Misi getir. Ancaman pengganas perlulah ditangani dengan sebaik mungkin.

"Baik tuan! Saya pergi dulu kapten. Pagi esok saya datang melaporkan segala informasi yang telah saya dapat. Kapten rehatlah dulu. Serahkan je pada saya."

"Aku tahu san. Bodoh-bodoh kau ni pun. Kau bab ni memang boleh diharap. Untung aku ada anak buah macam kau ni San"

Kembang kempis hidung Sarjan Hassan apabila mendengar pujian yang diberikan oleh pegawai atasannya. Bukan selalu dia mendapat pujian. Selalunya hanya makian dan deraan fizikal yang kerap dia dapat.

"Hnsss..hnss....hnssssss..hnsssss.. Terima kasih Kapten. Bangga kejap rasanya"

"Geram pula aku bunyi dengusan kau ni San. Sudahlah. Pergilah cepat. Aku nak tidur jap ni"

"Baik kapten!"

Kapten Thaqif meletakkan kepalanya di atas bantal. Badannya terasa sengal. Mungkin kesan hentakan yang berlaku akibat jatuh daripada tempat tinggi. Namun dia tahu, dia terpaksa melupakan kesakitan yang dia alami kerana misinya adalah segala-galanya. Kelopak mata Kapten Thaqif menunjukkan tanda-tanda keletihan. Sedikit demi sedikit Kapten Thaqif menerjah masuk ke alam mimpi.

***************************************

"Hoi! Bangun. Saya nak periksa awak ni. Hoi! Bangunlah. Dah mati ke?"

Dalam kesamaran Kapten Thaqif membuka matanya. Kelihatan jelas jururawat perempuan yang menjengkilkan sedang mengejutkan dia.

"Eh! Awak ni. Saya ni kan sakit. Kejut elok-elok tak boleh ke?"

"Eleh! Mengada je lebih. Harap je badan tegap. Tapi mengada."

"Aik! Macamana tahu badan saya tegap ni? Awak tengok badan saya masa tidur ya?"

Kapten Thaqif mengangkat keningnya berulang kali. Sengaja dia melakukan perkara tersebut kerana ingin menyakat jururawat tersebut. Jururawat tersebut hanya membalasnya dengan membuat mimik muka ingin termuntah.

"Aik? Belum sentuh dan mengandung. Hebat betul saya ni. Wowwwwww!!!", Sekali lagi Kapten Thaqif mengusik jururawat ini.

"Eiiiiii!!!! Geramnya saya" balas jururawat tersebut.

Namun mata Kapten Thaqif terpandang sesuatu ke arah dada jururawat tersebut.

"Awak tengok apa ni hah! Gatal! Miang!"

"Eh! Fikir bukan-bukan pulak. Tak selera saya tengok awak ni. Tu hah! Saya tengok tanda nama awak tu. Rupanya nama awak Sarah. Nama sedap, tapi tuan badan garang macam singa", jelas Kapten Thaqif.

"Ah! Malas saya layan awak ni. Kerja saya dah habis"

"Kah...kah...kah.. Wahai kaum lelaki. Kita memperolehi kemenangan yang pertama!!!", jerit Kapten Thaqif kegembiraan

Sarah berhenti seketika lalu menoleh ke arah Kapten Thaqif dengan renungan yang tajam. Dia memalingkan mukanya semula dan terus berjalan meninggalkan Kapten Thaqif. Namun muka yang masam tadi telah bertukar menjadi muka yang amat manis.

Sarah pun tidak tahu, kenapa dia secara tiba-tiba tersenyum dengan sendirinya.

Adakah ini yang dinamakan cinta. Geli pula penulis menulis babak pada kali ini.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now