VAMPIRE 2 (PART 5)
Sementara J-Hope membawa Nara keluar, Jimin,Jin,Jungkook,V,Suga dan Rapmon telah masuk ke halaman rumah Nara secara senyap. V meninjau kedudukan Vernon dari tingkap dan mendapati Vernon sedang bersenang-lenang duduk diatas sofa sambil menonton TV. V memberitahu rakannya yang lain tentang kedudukan Vernon. Jimin berjalan kebelakang rumah diikuti dengan Suga,Rapmon dan Jin sementara V dan Jungkook mengawal kedudukan Vernon dan keadaan sekeliling. Walaupun mereka bertujuh dijadikan manusia buat sementara tetapi mereka tidak menjadi manusia sepenuhnya. Mereka bertujuh masih lagi berkomunikasi antara satu sama lain tanpa didengari oleh orang lain hanya mereka bertujuh boleh mendengar suara antara satu sama lain.
Jimin mengatur langkah untuk masuk kedalam rumah melalui tingkap dapur yang tidak berkunci tetapi Rapmon terlebih dahulu menarik baju Jimin sehingga Jimin jatuh mengelentang di atas tanah.
''hyung dah kenape!'' kata Jimin separuh jerit.
''tengok ni'' Rapmon memegang tengkuk Jimin dan mengarahkan ke bingkai tingkap.
''kenape?'' Tanya Suga yang masih tertanya-tanya.
''ni perak, kitekan vampire, vampire lemah dengan barang diperbuat drpd perak.'' Jelas Rapmon panjang. Jimin mengangguk faham sambil menggosok belakangnya yang masih sakit akibat hentakan tadi.
Buntu masing-masing memikirkan cara untuk masuk kedalam rumah Nara. Seperti biasa Jin akan berjalan berulang alik apabila berfikir. Kekiri kekanan Jin berjalan sampailah Jin ternampak sebuah pintu di sebalik semak –samun yang terdapat di belakang rumah Nara. Jin menghampiri pintu itu.
''hyung nak pergi mane?'' – Tanya Suga yang ternampak Jin berjalan kearah semak samun itu. Jin tidak menjawab soalan J-Hope. J-Hope yang curiga itu mengikuti Jin daripada belakang.
''hyung..'' sapa Suga
''ape?'' Tanya Jin.
''hyung buat ape?'' Tanya Suga
''cuba tengok ni'' kata Jin sambil menunjuk kearah pintu yang misteri itu.
''pintu?'' Suga mengerut mukanya kearah Jin.
''ooo...pintu...pintu...''jerit Suga sambil berlari kearah Rapmon dan Jimin
''hyung dah kenape?'' Tanya Rapmon.
''Jin hyung jumpe pintu..'' jawab Suga dengan riang. Mereka bertiga bergegas mendapatkan Jin.
Sementara itu, V dan Jungkook yang sedang mengawal keadaan riang bermain daun di hadapan rumah Nara.
''lambatnya dorang..'' ngadu Jungkook kepada V.
'' alah kejap je tu..jap eh hyung nak tengok dorang...'' kata V.
''K..''jawab Jungkook ringkas.
V berjalan ke belakang rumah.
''aik...mane dorang pergi?'' –V. Mata V meliar melihat sekeliling sehingga matanya terpaku pada sebuah pintu yang terbuka luas. V mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam pintu itu. Gelap gelita sungguh keadaan di dalam bilik misteri itu. Nasib baik adanya pamoga kulit V jadi sehat..gebu...dafuq..just kidding..LOL. Back to the story. V berjalan dengan tenang walaupun tidak nampak apa-apa. Yelah macam author type tadi dorang bukan manusia sepenuhnya.so dorang boleh lihat dalam gelap.
''ewah..ewah..ewah...aku suruh kau buat keje lain tapi kau dtg sini pasal?'' Tanya Rapmon yang sedar kehadiran V. V malas menjwab pertanyaan Rapmon itu.
V menyelit antara Suga dan Jin untuk melihat apa yang ada dihadapan Suga dan Jin sehingga mereka tidak berkelip mata melihatnya.
''Jimin tu ape?'' soal V.
''Aku sendiri pun tak pasti'' jawab Jimin sambil menyapu habuk yang menutupi objek misteri itu.
''kenape bilik ni pelik sangat?'' sergah Jungkook daripada belakang dan menyebabkan mereka yang lain terkejut sehingga ada yang jatuh terduduk.
''kookie..kau buat pe kat sini.'' Tanya Jin.
''hyung lambat sangat,pastu Jungkook tunggu V hyung tapi dia tak muncul-muncul..jadi Jungkook datang sini..'' jawab Jungkook panjang lebar.
''habis tu Vernon macam mane?'' Tanya Jimin.
''tidur..''jawab Jungkook ringkas.
Mereka berenam menggeledah bilik misteri itu. Habis bersepah bilik itu. Jimin yang sedang mencari sesuatu terjumpa objek misteri yang tertutup dengan kain berwarna merah. Jimin menarik kain merah itu dengan sekali tarik. Tergamam masing-masing dibuatnya kerana objek misteri itu merupakan pintu yang agak usang berwarna coklat serta terdapati ukiran berkata yang tidak difahami. Jin yang kenal tulisan itu mula membacanya.
''KU SERU MU DARI SETIAP PENJURU BUMI. DUNIA YANG NYATA TERPISAH DENGAN KEGHAIBAN.PINTU ROH DIBUKA TIADA PENGHUJUNG'' Jin membacanya dengan pelahan tetapi cukup membuatkan mereka yang lain dengar.
''ape maksudnye tu?''soal V
''pintu dunia roh..'' jawab Jimin sambil memandang kearah pintu itu.
Jungkook menghampiri pintu itu dan memulas tombol pintu itu.
''Jungkook jangan!!!'' jerit V,Suga,Rapmon,Jin,dan Jimin serentak.
''alah rilekslah hyung sekalin pintu ni berkunci..''jawab Jungkook sambil mengangkat kening kanannya.
''berkunci?'' –Rapmon.
''kalau pintu ni berkunci, mane kuncinya?'' Tanya Suga.
''maybe ada dalam ni..'' kata V.
''Tak mungkin..makhluk durjana tu tak akan senang nak letak kunci pintu ni dalam bilik ni..''kata Jimin.
''habis dekat mane?'' Tanya Jin.
''dekat Nara.''jawab Jimin.
''Nara? Nara yang baik ke yang jahat?'' soal V.
''Yang jahatlah..''kata Rapmon.
Tak lama kemudian mereka berenam terdengar pintu rumah ditutup. Dengan segera mereka berenam keluar daripada bilik itu. Pintu bilik itu ditutup kemas lalu mereka berenam menghilangkan diri dalam kegelapan malam.