HYOMIN mematikan talian telefonnya. Mingyu yang berdiri di sebelah mejanya memandang hairan.
"Sayang~ Waeyo (Kenapa ni)?" tanya Mingyu lembut.
"Ani."
Hyomin mengetap bibirnya lalu menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket skirtnya. Mingyu membelai rambut Hyomin. Hyomin mengangkat wajahnya memandang ke arah Mingyu. Kelihatan Mingyu tersenyum ke arahnya. Pintu kelas di buka dari luar. Kelihatan Rina dan Wonwoo masuk ke dalam kelas. Hyomin hanya melihat mereka masuk. Mereka menuju ke tempat mereka masing-masing. Rina meletakkan begnya di tepi mejanya.
"Rina." panggil Hyomin.
"Ne." ujar Rina lalu duduk di sebelah Hyomin.
Rina menunggu Hyomin memulakan perbualannya.
"Jinsol."
"Waeyo?" tanya Rina.
"Dia..."
"Dia kenapa?"
Semakin berdebar hati Rina di buatnya. Belum sempat Hyomin menyambung ceritanya, pintu kelas di tolak oleh seseorang dari luar. Kelihatan guru mereka masuk ke dalam kelas. Semua pelajar termasuk Mingyu pergi ke tempat masing-masing.
"PERHATIAN SEMUA!!!" arah Ketua kelas.
Semua pelajar diam dan memberikan perhatian sepenuhnya. Guru mereka meletakkan buku di atas meja dan berdiri memandang ke arah pelajarnya.
"Selamat pagi cikgu!" ucap ketua kelasnya.
"SELAMAT PAGI CIKGU!!" ucap semua pelajar.
"Selamat pagi. Semua boleh duduk."
Semua pelajar duduk dan mengeluarkan buku, di letakkan di atas meja. Guru mereka mengajar seperti biasa.
*************
SEMUA pelajar menyimpan buku di dalam beg setelah selesai sesi pelajaran mereka. Mereka semua bersedia untuk pergi ke kantin."MINGYU!" panggil seseorang di depan tingkap kelasnya.
Hyomin yang baru sahaja selesai menyimpan buku di dalam laci mejanya, mengangkat kepala memandang ke arah suara itu. Dia kelihatan tersenyuman manis ke arah Mingyu. Hyomin terkejut apabila melihat Soonha.
"Younghee!" panggil Mingyu.
Terkejut Hyomin. Dia terus pusing memandang ke arah Mingyu. Dia kelihatan begitu gembira apabila melihat Soonha muncul di hadapan kelasnya. 'Younghee?' bisik hati Hyomin. Tidak berkelip mata Hyomin memandang ke arah Soonha itu.
"Awak ni lambatlah! Lama saya tunggu tau." ujar Soonha seperti merajuk dengan Mingyu.
"Mianhae (Maafkan saya)." Mingyu meminta maaf dan berjalan ke arah Soonha.
Semua pelajar berasa hairan dengannya. Hyomin mengetap bibirnya menahan tangisannya lalu berpalingkan badannya supaya tidak memandang ke arah mereka berdua. Nampaknya Mingyu lupa dengan kehadiran Hyomin di situ sebaik sahaja Soonha muncul. Semua pelajar mula berbisik berbual mengenai Mingyu.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...