Bab 34

164 30 2
                                    

WONWOO berjalan pulang ke rumah bersama Rina. Tidak berhenti dia melihat Rina yang sedang berjalan di hadapannya. Takut kalau-kalau Jongsuk menculik Rina lagi. Rina berpusing ke belakang melihat Wonwoo. Wonwoo mula berhenti berjalan.

"Waeyo?" tanya Wonwoo.

Rina hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia berjalan semula ke hadapan. Wonwoo hanya mengikut langkahnya dari belakang.

"Wonu. Kenapa awak tak nak jalan sebelah saya?" tanya Rina yang tidak pusing ke belakang.

"Suka hati saya lah." ujar Wonwoo.

Rina hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

"Saya kesunyian." Rina mengadu.

"Awak tak sunyi. Saya dekat belakang awak ni." ujar Wonwoo dengan selamba.

Rina mengigit kukunya. 'Bonggok lah Wonwoo ni!' marah Rina di dalam hati.

"Awak ni! Saya sunyi tau. Kedua-dua kawan saya sedih. Kalau macam ni, saya nak sedih jugak lah!" Rina mula merajuk dengan Wonwoo.

Wonwoo mengeluh kecil. Dia melajukan langkahnya dan berjalan beriringan dengan Rina.

"Janganlah macam tu. Susah nak pujuk nanti." ujar Wonwoo.

"Jinsol dengan Hyomin lagi susah nak pujuk tau! Harap je hati kental. Tapi bila terluka sikit... Hurmm.. Sedih pula dengan mereka berdua ni."

Rina bermain dengan jarinya. Rina memandang ke arah Wonwoo di sebelahnya.

"Emmm.. Wonu~" panggil Rina.

"Ne." jawab Wonwoo lalu memandang ke arah Rina.

"Emm.. Boleh tak awak ikut saya pergi rumah Jinsol?" tanya

"Err.. "

Wonwoo menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia mahu menolak pelawaan Rina, tetapi takut Rina kecewa dengannya.

"Saya tak boleh ikut." ujar Wonwoo.

"Ala.. Kenapa?" tanya Rina yang sudah mula membuat muncung sedepa.

Wonwoo berpaling memandang ke hadapan. Rina mula menyilangkan tanda protes.

"Saya... Saya segan lah pergi rumah perempuan." jelas Wonwoo.

"Habis tu?! Pergi rumah Hyomin boleh! Kenapa nak pergi rumah Jinsol tak boleh pulak?!" tanya Rina dengan nada suaranya yang marah.

"Tu sebab ada Minghao. Jadi berani sikit." ujar Wonwoo.

"Ee.. Benci lah dia ni!"

Rina mula merajukkan dengannya. Sudah di jangka tekaan Wonwoo betul. Rina kelihatan kecewa dengannya. Wonwoo cuba untuk memujuk Rina.

"Jangan macam ni. Malam ni awak cuba pergi dengan Hyomin. Malam ni saya sibuk."

"Tapi kenapa?!" marah Rina lalu memandang ke arah Wonwoo dengan muka masamnya.

"Saya kerja." jelas Wonwoo.

Rina memuncungkan mulutnya.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now