Alhamdulillahn, tak sangka cerita ini dapat sambutan daripada pembaca Wattpaders. 😘
Semangat cik Mad nak tulis.
Selamat membaca! 😊Juliana rasa tertekan sejak pulang dari pejabat. Pak Cik Khai tak habis-habis memaksa dia pulang awal ke rumah hari ini kerana ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Walaupun Juliana kurang senang akan perbuatan Pak Cik Khai , dia amat sayangkan Pak Cik Khai itu. Tanpanya , siapalah dia.
Pak Cik Khailah yang telah menjaga dia sejak dia kematian kedua orang tuanya semasa berumur 10 tahun. Pak Cik Khai yang kematian isteri serta anak dalam nahas kemalangan yang melibatkan kedua orang tuanya menyebabkan Pak Cik Khai menjaga Juliana dengan penuh kasih sayang.
Juliana memarkirkan kereta Range Rover warna merah di garaj di Villa Kasih. Siapa sangka , Juliana dan Pak Cik Khai tinggal di rumah sebesar itu? Juliana perasan ada kereta mewah lain di situ.
'Siapa punya pulak kereta Ferrari nie?' Bisik hati Juliana.
"Assalammualaikum ayah!" Julianan memberi salam di hadapan pintu rumah. Dia sengaja walaupun dia ada kunci rumah tersebut. Baginya , dia lebih suka memberi salam dan disambut oleh Pak Cik Khai berbanding masuk ke dalam rumah dengan kunci.
"Waalaikumussalam , kejap ayah datang!" Laung Pak Cik Khai di dalam rumah.
Sekian lama Juliana memanggil Pak Cik Khai 'ayah' kerana baginya Pak Cik Khai itu seperti ayahnya dan ahli keluarga yang paling rapat.
Bunyi pintu dibuka dari dalam. Terjengul Pak Cik Khai dengan senyuman yang manis di bibir.
"Sampai dah anak ayah ini." Kata Pak Cik Khai.
Juliana menyalami tangan Pak Cik Khai lalu mencium kedua belah pipinya. Itulah rutin dia ke pejabat dab selepas pulang dari pejabat.
"Kereta siapa tu ayah? Tak pernah nampak pun?" Soal Juliana telah mereka masuk ke dalam rumah.
"Adalah... Kamu mandi dulu selepas tu turun makan. Kita ada tetamu malam ini." Balas Pak Cik Khai dengan penuh tanda tanya.
Juliana mula rasa kelainan kerana melihat senyuman Pak Cik Khai , dia tahu ada yang cuba disembunyikan daripada dia tapi apa?
"Okay!" Jawab Juliana tanpa membantah.
🍀 🍀 🍀 🍀 🍀 🍀 🍀
Semasa Juliana ke ruang makan , dia ternampak kelibat seseorang lelaki yang tidak dikenali sedang membantu Pak Cik Khai menghidang makanan.
Terasa lelaki itu diperhati , dia memandang ke atas dan melihat Juliana pusing ke arah lain. Tertangkap sedang mencuri pandang ke arahnya.
"Ju , marilah makan." Ajak Pak Cik Khai.
Pak Cik Khai telah mengambil tempat duduk di meja makan. Juliana terasa bingung hendak duduk di mana. Kehadiran seorang lelaki yang asing itu membuatkan dia berasa kekok pada malam itu.
Juliana rasa nak menyorok di bawah meja kerana dia akan makan menghadap lelaki itu! Dahlah tertangkap merenung lelaki itu tadi. Malunya! Manalah dia nak sorok muka dia ketika ini.
"Makan banyak Ju. James yang masak hari ini."
Terhenti suapan Juliana. James? Nama lelaki itu James rupanya.
"Ayah nak beritahu Ju sesuatu. Ju harap Ju terima keputusan ayah ini dan tidak mengecewakan ayah." Ujar Pak Cik Khair.
Masa itu Juliana rasa seleranya mati. Berdebar rasanya hati dia ketika ini kerana dia takut keputusan yang Pak Cik Khai bakal buat ada kaitan dengan laki ini.
Juliana memandang Pak Cik Khai.
"Apa ayah? Ju akan cuba terima."
Pak Cik Khair pandang James and Juliana. James ketika itu khusyuk sangat makan. Juliana turut memandang James. Rasa dirinya diperhati , James mengangkat muka.
"Kenapa?" Tanyanya hairan. Dia berasa lain diperhatikan oleh kedua orang ketika dia sedang enak makan.
"Pak cik nak kamu kahwin dengab Ju macam yang pak cik katakan tadi."
Juliana terus terbatuk apabila Pak Cik Khair kata begitu. James hanya menunjukkan reaksi yang biasa kerana dia dah tahu perkara penting itu.
"InshaAllah saya akan cuba menjadi suami yang baik pak cik!" Janji James dengan wajah yang yakin.
Juliana yang melihat situasi tersebut mula berasa serba salah. James setuju tanpa membantah. Dia? Dia rasa tak layak untuk membantah kerana Pak Cik Khair telah banyak menolong dia. Takkan dia nak menghampakan perasaan Pak Cik Khair?
"Jika ayah rasa keputusan yang ayah buat baik untuk Ju , Ju terima ayah." Kata Juliana. Takpalah , kali ini dia ikut apa kata Pak Cik Khair. Pengorbanan yang dilakukan oleh dirinya taklah sebesar yang dilakukan oleh pak ciknya.
"Alhamdulillah , James nanti bawa keluarga kamu ke sini. Ju , nanti kamu berkenalanlah dengan James." Kata Pak Cik Khair dengan wajah ceria. Rasa tak sabar ingin melihat Juliana kahwin.
"InshaAllah dalam masa terdekat ini." Balas James.
Sepanjang makan malam itu , Pak Cik Khair nampak sangat gembira dengan majlis perkahwinan itu.
Semasa kami hantar James ke pintu pagar rumah , Pak Cik Khaid tanya soalan yang mengejutkan Juliana.
"James nak nikah bila?"
"James ingat 2 minggu dari sekarang! Okaylah , James jalan dulu. Terima kasih!" Kata James lalu menaikkan cermin tingkap kereta dan berlalu pergi.
Juliana rasa ketika itu dunianya kelam. Cepatnya masa itu. Boleh ke nak kahwin 2 minggu dari sekarang? Ya Allah , bantulah saya!
Macam mana? Okay tak? 😂
Bolehlah daripada takde langsung.
Jangan lupalah ya.
🍁VOTE
🍁COMMENTCik. Madishah 😘
YOU ARE READING
Hold Me Tight
RomanceSiapa yang akan menolak tuah jika bakal suami ialah seorang jejaka idaman para wanita di luar sana? Juliana Evianne ialah seorang gadis yang tak tahu apa-apa tentang cinta lalu dijodohkan dengan sesorang yang ditentukan oleh pak ciknya , Encik Khai...