BAB 13

370 12 4
                                    

Ariana berasa sangat tak selesa di dalam restoran mewah itu. Makanan di depan mata sangat menggiurkan. Tapi, selera Ariana dah mati. Meja besar itu hanya mereka bertiga. Dahlah dia seorang perempuan.

"Seronok kamu kerja di tempat Ary?" Tan Sri Erizal mula mengorek rahsia. Dipandangnya wajah Ariana yang masih malu dan segan dengannya.

Seronok? Grr... Macam dalam neraka dah rasa. Nak aje Ariana jawab macam tu. Tapi, apabila angkat muka, nampak mata Edzuary jeling dia. Tajam mengalahkan pedang samurai. Kalau rasa nyawa tak nak melayang, baik simpan semua itu dalam hati.

"Okey aje, Uncle. Ariana masih belajar." Ariana bagi jawapan paling selamat.

"Hmmm... Baguslah. Uncle harap Ariana akan terus kerja kat situ. Kalau Ary ada buat apa-apa yang tak patut kat Ariana, cakap aje dekat Uncle. Tahulah Uncle macam mana nak ajar Si Ary ni."

Kata-kata Tan Sri Erizal membuatkan Edzuary terbatuk. Dicapai air putih di depan mata. Papa ni... Nampaknya dia dengar dengan telinganya sendiri amaran Papa. Kalaulah Ariana buka mulut dan cerita semuanya, memang dia yang jadi kari kambing hari ini!

"Kamu kenapa, Ary? Pedas?" Sindir Tan Sri Erizal.

"Tak adalah, Papa. Buah hati sebut nama kot." Gurau Edzuary.

Tan Sri Erizal geleng kepala. Yalah tu. Kalau ikutkan teori tersedak sebab buah hati sebut nama, agaknya dua puluh empat jam Edzuary tersedak sebab entah berapa puluh buah hati yang dia ada.

"Ariana ni anak kawan Papa. Papa nak kamu jaga dia betul-betul kat pejabat. Beri tunjuk ajar yang mana perlu."

Edzuary cuma angguk. Dalam hati seronok mengutuk. Kenapa aku yang kena jaga dia? Macam tak ada orang lain nak jaga dia aje. Tapi, kalau Edzuary keluarkan suara hatinya itu, rasanya memang kena dia.

........................................................................

"ARGHH! Rindunya nak jumpa kau!" Ariana dan Sophie berpelukan di halaman rumah. Terlepas juga rindu pada kawannya itu. Yelah, masing-masing sibuk dengan kerja. Sophie sebagai doktor, Ariana sebagai Arkitek. Ariana cuti hujung minggu. Sophie pula tak menentu bila nak cuti. Banyak aje pesakit.

"Kau apa khabar, Ana? Sihat?" Soal Sophie selepas meleraikan pelukan.

"Amboi... Doktor muda ni... Aku sihatlah..." Ariana menggoncang kedua-dua tangan kawannya itu.

"Haa, Sophie. Buat apa lagi kat situ? Mari masuk..." Puan Saleha yang baru sahaja terpacak di pintu rumah terus menjemput Sophie masuk.

Sophie dan Ariana beriringan ke muka pintu. Tangan Puan Saleha disalami Sophie. Kedua-dua pipi mereka berlaga.

"Assalamualaikum, Mak Cik.. Mak Cik sihat?"

"Waalaikumussalam, Mak Cik sihat. Jom kita minum petang bersama." Balas Puan Saleha. Meraka bertiga menuju ke halaman belakang rumah. Encik Zafri turut berada di situ sambil kusyuk membaca akhbar.

........................................................................

"CEPATLAH Fi... Apa berita gembira kau tu? Kau nak kahwin ehh?" Ariana menembak. Tak sabar betul nak tahu berita gembira apa yang buatkan kawannya itu melompat sampai ke Pluto.

"Aku..."

"Ha'ah..." Ariana dah tak sabar.

"Aku akan transfer dekat Pulau Pinang bulan depan. Setahun aje..." Kata Sophie penuh teruja. Wah! Memang tak dapat digambarkan keterujaannya ketika ini. Rasa nak sujud pulak.

Ariana yang dengar pun dah teruja. "Wah Fi! Aku tumpang gembira tau..." Tubuh Sophie dipeluknya erat. Tapi, kegembiraan itu tak panjang. Sophie mula melepaskan pelukan. Berat hati sebenarnya...

"Ana... Lepas ni, jaranglah kita nak berjumpa... Ye laa, aku kat Pulau Pinang... Kau kat KL..."

"Huu... Fi... Rindulah aku dekat kau nanti..." Ariana menjuihkan bibir bawahnya. Dah macam kanak-kanak nak menangis. Tapi dia dah besar panjang kot, takkan nak nangis lagi.

"Kau kerja sana elok-elok tau..." Pesan Ariana.

"Iye, aku tahu.. Kau tu pun sama. Kerja elok-elok, jangan asyik nak bergaduh dengan Encik Bos yang handsome tu... Nanti jatuh cinta." Selamba Sophie mengusik kawannya itu. Ketawa dia bila melihat muka Ariana dah berubah masam.

........................................................................

ALUNAN muzik mengkhayalkan para pengunjung kelab malam itu. Semuanya sedang hanyut dalam dunia masing-masing.

"Mana Ikmal ni? Datang ker tak?" Rungut Izzul, teman kepada Edzuary.

"Sekejap lagi sampailah tu." Beritahu Edzuary.

"Agaknya apa yang bakal isteri dia buat sampai dia dah tak selalu lepak dengan kita?" Ujar Izzul lagi.

"Hoi! Kau mengumpat aku ker?" Ikmal yang baru sampai terus mengambil tempat di sebelah Edzuary.

"Kau tu la. Tahulah nak jadi suami orang pun tapi takkan dah lupakan kami?" Ujar Izzul berbaur merajuk.

"Bukan macam tu. Aku nak berubah jadi baik la." Tegas Ikmal.

Kata-kata Eqmal membuatkan Edzuary dan Izzul menghamburkan tawa.

"Habis tu, kau nak cakap kami ni jahat la?" Soal Edzuary berserta senyuman lebar. Izzul tersengih mendengar pertanyaan Edzuary.

"Apa kata kita sama-sama berubah?" Edzuary dan Izzul terus menghamburkan tawa sekuat hati.

"Korang ni, aku serius la. Sudah-sudahlah mainkan hati perempuan. Perempuan untuk dicintai bukan untuk disakiti." Tambah Ikmal lagi. Edzuary dan Izzul tersengih.

"Ary, kau nampak tak perempuan cantik dekat hujung sana tu?" Ujar Izzul sambil bibirnya dimuncungkan ke arah perempuan yang dimaksudkannya. Edzuary hanya mengerling sepintas lalu.

"Kenapa dengan perempuan tu?"

"Aku rasa dia minat dekat kau. Dari tadi asyik pandang sini."

Edzuary tersenyum. Matanya kembali memandang wanita yang dimaksudkan Izzul itu. Izzul dan Ikmal turut memandang ke arah yang sama.

Dari jauh kelihatan perempuan itu sedang berjalan menuju ke arah mereka. Pinggang macam sengaja dilentok-lentokkan.

"Hai, I Saffiya. Boleh I duduk sini?" Ujar perempuan itu sebaik berdiri di hadapan Edzuary.

"Sure. Duduklah." Jawab Edzuary bersama senyuman lebar. Malam ini, seorang lagi perempuan terkena umpannya.

Buaya darat memang sinonim dengan dirinya. Dia asyik menukar pasangan. Kisah lampau membuatkan dia menganggap semua wanita sama sahaja di matanya. Semuanya tidak pandai menghargai lelaki. Memang tidak dinafikan, raut wajahnya yang tampan mampu menggetarkan mana-mana wanita yang melihatnya. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan tegap. Bibirnya pula kemerah-merahan tanda tidak merokok.

Edzuary juga dianugerahkan sepasang mata yang seksi. Renungan tajamnya mampu memukau si pemerhati. Malah, senyumannya pula mampu mencairkan sesiapa sahaja. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Namun, Edzuary salah menggunakannya.

Memang dia gemar bertukar pasangan, tetapi dirinya tidak pernah bertindak dengan meniduri mana-mana perempuan. Itulah prinsip yang dia pegang sehingga kini.

Bukan sahaja memiliki raut wajah yang tampan, tetapi Edzuary merupakan seorang yang berkebolehan dalam pelbagai aspek. Kini, dalam usia 27 tahun, Edzuary sudah memiliki syarikat sendiri. Siapa tidak kenal dengan CEO Edzuary Holdings a.k.a Edzuary Safuan bin Erizal Hanif. Hal ini yang membuatkan lebih ramai wanita menginginkan dirinya.

Ikmal menggeleng melihat Edzuary yang leka melayan perempuan di sebelahnya. Izzul sudah rancak menari dengan pasangannya. Aku doakan korang supaya berubah suatu hari nanti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now