Bab 7

290 2 0
                                    

Shisk....shisk....shisk...

Bunyi tersebut semakin hampir. Aku kebingunggan, jantungku berdegup laju dan peluh dingin merenik halus di dahiku. Cuaca begitu sejuk sekali. Keadaan sekelilingku begitu gelap dan redup sekali. Aku cuba memastikan sama ada waktu ketika itu petang mahupun malam. Aku yakin bahawa ketika ini aku sedang bersendirian di dalam hutan yang luas ini. Perasaan takut dan panik segera menyelubungi diriku. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di sini, tapi aku juga tidak mampu mengingati apa yg aku lakukan sebelum ini.

Shishk..shisk..shisk..

Aku mendengar sekali lagi bunyi itu dari pelbagai arah di sekelilingku. Seolah-olah tujuannya untuk membuat aku binggung. Aku bertambah panik. Apa pun tujuan bunyi tersebut di hasilkan sepertinya telah berhasil membuat aku semakin gabra dan tidak keruan.

Aku tidak tahu harus berbuat apa ketika ini?, adakah aku harus melarikan diri?, ataupun aku harus terus berdiri dan menunggu sesuatu yang sebenarnya aku sendiri masih tidak tahu samada ianya hanya imiginasiku atau sememangnya ada sesuatu sedang memerhatikan setiap pergerakanku?. Memikirkan kemungkinan itu membuatkan aku merasakan jantungku seolah-olah ingin meletup.

Aku berdiri tegak seketika sambil cuba merasakan jika ada kehadiran sesiapa di sekelilingku. Tiba-tiba aku merasakan tubuhku seolah-olah kaku. Aku benar-benar tidak dapat mengerakkan semua angota badanku. Aku cuba menjerit, namun yang kedengaran hanya la sepi tanpa bunyi dari mulutku, aku semakin panik dan terasa ingin menangis.

Aku cuba menenangkan diriku, namun yang terjadi hanyalah air mata yang semakin deras mengalir dan jatuh di pipiku. Tiba-tiba aku mendengar bunyi tapak kaki seseorang sedang melangkah perlahan-lahan dari arah belakangku. Ketika itu juga aku merasakan suhu sejuk disekelilingku semakin meningkat.

Aku semakin panik, aku cuba memasang telingga, namun yang aku dengari hanyalah bunyi degupan jantungku sendiri. Aku yakin ada seseorang sedang berdiri di belakangku, apabila aku dapat merasa ada sepasang tangan yang memelukku dari belakang. Aku dapat merasakan tanganya menyentuh dan mengusap daguku seketika kemudian tangan tersebut mencengkam kemas dan tegas daguku. Aku juga dapat merasakan pinggangku di lingkari dan di peluk erat lalu melekap pada tubuhnya. Sesiapa pun yang memelukku ketika ini memang mahu aku merasakan kehadirannya, aku dapat merasa hembusan nafasnya di tepi leherku. Sejuk dan bergetar lembut. 

"Ashie..". Bisiknya padaku. 'Lelaki, yang tengah peluk aku sekarang ini adalah lelaki'. Getus hatiku sendiri. Aku semakin panik, namun aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku hanya mampu menangis dan kelihatan lemah dan tidak berdaya.

"Jangan risau Ashie sayang. Aku tak kan cederakan kau. Well sekurang-kurangnya belum lagi cederakan kau." Aku hanya mampu mendengar ketawa kecil yang terbit dari bibirnya di tepi telingaku. Aku merasakan seperti segala isi perutku mengecut. Aku takut dan begitu panik sekali.

"Ashie, i've been waiting to long to meet you. My sweet Ashie. My sweet sweet Ashie". Sekali lagi aku mendengar ketawa kecilnya. Ketawa yang begitu sinis dan teruja. Ketawa yang bagiku seperti satu amaran bahawa aku sedang di dominasi olehnya. Bahawa aku harus menurut segala kemahuannya. Memikirkan maksud kata-katanya. Air mataku semakin deras mengalir.

Aku rasa begitu tidak berdaya sekali. Seolah-olah ada satu perasaan di dalam diriku yang tidak mampu aku kawal yang secara semula jadi mahu tunduk dan menyerah dengan kehadirannya. Seolah-olah aku terlalu ingin menurut dan melakukan apa sahaja yang di mahukannya.

Aku merasa perasaan ini ketika mendengar suaranya dan ketika dia berada dekat dan bersentuhan denganku. Aku tidak mampu mengawal perasaanku ketika ini. Aku takut padanya, namun aku juga terasa seperti tubuhku mengenali kehadirannya.

"Now that I finally found you. I vow to myself to never let you go. Even if you try. Even if you denied. I will make sure you will never leave my side. You can run Ashie. You can fight me all you want. But I will find you. I will dominate you. Because i'm your beloved. I'm your master, and  you're mine. Only mine!!". 

Aku segera duduk dan memerhatikan keadaan sekelilingku. Aku masih berada di dalam bilikku. Waktu masih lagi malam. Nafasku tercungap-cungap seolah-olah aku baru selesai melakukan larian marathon. Aku segera meraup wajahku. Jariku yang basah segera aku renung. Aku benar-benar menangis ketika bermimpi tadi. Tubuhku mengeletar kuat apabila mengingati mimpiku tadi. Aku bingung bila masih dapat merasa sentuhan pada dagu dan pinggangku. Tubuh ku terasa letih sekali.

Aku cuba menenagkan diriku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Bilikku berkedaan sunyi. Aku hanya di temani Black yang sedang duduk di sisiku dan merenung wajahku tajam. Segera bulu romaku menegak. Aku rasakan pandangan Black seolah-olah dia tahu apa yang telah terjadi. Aku benar-benar sudah tidak waras.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now