BAB 13:-

5.8K 317 7
                                    

"Wei, korang.  Aku ada benda nak share ni."kata-kata Nia menarik perhatian kawan-kawannya. Mereka semua berhenti menyiapkan latihan mereka dan berpaling menghadap Nia. Afiqah masih tak berada di dalam kelas. Bertugas katanya.

"Apa dia?"tanya Wani ingin tahu.  Erin juga menampakkan minat.

"Ingat tak komik yang aku cari selama ni?"Nia mengangkat kening dengan senyuman nakal.

Erin dan Wani saling berpandangan.

"Ingat."kata Wani.

"Kenapa? Kau dah jumpa ke?"tanya Erin seronok.

Nia mengangguk laju."Aah! Aku baru beli semalam. Best wei citernya..."

  Nia mengeluarkan sebuah komik Jepun edisi Bahasa Melayu dari begnya dan menghulurkan kepada Wani dan Erin. Komik yang bertajuk RITMA ROMANTIKA karya Sayumi Nakamura dibelek mereka penuh minat.

"Wah! Aku nak pinjam nanti..."pinta Wani.

"Mana boleh. Aku nak baca dulu,"balas Erin. Biasalah, mereka perempuan, mereka muda remaja. Komik seperti itu memang menjadi kegilaan mereka.

 Nia tergelak riang."Korang boleh pinjam tapi tunggu aku habis baca dulu."Nia mengambil balik komik tadi dan meletakkannya di bawah meja.

"Kenapa kau bawa datang sekolah? Kau tak risau ke? Nanti kena rampas macam mana?"kata-kata Wani membuatkan Nia tersedar. Tapi cepat-cepat, rasa risau itu lenyap.

"Tak ada apalah. Dont worry..."Nia menyambung kembali latihannya.

 Dan tak lama selepas itu, Nia ternampak kelibat Amir dan sekempulan lagi pengawas mendekati kelas mereka. Baru Nia terfikir hendak melambai Amir tetapi Amir sudah pun masuk dan bercakap sesuatu dengan Cikgu Bahasa Melayu mereka.

Tiba-tiba, Amir mengumumkan sesuatu yang meragut kebahagian jiwa Nia.

"Baiklah, kelas 5 Perakaunan 1. Sila letakkan beg kamu semua di atas meja. Hari ini akan diadakan 'SPOT CHECK'."

 Serentak itu, entah mengapa Wani dan Erin terus berpaling kepada Nia. Nia pun apa lagi, pucat sudah mukanya.

'Ya allah, apa aku nak buat ni?'hati Nia dilanda risau. Cepat-cepat, dia mengeluarkan beberapa buku teks dan meletakkannya di dalam meja, cuba menyorokkan komik miliknya.

 Para pengawas mula memeriksa beg satu demi satu. Sebuah palstik hitam besar disediakan sebagai tempat meletakkan barang rampasan. Laila datang mendekati meja Nia.

"Tolong hulurkan beg!"pinta Laila dengan senyuman. Nia menghulurkan begnya dan diperiksa oleh Laila.

"Ok."kata-kata Laila melegakan hati Nia. Tiba-tiba....

"Aku kena check meja."

"Tak ada apa bawah meja ni."

"Sana sikit!"pinta Laila.

TIDAK!!!! Nak tak nak Nia beralih ke tepi untuk memberi ruang kepada Laila.

"Tak ada apa-apa pun,"kata Nia kepada Laila, cuba untuk meyakinkannya.

 Dan perkara yang menakutkan Nia benar-benar terjadi. Laila terjumpa komik tu. Ianya berada di tangan Laila sekarang."Amir."Laila memanggil Amir.

"Kenapa nak panggil dia?"desis Nia.

Amir mendekat. Sebaik sahaja ternampak komik di tangan Laila, Amir sudah apa masalahnya. Dia mengambil komik itu dan membaca tajuknya.

"Ritma Romantika."Amir memandang Nia.

"Tahu tak apa benda ni?"komik itu dilayang-layangkan ke muka Nia.

"Komik Jepun."Nia menjawab.

"Ya. Dan ianya pasal apa?"tanya Amir lagi.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now