BANGLO BERHANTU

78 4 1
                                    

Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu,ketika Aimi dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah baru di Johor Bahru.Aimi dan keluarganya terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru kerana mengikut bapanya bertugas di sana.Dengan rasa berat hati Aimi meninggalkan rumah, sekolah dan rakan-rakan di Kuala Lumpur.Sejak dari awal lagi,dia memang tidak berapa gembira dengan keputusan bapanya.Tetapi dia terpaksa akur akan tanggungjawab bapanya terhadap tugas yg memerlukan mereka sekeluarga berpindah ke Johor Bahru.Barang-barang telah siap di kemas dan dimasukkan ke dalam kereta.Aimi sekeluarga pun bertolak ke,Johor Bahru.Sepanjang perjalanan,wajah Aimi agak muram kerana memikirkan di tempat baru nanti tiada kawan-kawan seperti di Kuala Lumpur.Setibanya di sana Aimi mula gembira kerana rumah yang bakal diduduki oleh keluarga mereka sebuah banglo yang besar dan cantik.Namun,itu hanya luaran sahaja kerana ketika melangkah masuk ke dalam rumah Aimi berasa tidak sedap hati.Bulu romanya serta-merta naik.Kakak Aimi pergi ke dapur.Tiba-tiba dia tersentak dan wajahnya pucat lesi.Matanya terbeliak memandang Aimi.Mulutnya ternganga seakan hendak mengujar sesuatu tetapi tidak jadi.Dia terus menarik tangan Aimi dan berlari ke tangga mengikut ibu dan bapa ke tingkat atas untuk memeriksa bilik masing-masing.Seperti biasa Aimi dan kakaknya lebih suka duduk sebilik walaupun ada bilik lain yang masih kosong.Aimi mengemas baju-bajunya ke dalam almari.Kakaknya pula dari tadi diam membisu dan termenung jauh di atas katil.Aimi menganggap mungkin kakaknya penat kerana hampir seharian perjalanan.Sudah seminggu mereka tinggal di rumah tersebut.Masing-masing mula selesa dengan suasana baru.Semuanya berjalan lancar seperti biasa.Hinggalah pada suatu malam,Aimi dan kakaknya tinggal berdua di rumah kerana ibu dan bapa mereka menghadiri kenduri di rumah Pak Ngah mereka.Mereka berdua tidur awal.Aimi terjaga daripada tidur kerana tekaknya terasa haus.Lantas dia turun ke dapur untuk minum air.Ketika melalui runag tamu,Aimi,ternampak seorang wanita duduk di sofa mengadap televisyen."Ibu sudah balik,"kata Aimi di dalam hati.Dia terus ke dapur untuk minum air.Ketika dia menuang air ke dalam gelas,Aimi tertanya-tanya kenapa ibu tidak membuka televisyen dan duduk dalan gelap.Biasanya ibu akan menemani bapa minum teh sambil berbual-bual.Ibu juga takut berada di tempat gelap.Hati Aimi berdebar-debar.Lembaga yang dilihatnya tadi siapa?Dia teragak-agak hendak naik ke atas.Dia mengintai ruang tamu.Tiada siapa duduk di atas sofa itu! Jantungnya berdegup kencang.Aimi bejalan dengan perlahan menuju ke tangga.Bulu romanya meremang.Dia terasa seperti ada orang disebelahnya.Perlahan-lahan dia menoleh.Aimi terkejut apabila dia melihat wanita berwajah hodoh dengan penuh darah di bajunya dan bermata merah memandang tepat ke mukanya.Wqnita tersebut merenung tajam ke mata Aimi."Kau takut? Kau kacau rumah aku?"katanya dalam nada marah.Aimi membaca ayat-ayat suci di dalam hatinya tanpa henti.Drngan sekelip mata,lembaga tersebut hilang.Aimi menjerit memanggil kakaknya dan cuba berlari ke atas tetapi lembaga tersebut kembali dan memeluk Aimi dengan kuat.Aimi pengsan kerana ketakutan.Apabila sedar Aimi melihat ibu,bapa,kakak dan seorang ustaz berada di sisinya.Ustaz itu merawat Aimi dan memberitahu bahawa rumah ini telah menjadi tempat tinggal syaitan kerana sudah bertahun-tahun tidak ada penghuni.Walau bagaimanapun,ustaz berjaya memulihkan keadaan.Keluarga Aimi tidak lagi diganggu oleh lembaga wanita tersebut.

 

   
          PENGAJARAN

Dalam setiap perkara yang ingin dilakukan perlu lebih berhati-hati dan dijadikan pengalaman yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BANGLO BERHANTUWhere stories live. Discover now