Kelab 4G

12 1 0
                                    

Cuaca pada hari itu hujan.Dalam hujan yang begitu lebat terlihat susuk tubuh seorang perempuan remaja berlari lari ke dalam kawasan perkarangan sekolah.Dia terus berlari ke kelas 5B.'Maafkan saya cikgu.Saya terlewat lagi.'
Cikgu Faizah menjeling tajam ke arah
Nur Diana.Diana hanya berdiri kaku di hadapan pintu kelas 5B.Dia hanya berdiri ketakutan.

'Masuklah!'

Cikgu Faizah ialah cikgu yang paling  garang bagi Diana.Cikgu Faizah mengomel panjang di hadapan semua murid.Diana hanya terkebil-kebil sambil menahan bebelan cikgu Faizah.Mujurlah Diana seorang yang telinga tebal dan penyabar.Jika tidak sudah tentu dia menangis teresak-esak di hadapan kelas seperti Laila dan Lily si kembar tidak seiras.
'Baiklah....sekarang kita tunggu Laila dan Lily.'

Lily meneruskan lakonan demam teruk kepada mama dan kakaknya yang sedang mengerling penuh makna pada Lily.Lily serentak dengan 'jelingan maut' mama,Lily terus bersiap sepantas kilat dan terus memecut laju ke sekolah.Tanpa menjamah sedikit pun sarapan yang di sediakan.Berlainan pula dengan Laila si badan montel.Sarapan Lily juga habis di jamahnya.Tetapi Laila lebih beradap berbanding dengan Lily.Muka sahaja cantik,tapi perangai sangat riang dan amat bersahaja.

Diana sudah di benarkan duduk.Diana duduk di tepi kawan baiknya,Adriana Balqish.Baru sahaja Diana mahu membuka topik perbualan,Adriana sudah pun mendahului nya.'Awak sudah dengar lagu Twice TT atau belum?'
'Sudah pasti! Awak pula dah dengar lagu seventeen yang saya rekomen?'
'Sudah!'
Ya,seperti yang anda rasa,kami kumpulan 4G terdiri dari peminat EXO,SEVENTEEN,TWICE,dan BLACKPINK.

Kumpulan ini terdiri daripada:
Adriana Balqish
Nur Diana Rossa
Laila Rirytah
Lily Mariam

Diary 4GWhere stories live. Discover now