Minta maaf sebab lambat sangat tak update 😪. Sebelum itu , Selamat Menyambut Raya Puasa semua! 😊 Maaf sangat sebab laaammmaa sangat menyepi sebab sibuk sangat mengalahkan YB apa semua itu. Ini ada masa maka bolehlah saya menaip sedikit.
Hari ini dia dan James akan ke butik pengantin untuk memilih baju pengantin buat mereka berdua. Sebenarnya dia malas nak pergi kerana baginya urusan di pejabat lebih penting dari semua ini. Banyak lagi kerjanya tak siap. Pak Cik Khai pun bukan main suka bila James nak bawa dia pergi beli persiapan perkahwinan dan langsung dibelanya James tu bila dia kata dia ada banyak kerja nak dibuat.
Amboi Pak Cik Khai , dah mula tak sayang Juliana nampak!
Juliana beritahu perkara ini pada sahabatnya iaitu Raisya akan perkahwinannya dan Raisya memberitahu bahawa James tersebut bukan calang-calang orangnya. Ramai wanita di luar sana yang ingin mendampingi dia termasuklah sahabatnya. Bila Juliana dapat tahu , Juliana minta Raisya je gantikan dia tapi ayat Raisya membuatkan dia kehilangan kata.
"Kalau aku kahwin dengan dia , dia akan tetap nak kahwin dengan kau. Aku dengar babe dia takkan kahwin membabi buta macam tu je kalau bukan orang yang dia sayang."
Sudahnya , dia berserah semuanya pada takdir. Dia langsung tak tahu apa-apa akan perkara berkaitan dengan percintaan.
"Ju , James dah sampai!" Laung Pak Cik Khai dari tingkat bawah.
Termati lamunan Juliana. Dia melihat dirinya di cermin. Simple tapi kemas! Itu cara pemakaiannya selalu dan jika James tak suka dan minta dia tukar kepada yang lebih menarik dia minta maaf sangat memang dia akan batalkan niat nak pergi dengan laki tu. Belum kahwin dah nak control cara pemakaiannya.
Juliana mencium kedua belah pipi Pak Cik Khai lalu menghampiri James yang sedang menunggunya di pintu sebelah penumpang. Nampak kacak walaupun dengan pemakaian yang kasual. Ingat dia pakai sesuatu yang mahal sebab tengok lagak semalam bukan main lagi pekerjaan dia. Pak Cik Khai bukannya suka menjodohkan dia dengan sembarangan orang. Apalah si James tu dah buat sampai Pak Cik Khai berkenan sangat kat dia.
Semasa di dalam kereta , kami langsung tak bercakap. Kedengaran celoteh DJ radio sepanjang perjalanan kami. Juliana ingin bertanya mengenai kedua orang tua James tapi Pak Cik Khai beritahunya bahawa mak ayah James telah meninggal dunia ketika dia berumur 18 tahun. Kiranya dia mewarisi syarikat keluarganya sekarang ini disebabkan dia anak tunggal dalam keluarga. Kesiannya kami berdua. Keduanya kehilangan orang yang tersayang.
"Kita dah sampai!" kata James lalu buka tali pinggang keledar lalu keluar.
Termati terus lamunan Juliana apabila mendengar James bercakap. Masuk ke dalam butik pengantin , Juliana mengakui dia rambang mata melihat kesemua koleksi yang ada di situ.
James yang tersedar akan wajah berseri Juliana yang melihat butik tersebut mula menerbitkan senyuman di bibir.
"Mari saya kenalkan dengan pemilik butik ini. Pemilik butik ini kawan saya." ajak James lalu mengenggam erat tangan kanan Juliana. Juliana yang tak sempat memberi jawapan terus tergamam akan tindakan James.
Juliana melihat ada seorang mak cik sedang melakar sesuatu di atas kertas kosong. Apabila dia menyedari kehadiran kami berdua , dia lantas mengangkat wajahnya lalu memberikan reaksi gembira.
"James! Ini ke bakal isteri you yang you cakapkan tu?"tanya mak cik tu dengan nada gembira.
"Dialah orangnya Puan Aishah. Juliana kenalkan ini Puan Aishah."
"Juliana"
"Aishah"
Kami berdua berpelukan mesra tanda perkenalan kami berdua. Sepanjang sesi memilih baju pengantin , Puan Aishah melayan kami dengan mesra. Sikapnya yang ramah membuatkan ramai orang berpuas hati dengan hasil rekaan dan layanan di butik. Tak hairanlah orang sanggup datang jauh hanya nak membeli baju pengantin di sini.
Ketika James sedang mencuba baju Melayunya , Puan Aishah memberitahu Juliana bahawa James tak pernah membawa satu orang wanita pun ke sini. Katanya , dia dan James diibaratkan seperti ibu dan anak maka tak hairanlah kenapa James kelihatan begitu senang atau gembira bila berbicara dengan Puan Aishah. Paling mengejutkan , baju pengantin yang direka khas oleh Puan Aishah merupakan idea sebenar James. Nampak sangat dia memang nak kahwin dengan Juliana.
Setelah semuanya okay , mereka terus mengisi perut kerana telah berada di butik pengantin selama 3 jam. Siapa sangka James jenis yang cerewet dalam bab-bab sebegini. Ingat dia jenis yang ikut je tanpa banyak soal.
"Awak nak makan apa?" tanya James ketika mereka berada di pusat membeli-belah.
"Saya nak makan Lamb Chop. Dah lama tak makan." kata Juliana. Dalam fikirannya dah mula terbayangkan makanan tersebut.
James tanpa banyak soal terus membawa Juliana makan Lamb Chop. Ketika makan , Juliana tidak berasa tenang kerana pandangan mata James asyik memandang ke arahnya. Dia pun dah tak berselera nak makan namun nak ditanya ada sesuatu ke kat muka dia sampai dia pandang macam tu sekali tapi malu pula maka diamkan sajalah.
Tepat jam 9 malam , James menghantar Juliana pulang. Penat? Tak usah dicerita. Selepas makan tu mula mencari barang perkahwinan pula. Dahlah banyak mata yang memandang ke arah James sepanjang mencari barang tu. Panas hati tu memanglah tapi tak naklah cakap takut nanti ada orang perasanlah diri tu jadi perhatian bila cakap macam tu.
Baru sahaja Juliana nak buka pintu , James menangkap lengan kanan Juliana. Juliana memandang James dengan hairan.
"Selamat malam." ucap James dengan senyuman manisnya lalu melepaskan lengan Juliana.
Juliana yang tak menduga akan senyuman James tersebut hanya mengangguk kepala dan terburu keluar daripada kereta. Pak Cik Khai dah tidur pada waktu sebegini. Masuk sahaja ke dalam bilik , ada pesanan dari Whatsapp masuk.
Lupa nak pesan lagi. Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur dan mimpikan saya. :)
Alamak! Nampak gayanya dia bakal hadapi masalah yang rumit tak lama lagi bila bakal suami dah mula menunjukkan gaya romantik ini. Dapat ke dia menangkis panahan cinta bakal suami ini nanti? Ya Allah , kuatkanlah hati aku!
Harap korang sukalah dengan bab ini. Maaf jika ada kekurangan sebab saya dalam mood nak cepat! Hehehe
Jangan lupa
#VOTE
#COMMENT
LOVE ,
Madishah ^^
YOU ARE READING
Hold Me Tight
RomanceSiapa yang akan menolak tuah jika bakal suami ialah seorang jejaka idaman para wanita di luar sana? Juliana Evianne ialah seorang gadis yang tak tahu apa-apa tentang cinta lalu dijodohkan dengan sesorang yang ditentukan oleh pak ciknya , Encik Khai...