Mama dan Papa Naura masing-masing sibuk dengan kerjaya. Naura duduk di halaman luar. Termenung sendirian. Saja dia mengambil cuti selama sebulan supaya dirinya dapat menerima pemergian abangnya.
Tanpa disedari mutiara jernih jatuh membasahi pipi. Perlahan Naura mengesat air mata.
"Naura rindu dengan Abang" kata Naura sendirian.
Meow meow
Naura bangun memandang sekeliling. Mencari punca bunyi kucing tersebut. Kucing berwarna kelabu putih menyorok di sebalik pasu kesayangan Naura.
Naura memerhati kucing liar itu. Badannya dipenuhi luka. Barangkali bergaduh dengan kucing lain. Terasa simpati mula bertandang di hati Naura.
"Meow, meh datang sini" panggil Naura manja. Perlahan-lahan kucing itu menghampiri Naura. Naura mengusap manja kucing kelabu putih itu. Nampaknya kucing itu menunjukkan tindak balas positif.
Kucing itu di angkat masuk ke dalam rumah maka sesi pembersihan luka bermula. Aneh, kucing ni tak meragam. Duduk diam walaupun di sapu ubat.
"Rasanya kaki kau ni terseliuh" kata Naura kepada kucing. Entahlah tak pasti kucing ni faham atau tak.
Naura mengeluarkan ikan kecil daripada peti ais lalu direndam selepas dia melebur tidak menjadi ais lagi. Naura berikan kepada kucing itu. Susu dan air di letak bersebelahan dengan timbunan ikan kecil di luar rumah.
"Makan dulu tau. Aku nak siap. Lepastu aku antar kau pergi klinik" Naura terus ke tingkat atas untuk bersiap.
Usai bersiap kucing yang dirawat tadi nampkanya tidur kekeyangan. Naura tersenyum. Tubuh kucing yang kecil itu dibawa masuk ke dalam kereta. Masih nyenyak tidur.
Pemanduan berjalan dengan lancar. Kucing itu Naura bawa ke dalam klinik.
Terpekik kucing itu dibuatnya apabila doktor melakukan pemeriksaan. Habis lari ke sana sini. Jenuh Naura dan doktor mengejar kucing itu di dalam bilik.
Selesai sesi rawatan dan membayar kos perubatan. Sebelum pulang ke rumah Naura singgah ke kedai kucing untuk membeli beberapa peralatan.
Bekas makanan, syampu, sangkar, makanan, rantai kucing dan sebagainya. Naura nampaknya teruja dan gembira dengan kehadiran kucing yang tidak diundang.
Bila tiba di kedai haiwan, Naura tergaru-garu kepalanya melihat pelbagai jenis makanan kucing yang disediakan.
"Aduh nak beli yang mana ni? Semua aku tengok macam kucing tengok sedap je?" omel Naura
Naura masih berjalan di sekitar lorong kecil makanan kucing. Masih berfikir panjang untuk membeli makanan kucing.
"Better ambik whiskers atau prodiet. Dua-dua bagus. Mata kucinh cerah bulu dia pum cantik. Lepastu gigi dia pun kuat" kata lelaki yang tidak Naura kenali. Mungkin pekerja di situ.
"Hehehehe, thank you" ucap Naura lalu mengambil makanan kucing yang dicadangkan tanpa memandang wajah lelaki yang mencadangkan itu.
Naura berpuas hati dan pulanh ke rumah.
Setibanya di rumah,
Semua peralatan tadi Naura susun dengan kemas di suatu sudut. Sangkar yang sederhana saiznya di pasang di belakang rumah. Pasir untuk najisnya juga Naura sediakan. Tidak lupa juga tempat tidur yang beralaskan selimut khas untuk kucing.
Setelah berpuas hati dengan decoration nya. Naura mengeluarkan kucing itu dari sangkar kecil. Kesiannya kaki kucing itu dibalut.
Mereka duduk di atas sofa sambil menonton tv bersama. Kelakarnya kucing itu juga menonton tv. Naura mengangkat kucing itu lalu ditenung matanya.
"Macam mana kalau aku panggil kau Kelabu? Kalau setuju kelip mata" tanya Naura
Kucing itu memandang Naura dengan pandangan kosong.
"How's about night?"
Masih tidak berkelip.
"Okey, kalau sky?"
Kucing itu berkelip. Naura terkejut dengan tindak balas kucing itu.
"Kau suka nama sky?"
Kucing itu kelipkan matanya banyak kali dan " meow "
"Okey sky! Mulai harini kita kawan!" ujar Naura dengan gembira. Dia memegang tangan kecil sky lalu dijabatkan. Kedengaran ketawa ceria Naura di ruang tamu. Gembira dengan kehadiran sky yang dapat menceriakan hatinya.
Tapi suara pekerja tadi agak familiar dengan suara serak-serak basah tu.
"Asal la aku tak tengok muka dia tadi. Macam pernah dengar" kata Naura sendirian.
Naura melambung tinggi kucingnya sambil tersenyum riang. Hashtag skyforever !
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Roman d'amour#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...