SEUNGCHEOL memegang erat tangan Hyomin semasa pulang ke rumah. Hyomin memandang ke arah tangannya di pegang oleh Seungcheol. Ini membuatkan di teringatkan pada Mingyu. Dia memejamkan matanya buat seketika. Seungcheol memandang Hyomin dengan hairan.
"Sayang~ Neo gwaenchana (Awak tak apa-apa)?" tanya Seungcheol.
"Ne." ujar Hyomin lalu tersenyum pada Seungcheol.
Hyomin mendiamkan dirinya. 'Kenapa dengan kau ni Hyomin? Kenapa kau asyik terfikirkan Mingyu je?' bisik hati Hyomin.
"Sayang~ Betul ni awak tak apa-apa?" tanya Seungcheol lagi.
Dia mula naik risau dengannya. Hyomin tersenyum pada Seungcheol. Dia cuba untuk melegakan kerisauan di hati Seungcheol.
"Betul!" ujar Hyomin lalu menghayunkan tangannya yang di pegang oleh Seungcheol.
Tetapi perbuatan itu mula teringatkan dia pada Mingyu. Mingyu pernah buat benda yang sama padanya. Hyomin mula berhenti jalan. Seungcheol hairan dengannya.
"Sayang, kenapa ni?" tanya Seungcheol.
Air mata Hyomin mula mengalir. Seungcheol semakin cuak dengannya.
"Sayang, kenapa ni? Cakaplah! Jangan buat saya risau."
"Saya rindukan dia. Saya tak boleh nak lupakan dia." jelas Hyomin.
Semakin kuat Hyomin menangis. Sayu hati Seungcheol melihatnya lalu membawa Hyomin dalam pelukannya. Hyomin menangis semahu-mahunya di bahu Seungcheol.
************
RINA berjalan bersendirian pulang ke rumah. Dia memusingkan badannya memandang ke belakang. Wonwoo berhenti berjalan mengikutnya dari belakang.
"Macam mana awak boleh tahu saya ikut awak dari belakang?" tanya Wonwoo.
"Saya boleh rasa... Ada orang sedang ikut saya." jelas Rina.
Wonwoo mengusap leher belakangnya. Rina terus berjalan ke arah Wonwoo. Dia berhenti betul-betul di hadapan Wonwoo. Wonwoo menelan air liur. Rina cuba untuk mengusap pipi Wonwoo. Wonwoo terus melarikan dirinya daripada Rina. Rina memasamkan mukanya lalu mengejar Wonwoo.
"Awak tunggu lah saya!" panggil Rina.
Wonwoo buat tidak tahu dengan panggilannya. Semakin laju dia berjalan ke hadapan.
"Wonu!" panggil Rina.
Tiba-tiba Wonwoo berhenti berjalan. Rina terlanggar badan belakang Wonwoo. Rina mengadu kesakitan. Dia mengusap lembut hidungnya yang terasa sakit. Tangan Wonwoo menjalar ke badan Rina. Wonwoo masih memandang ke hadapan. Rina hairan dengan Wonwoo.
"Wonu? Waeyo?" tanya Rina.
"RINAA!!" panggil seseorang dari hadapan Wonwoo.
Rina mengeluarkan kepalanya di balik lengan Wonwoo. Kelihatan Jongsuk sedang berjalan ke arah mereka berdua.
"Jongsuk?" ujar Rina dengan perlahan.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...