Bab 39

167 27 0
                                    

SEMUA orang memandang ke arah Jinsol dan Minghao dengan hairan. Kali ini mereka hanya mendiamkan diri membuat kerja masing-masing. Selalunya riuh sahaja kelas ini apabila Jinsol dan Minghao bergaduh. Mungkin mereka berdua sudah berbaik-baik semula atau....

"Jinsol?" panggil seseorang di hadapannya.

Jinsol hanya mengangkat kepalanya sahaja memandang ke arah pelajar perempuan itu. Pelajar itu mula menundukkan sedikit badannya seperti mahu bergosip.

"Kau dengan Minghao ada apa-apa ke?"

Jinsol hanya mendiamkan diri. Dia memandang pelajar itu dengan pandangan tajam. Pelajar itu mengetap bibirnya. Dia mula takut kalau Jinsol memarahinya.

"Ok! Mian!" ujar pelajar itu dan berlalu pergi ke tempat lain.

Jinsol menyambung melukis. Dia harus menyiapkan lukisan ini untuk di hantarkan kepada guru seninya. Lukisannya hampir siap. Dia harus membaiki ton warnanya supaya kelihatan lukisan itu kelihatan hidup. Jinsol mewarnakan bayangan di bawah kaki lukisan orang itu. Dia melihat lukisan itu. 'Dah ok ke? Ke... Nak tambah lagi?' bisik hati Jinsol. Jinsol terus mengambil warna biru muda dan sedikit warna putih untuk mewarna latar belakang lukisan itu.

Minghao memandang ke arah Jinsol yang asyik mewarna. Dia memerhatikan sekeliling ke kelasnya pula. Kelihatan semua pelajar sedang asyik berbual. Cuma dia seorang sahaja yang mendiamkan diri. Minghao mengeluh. Dia memandang ke arah Mingyu dan Wonwoo. Mingyu menutup mukanya dengan buku. Dia kelihatan sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Wonwoo pula sedang mengulangkaji. Minghao menggarukan kepalanya. 'Siapa lagi yang aku nak ajak berbual ni?!' bisik hati Minghao.

Jinsol melihat lukisannya. Dia tersenyum puas. 'Dah siap!' bisik hati Jinsol. Jinsol meniup lukisannya dan mengipas lukisan itu supaya cepat kering. 'Jadi.. Boleh lah aku hantar masa rehat karang.' getus hatinya. Dia terus bangun dari tempatnya dan membawa lukisan tu ke arah lokernya. Dia menyimpan lukisan itu di dalam loker dan berjalan semula ke tempatnya. Dia sempat menoleh ke arah Minghao. Minghao kelihatan sedang termenung memikirkan sesuatu. Jinsol tersenyum kecil. Dia terus mematikan senyumannya supaya orang tidak mengesyaki sesuatu. Dia duduk semula di tempatnya dan mengeluarkan buku dari begnya.

"Minghao!" panggil seseorang seperti mengejutkan dia dari lamunan.

Minghao memandang ke kanan melihat orang itu. Dia kelihatan tersengih seperti kerang busuk pada Minghao. Minghao hanya mendiamkan diri memerhatikan pelajar itu meletakkan begnya dan duduk di tempatnya. Dia memandang ke arah Minghao semula.

"Hey! Kau pergi mana? Dah tiga hari aku tak nampak kau." tanya pelajar lelaki itu.

"Aku pergi China. Melawat zumu (Nenek) aku." jelas Minghao yang sedang bermain dengan pensilnya.

"Zumu? " tanya lelaki itu.

Dia tidak faham dengan perkataan itu. Menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah terbiasa memanggil neneknya dengan panggilan zumu.

"Mian. Maksudnya Halmeoni (Nenek). Tu dalam bahasa cina." jelas Minghao.

"Oh!"

Pelajar itu mengeluarkan bukunya dan meletakkan di atas meja sebelum guru mereka tiba di kelas. Minghao terpandang ke arah Jinsol lalu tersenyum.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now