Bab 42

159 27 0
                                    

JINSOL mengelap rambutnya dengan tuala kecil sebaik sahaja selesai mandi. Dia berjalan ke arah pintu biliknya lalu memulas tombol pintu biliknya. Tiba muncul muka Minghao di hadapan pintu Jinsol. Terkejut Jinsol di buatnya.

"Ish! Dia ni kenapa?! Buat orang terkejut je!" marah Jinsol.

Jinsol terus keluar dari biliknya. Minghao menarik lengannya dan membuat muka sedih.

"Sayang~" panggil Minghao dengan lembut.

"Ish! Lepaslah! Saya nak merajuk dengan awak!"

Jinsol menarik tangannya dan menuruni anak tangga. Minghao mengikutinya lagi. Jinsol menuju ke arah dapur. Dia mengambil gelas dan menuangkan air masak ke dalam gelas. Minghao berjalan perlahan mendekati Jinsol. Tangannya menjalar ke pinggang Jinsol. Jinsol melihat ke arah pinggangnya yang di peluk erat oleh Minghao.

"Ish! Lepaslah! Saya benci tengok muka awak!" marah Jinsol.

Minghao mendaratkan wajahnya di bahu Jinsol.

"Awak janganlah benci-benci, awak sayang-sayang lah saya." ujar Minghao.

"Menyampah!"

Jinsol dan Minghao mula mendiamkan diri. Jinsol meminum air masak itu lalu memandang ke arah Minghao di bahunya. Dia teringin menanyakan sesuatu.

"Bukan awak dah balik ke?" tanya Jinsol.

"Ye.. Tapi saya patah balik." jelas Minghao yang masih memeluk pinggang Jinsol.

"Awak tahu kan, saya sayang awak sangat-sangat." ujar Minghao.

"Ye la tu. Habis tadi, kenapa terus balik?!."

"Ala.. Tu tadi, sekarang saya dah ada depan mata awak ni. Awak jangan lah merajuk." Minghao cuba memujuk Jinsol lagi.

"Tak kira saya nak merajuk juga."

Minghao langsung melepaskan pelukannya. Jinsol terus membawa gelasnya ke meja makan. Minghao mengikutnya dari belakang. Minghao mencuba lagi memujuk Jinsol. Jinsol tidak mengendahkan pujuk Minghao. Tiba Jinkyu muncul di dapur. Dia berjalan menuju ke arah peti ais untuk mengambil air susu segar.

"Noona tak payah nak merajuk sangat lah. Menyampah orang tengok." ujar Jinkyu sambil menuangkan air susu itu ke dalam gelas.

"Yash! Kau budak kecik! Pergi masuk bilik kau sekarang!" arah Jinsol yang sudah mula marahkan Jinkyu.

Jinkyu tidak membantah arahan kakaknya. Jinkyu terus menyimpan air susu itu semula ke dalam peti ais semula. Dia membawa air susu itu ke biliknya. Jinsol memandang Minghao dengan pandangan yang marah.

"Awak lah ni! Ajar dia macam tu?!" marah Jinsol lagi.

"Eh! Mana ada! Saya tak ajar dia apa-apa pun."

"Ye lah tu! Erghh!!"

Jinsol terus berjalan naik ke biliknya meninggalkan Minghao keseorangn di dapur. Minghao memuncungkan mulutnya.

"Susahnya lah nak pujuk dia ni!!" jerit Minghao tetapi tidak kuat.

Dia mengusutkan rambutnya. Pening kepalanya untuk memujuk hati Jinsol. 'Kenapalah keras sangat kepala budak ni?!' marah Minghao di dalam hati. Dia duduk termenung di meja makan itu. Bukan baru hari ini sahaja Jinsol merajuk dengannya. Tetapi kali ini dia merasakan lain selepas bertukar status single kepada berpunya. Memujuk Jinsol bukan lah senang yang dia sangkakan.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now