♡14♡

108 15 2
                                    

Hyeri sedang bosan didalam kelas.dia melihat jimin di sebelah nya sedang menulis.

"Dia marah aku lagi ke?".hati hyeri tertanya-tanya.

"Macam mana eh aku nak minta maaf?".hati hyeri menyoal lagi.

Hyeri mengambil sticky note di dalam laci mejanya dan menulis sesuatu.

Kemudian hyeri melekatkan sticky note itu betul-betul pada buku teks yang sedang jimin guna untuk rujukan.

Jimin melihat perkataan yang tertulis di sticky note itu.

[I'm sorry..:'( -hyeri]

Jimin hanya memandang dan meneruskan menulis tanpa peduli apa yang ditulis hyeri.

Hyeri memuncungkan mulutnya.
"Jimin ni marah aku lagi ke?..dia ni kan poyo lah..merajuk tahap dewa..".hyeri merungut di dalam hati.

Hyeri mengambil satu lagi sticky note dan dia lekatkan pada belakang tangan jimin.

[Sorry la..-hyeri]

Jimin berhenti menulis dan melihat belakang tangannya.dia membaca dan matanya terus memandang hyeri.

Hyeri hanya mengembungkan pipinya dan mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali.buat comellah tu.

Jimin hanya buat muka pelik.

"Gila ke apa pompuan ni?".hati jimin terdetik.

Jimin hanya menjeling dan meneruskan menulis.

Hyeri naik geram.dia menarik kerusi bagi menghadap jimin disebelah dan kaki naik bersila di kerusi itu.jimin hanya terkejut.

Hyeri menarik kedua pipi jimin dan memegangnya bagi jimin melihatnya.

"Wey,aku minta maaf la..kau ni kan merajuk macam pompuan la..aku dah malas nak pujuk.. aku minta maaf kau buat tak tahu..". muka hyeri berkerut dan menunduk.tangannya masih memegang pipi jimin.

Jimin tersengih.comel pulak budak ni buat muka tak puas hati.baru padan muka kau.

Hyeri mengangkat mukanya semula dan melepaskan pipi jimin.dia keluar dari kelas. jimin hanya pelik.

•••
Hyeri duduk di library.dia duduk bersila di lantai selepas memilih buku.

"Biar aku baca buku lagi best dari layan budak pipi mochi tu.. buat sakit hati je..".hyeri merungut.

"Haa..baik aku pinjam buku dan baca kat bawah pokok belakang sekolah..lagi best..".hyeri bangun semula dan memilih beberapa buku.

•••
"Mana budak tu pergi hah?..tapi asal aku risau?".jimin bermain-main dengan pen tangan.

Setelah waktu rehat hampir habis,jimin keluar ke tandas.

•••
Jimin melihat wajah hyeri yang sedang tidur disitu.dia dapat mengagak yang hyeri disitu.

Hyeri tidur dalam keadaan belakangnya menyandar pada dinding dengan buku yang masih terbuka berada di peha hyeri.

Jimin tersenyum.

Jimin duduk di sebelah hyeri.dia mengambil buku yang berada di peha hyeri itu.tiba-tiba saja kepala hyeri jatuh ke bahu jimin membuatkan dia memandang hyeri.

Jimin menelan air liur.gulp!. dekatnya.

Du dap dup dap

Jimin memerhati hyeri yang dekat dengannya.dari kepala yang ditutupi cap itu turun ke matanya.cantik.

Pandangan jimin mula jatuh ke hidung hyeri yang kecil dan akhir sekali bibir merah milik hyeri.merahnya nampak asli.

"Kenapa dengan aku ni?".jimin menyoal pada dirinya.

Bersambung ⏩

[c] Heartbeat ; jimin°Where stories live. Discover now