Yeowoo berjalan ke sekolah dengan ceria. Biarpun begitu dia dapat merasakan sesuatu sedang mengikutinya dari belakang. Yeowoo menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.
Tiada,
Tiada apa.
Jadi Yeowoo mengambil keputusan untuk memandang semula ke depan dan meneruskan perjalannya ke sekolah. Dia berjalan dan keluar dari simpang deretan Hanok dan menuju ke sekolahnya.
Semasa berjalan, sekali lagi dia berasa ada seseorang mengikutinya dari belakang. Dia menarik nafas dan menghembusnya.
"Yah!" terus dia menoleh kebelakang dan menjerit. Namun apa yang dilihatnya adalah...
"Auk!"
Seekor anjing baka yang telinga tajam itu memerhatinya. Yeowoo mengeluh sebelum bertinggung dan mengusap kepala anjing itu.
"Yah.. Janganlah ikut, saya nak pergi sekolah ni nanti lambat. Balik kat tuan kamu ya?" katanya dan tersenyum kecil. Anjing itu menyalak kembali sebelum pergi dari situ. Yeowoo bangun dari tinggungnya dan berlalu dari situ.
Anjing tersebut mula membesar setelah perginya Yeowoo dari tempat tadi.
"Aku dah jumpa.."
_____
Lepas rehat.
"Ahh.. Kenyangnya perut aku!" kawan kelas Yeowoo, Donghyung berkata-kata sambil mengusap perutnya yang membuncit itu. Kawan sebelahnya, Dareum sedang mengemas buku hanya membuat muka pelik pada Donghyung. "Buruklah perangai kau ni, Donghyung" komenya dengan reaksi yang menyampah.
Manakala, Yeowoo sedang melukis sesuatu di bahagian buku latihannya selepas itu disergah oleh Nami.
"Yah!"
"Apa??" soal Yeowoo. Menganggu konsentrasi betul minah ni. Nami tersengih-sengih sebelum mengambil tempat di sebelah Yeowoo. Dia menjenguk sekejap lukisan Yeowoo dan bersuara teruja.
"Uuuu.. Lawanya lukisan kau.." terus tangannya mencapai buku latihan Yeowoo dan memandang penuh teruja pada lukisan tersebut.
"Cantik ke?" soal Yeowoo dan mendapat satu anggukkan daripada Nami. Dia tersenyum.
"Gomawo"
___
Yeowoo berjalan pulang mengikut laluannya sama seperti mana dia guna setiap hari. Sambil mengisap aiskrim perisa dark chocolate, dia menyapa budak-budak yang sedang bermain di taman permainan. Teringat sewaktu dia kecil.
"*Jinheulg sonyeo"
Ahh.. Rindunya panggilan itu. Sampai sekarang panggilan itu masih mekar dalam otaknya. Tapi yang peliknya, dia tak ingat pun siapa yang memanggilnya sebegitu. Yang pasti 'dia' itu bukan perempuan.
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Fanfic〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...