Pulau Pinang,
Diusia muda Sabri, atau dikenali sebagai Bi, dia melalui usia mudanya dengan penuh suka ria. Bi merupakan anak angkat oleh kedua sepasang suami isteri dikampung itu.
Ketika Bi masih dizaman persekolahannya, dia tidaklah pandai seperti pelajar lain, dan dia merupakan pelajar yang nakal dan ganas. Bergaduh dia sekolah sudah menjadi kebiasaaan baginya. Pada suatu hari, Bi dan rakan-rakannya ponteng sekolah dan pergi melepak dirumah rakannya. Tiba-tiba datang sekumpulan remaja yang datang untuk memukul dia. Mereka memukul Sabri dengan penuh dendam kesumat. Tetapi, Bi tidak berdiam diri, Bi menggunakan ilmu pertahan diri yang sudah dipelajarinya untuk melawan mereka itu. Dan sekumpulan remaja itu tidak berjaya menumpaskan Bi dengan tangan kosong lalu mereka menyerah kalah. Keberanian dan kegagahannya Sabri sering menjadi bualan disekolah. Malah dia juga ditakuti oleh pelajar-pelajar disekolah itu.
Selepas tamat zaman persekolahannya. Sabri bekerja di kilang yang berdekatan dirumahnya. Dan disitulah dia bertemu dengan seorang perempuan yang bernama Wani. Mereka bersahabat baik dan rapat, tetapi mereka tidak ada apa-apa ikatan cinta. Diwaktu kelapangan atau cuti kerja, mereka berdua sering keluar bersama-sama untuk meluangkan masa dengan berjalan-jalan dan pergi makan dia tempat-tempat yang menarik. Sudah hampir 2 tahun persahabatan mereka terjalin dengan utuh. Sabri sebenarnya sudah sekian lama menaruh harapan pada Wani. Tetapi Sabri hanya mendiamkan diri sahaja.
Pada suatu hari di hari cuti umum, sedang Sabri di rumahnya pada waktu tengah-hari, didatangi anggota polis dan meminta untuk membawa Sabri ke balai polis untuk disoal siasat. Sabri terkedu. "Apa salah saya? Saya tidak melakukan apa-apa jenayah." Tanpa diendahkan pihak polis, mereka terus menggarinya lalu membawanya ke balai. Ketika didalam bilik soal siasat, mereka menyoalnya tentang Wani. Diberitahunya tentang Wani dirogol oleh Sabri. Sabri tidak mengaku itu perbuatannya. " Saya tak tahu apa-apa Encik, saya difitnah!" Sabri dipukul pihak polis untuk membuat pengakuan atas tuduhan itu. Hingga ke akhirnya Sabri tidak mengaku.
Pusat Serenti, Pahang.
Seminggu setelah didalam lokap, Sabri dihantar ke pusat serenti yang bertapak di Pahang. Pusat serenti yang berada dikaki bukit-bukit. Jauh dari penempatan orang awam. 6 bulan lamanya Sabri disitu. Jauh dari keluarga, jauh dari kawan-kawannya. Sabri sering mengenangkan nasibnya yang malang itu. " apalah nasib aku, difitnah, dan dikurung pula." Sering juga Sabri bersendirian dan menangis. Pada suatu malam, dia terfikir untuk melarikan diri dari pusat serenti itu. Tetapi agak sukar kerana tiada apa-apa dan landskap kawasan itu yang berbukit dan hutan tebal. Barangkali ada harimau dan binatang buas yang lain. Bahaya menanti diluar sana. Sabri telah nekad untuk melarikan diri. Dan dia membuat sedikit penelitian tentang kawasan disitu.
Pada pukul 1:00pm, Sabri naik tangga untuk ke bangunan yang bertingkat dua. Dia berdiri diatas tembok tingkat itu lalu terjun kebawah untuk melepasi pagar berduri yang tinggi. Dan dia berjaya lakukannya tanpa sebarang patah tulang dan luka. Tanpa disedari pihak polis disitu, dia lari memasuki hutan rimba yang tebal itu. Dengan perasan takut dan gementar Sabri melarikan diri. Dia menuruni bukit dengan larian anak. Setelah sejam berlalu, pihak polis menyedari ketiadaan Sabri di pusat serenti dengan menonton rakaman CCTV. Pihak polis melepaskan 5 ekor anjing untuk menjejaki Sabri dihutan. Dan diikuti beberapa orang pihak polis. Setelah Sabri penat berlari, diberehat disebatang pokok yang besar. Sabri kelaparan dan dahaga. Dia hanya memetik daun-daun dihutan itu untuk mengisi perut. Setelah memperoleh sedikit tenaga, Sabri berjalan lagi. Dan Sabri menemui rumah besar yang kosong. Sabri memasuki rumah itu dan mendapati tiada orang yang tinggal didalamnya. Tetapi masih ada barang-barangan lama yang ditinggalkan seperti pakaian dan beberapa perabot. Sabri menyalin pakaiannya disitu. Dan dia mengambil barang didalam rumah itu seperti pisau dan tali. Setelah selesai, Sabri meneruskan lagi perjalanannya.
Matahari sudah hampir tenggelam, Sabri pula kelaparan. Tetapi dia tetap berjalan. Lalu dia pengsan dalam perjalannya kerana kebuluran. Keesokan siangnya, Sabri tersedar. Perutnya kelaparan yang amat dan tiada terdaya untuk meneruskan perjalanannya. Sedang dia berehat disitu, anjing-anjing yang dilepaskan polis menemuinya. Sabri terkejut dan berlari selaju mungkin dari anjing-anjing itu. Tiada lagi rasa lapar dan kehabisan tenaga ketika itu. Kerana tenaga adrenalina semakin mengalir didalam diri. Sabri terjumpa sebatang sungai yang deras airnya. Lalu dia terjun ke sungai itu dan mendapati sungai itu terlalu dalam dan deras, lalu dia lemas dan pengsan sekali lagi. Anjing-anjing itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menonton Sabri dihanyutkan oleh sungai yang deras itu. Setelah sedar dari pengsan kali kedua, Sabri sedang diusung oleh orang asli dikawasan itu. Mereka membawanya ke kampung orang asli. Dan orang asli menjamunya buah-buahan dan nasi. Setelah selesai mengisi perut, Sabri meminta pertolongan orang asli untuk menunjukkan jalan keluar ke bandar dan dia juga menyatakan hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang. Orang Asli menunjukkan jalan pintas untuk ke Selangor.
Rawang, Selangor.
Sabri duduk berehat dan tertidur dibawah pokok yang berada suatu kampung. Lalu didatangi seorang orang tua. Pakcik itu mengatakan pada Sabri bahawa beliau adalah ketua kampung disitu. Lalu ketua kampung itu menjemput Sabri kerumahnya untuk menjamu selera. Ketika dirumah ketua kampung itu, ditanya kepada Sabri tentang apa yang berlaku sebenarnya. Sabri dengan jujur menceritakan satu-persatu apa yang dilaluinya satu-persatu. Ketua kampung itu berhati mulia, dan ingin menolong Sabri pulang ke Pulau Pinang. Dia memberi Rm700 untuk pulang kerumah. Dan mengahantar Sabri ke pekan untuk mencari teksi untuk membawanya pulang.
Pulau Pinang.
Pukul 12:00a.m, Sabri tiba dikampung halamannya. Dia pulang kerumahnya semula. Dia mengetuk pintu memanggil ibunya. Ibunya terkejut apabila membuka pintu. Sabri memeluk Ibunya dengan erat dan meminta maaf tentang apa yang terjadi. " Ibu tahu kau tidak bersalah, nak. Ibu yakin bahawa kebenaran pasti akan terbongkar." Dua minggu Sabri dikampungnya tanpa dikesan oleh pihak polis. Pihak polis langsung tidak menemui apa-apa berita tentang Sabri. Pada hari sabtu, Sabri sendiri yang menelefon polis dan memberitahu mereka bahawa dia kini berada dirumah. Tidak lama kemudian, polis datang untuk menahannya dan membawa Sabri ke balai.
Penjara Negeri Sembilan.
Setelah kejadian itu, Sabri ditempatkan di penjara Negeri Sembilan atas tuduhan melarikan diri dan merogol. Setahun lamanya dia meringkuk didalam penjara itu. Dan dia dinaikkan ke mahkahmah untuk perbicaraan. Disitulah dia sekali lagi melihat ahli keluarganya dan keluarga yang dulunya sahabat, iaitu Wani. Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Wani mengakui bahawa dia bukan dirogol oleh Sabri. Dan perogol itu adalah teman lelakinya. Sabri tersenyum girang. Dan hakim memutuskan untuk membuang kes terhadap Sabri, dan Wani dikenakan saman malu kerana memfitnah.
Kebenaran akhirnya terbongkar jua. Sabri akhirnya dibebaskan dan pulang ke Pulau Pinang. Dan Sabri insaf dan berazam untuk menjadi insan yang berguna terhadap masyarakat dan tidak mahu untuk menjadi dirinya yang dulunya dianggap orang samseng.
- TAMAT -
YOU ARE READING
Hati Kering
Adventure"Sejauh-jauh kita tersesat, kepada kebenaran jugalah kita akan kembali."