VAMPIRE 2 (Part 10)
''hyung nak buat apa sekarang ni?'' Tanya Jungkook sambil mengelap sisa darah pada sisi bibirnya.
''kita cari J-Hope'' jawab Jin.
''Jimin hyung macam mane?'' Tanya V
''dia tahu apa yang perlu dia buat'' jawap Jin lagi.
-DUNIA ROH-
Tidak seperti yang disangka oleh rakan-rakan Jimin. Jimin buntu memikirkan cara untuk dia dan Nara keluar daripada alam ni ditambahkan lagi dia tidak tahu dimanakah dia berada yang sebenar-benarnya.
''oppa...kita ikut jalan tu'' Kata Nara sambil menunding jari kearah lalu yang bercahaya.
''okay jom..'' Jimin memegang tangan Nara. Jimin berhenti secara tiba-tiba dan menyebabkan Nara terlanggar belakang Jimin.
''oppa kenapa ni?'' soal Nara.
''tak boleh..'' jawab Jimin.
''apa yang tak boleh'' Tanya Nara pelik.
''jalan ni kita tidak boleh ikut..''jawap Jimin lagi.
''maksud oppa?'' Tanya Nara.
''jalan ni berbahaya..kita ikut arah sana..'' kata Jimin sambil menunding jari kearah yang gelap gelita.
''tapi kat sana lagi bahaya..Nar-'' Jimin menutup mulut Nara dengan tangannya.
''kenapa ni oppa?'' Tanya Nara.
''dengar sini. Kau kena percaya dengan oppa'' Jimin menggantikan nama Nara dengan panggilan 'kau'. Nara mengangguk faham.
'' jangan sesekali sebut nama kau sendiri sebab buruk padahnya nanti. Kalau terpisah jangan ikut jalan yang bercahaya, ikut jalan yang gelap..'' kata Jimin sambil memegang bahu Nara.
''okey..aku akan dengar..'' Nara mengerti apa yang Jimin sampaikan.
''bagus'' Jimin mengusap rambut Nara.
Mereka berdua berjalan kearah yang gelap itu. Ternyata apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu adalah benar. Meraka berdua sampai disuatu tempat yang kelihatan selamat tetapi malangnya terdapat beratus – ratus pintu berwarna putih di tempat itu.
''mana satu pintu jalan keluar?'' Tanya Nara.
''oppa tak tahu..'' kata Jimin pasrah.
-DUNIA NYATA-
Pertarungan antara lima jejaka vampire dengan makhluk yang merampas badan Nara akan bermula apabila mereka berlima bertembung dengan makhluk itu.
''wahhh...tak sangka yang korang ni bukan manusia..patutlah aku tak dapat jejak siapa yang ceroboh rumah aku..'' kata makhluk itu dalam bentuk asalnya.
''ni bukan rumah kau! Rumah kau dekat neraka jahanam sana!'' tempelak Suga.
Makhluk itu ketawa berdekah-dekah apa yang lawak mereka berlima tidak tahu.
''kami mahukan kau pulangkan kawan kami dan badan Nara semula.'' Kata Jin
''ye? Ambilah kalau berani'' kata makhluk itu. Sekelip mata makhluk itu hilang dipandangan mereka berlima.
'' hati-hati, dia mesti ada dekat sini'' pesan Rapmon.
ZZZAAASSS....
Satu cakaran yang cukup tajam terkena dibelakang V. V jatuh kehadapan mengerang kesakitan. Peliknya tiada punca pun bagaimana V boleh tercedera.
''ni mesti kerja kau kan!!!'' tempik Suga. Satu suara mengilai kedengaran .
ZZZAAAASSSS...
Kali ini Jin pula yang tercedera.Jin jatuh melutut. Peritnya tidak terkata.
''jahanam!!'' kata Rapmon. Rapmon bertukar menjadi vampire. Matanya menjadi berwarna merah saga. Kuku Rapmon menjadi panjang yang tajam berwarna hitam. Badannya menjadi dua kali ganda lebih besar daripada saiznya yang sebenar.
''keluar kau!!!'' suara Rapmon menjadi garau.
Suga dan Jungkook membawa V dan Jin keluar daripada tempat itu. Biarkan Rapmon sahaja yang selesaikan urusannya dengan makhluk itu memandangkan dia ditugaskan untuk membunuh makhluk itu.
Makhluk terbang meluru kearah Rapmon. Rapmon sempat menangkap badan makhluk itu lalu dicampakkannya ke dinding. Retak dinding itu dibuatnya.
''tak guna!!'' kata makhluk itu. Sekali lagi makhluk itu terbang kearah Rapmon. Kali ini dia tidak dapat menangkap makhluk itu. Makhluk itu telah mencakar badan Rapmon. Rapmon melutut kesakitan sambil memegang lukanya.
''sakit?'' Tanya makhluk itu lalu ketawa nyaring.
Makhluk menghampiri Rapmon. Makhluk itu mahu memenggal kepala Rapmon tetapi terlebih dahulu Rapmon menikam kaki makhluk itu menggunakan pisau belati yang diberikan oleh lelaki tua itu. Darah hitam keluar daripada kaki makhluk itu.
''kalau pikir kau boleh bunuh aku?!!!'' makhluk itu melempar Rapmon ke dinding.
Dengan kuasa yang ada makhluk itu mengangkat batang besi lalu diarahkan kepada Rapmon. Batang besi itu tembus melepasi badan Rapmon. Rapmon terkulai layu disitu.
''itu padahnya kalau kau mencabar aku!!'' kata makhluk itu.
''tinggal 2 hari sahaja untuk bulan purnama..aku akan hidup abadi!!!'' jerit makhluk itu sambil ketawa besar.