Bab 8

2.6K 33 0
                                    

CANTIK.

Hanya itu sahaja perkataan yang paling sempurna untuk dia gambarkan wanita itu. Matanya bulat bercahaya. Hidung mancung terletak. Bibir merah bak delima. Cantik sekali, padahal wajah itu tidak sedikit pun dicalit mekap.

Senyumannya? Ah, hanya dengan mengingati senyuman itu sudah mampu menyebabkan jantungnya berdebar kencang. Itu belum lagi termasuk suaranya yang lembut dan menenangkan jiwa.

Tengku Zarif mengeluh. Apa yang sudah jadi kepadanya? Bukan dia tidak biasa dengan wanita cantik, malahan jauh lebih jelita dan seksi. Namun, bayangan yang satu ini sukar benar untuk dilempar. Bahkan semakin lama semakin mencengkam.

Seumur hidup, Tengku Zarif tidak mempercayai kepada cinta pandang pertama. Tetapi sekarang, dia sudah tidak pasti.

Kalau tidak, masakan dia terpacak di sini? Pada awal pagi begini?

"Eh, Tengku!"

Spontan bibir Tengku Zarif membentuk senyum. Hangat hatinya melihat wajah yang pertama menyapa dirinya pada pagi hari. Gadis itu sedang memandangnya dengan mata bulat. Penyapu di tangan.

"Good morning, Zalia."

"Morning. Awalnya Tengku sampai. Kami belum buka. Baru nak berkemas." Laju Zalia menjelaskan. Mata diliarkan kepada kafe, menunjuk isyarat bahawa kafe belum sedia untuk dibuka kepada pelanggan.

"Taklah. Saya bukan datang untuk makan. Saya ke sini nak jumpa awak."

"Jumpa saya?" Dahi Zalia berkerut sedikit. Kemudian dia membulatkan mata.

"Ini pasal baju Tengku hari tu? Tengku nak minta ganti rugi?"

Tengku Zarif tergelak. Isy, dia ini ke situ pula.

"Awak ni, kan saya dah bagi tahu hari tu. Don't worry about it. Setakat terkena ais krim, apalah sangat."

"Baju tu nampak mahal..." gerutu Zalia. Fikirannya menerawang kepada kejadian tiga hari lepas. Macam manalah dia boleh menonong berjalan hingga terlanggar Tengku Zarif? Memanglah lelaki itu berkali-kali mengatakan bahawa dia tidak perlu membayar ganti rugi atas kekotoran yang melekat di bajunya. Tetapi siapa tahu mungkin Tengku Zarif sudah berubah fikiran?

Melihat riak wajah Zalia yang gundah-gulana, tiba-tiba terbit rasa ingin mengusik dalam hati Tengku Zarif. Dia menundukkan sedikit muka hingga menyamai paras kepala Zalia. Renungan lunak sengaja dipanahkan kepada mata bulat itu. Pipi Zalia sedikit demi sedikit memerah.

Comel!

Tengku Zarif senyum dalam hati.

"Awak betul-betul rasa bersalah?"

Zalia mengangguk.

"Nak bayar ganti rugi?"

Air liur Zalia tertelan sendiri. Otak mula membayangkan duit gaji yang tidak tinggal banyak mana.

"Berapa?" Suaranya seperti tidak keluar.

Hujung bibir Tengku Zarif menyenget nakal.

"Berapa awak boleh bagi?"

"Errr... Lima puluh ringgit?" soal Zalia teragak-agak. Dalam kepala, dia mula mencongak duit yang berbaki. Lepas ditolak-tolak sewa bilik, keperluan diri dan duit untuk ayah, lima puluh ringgit rasanya tidak bermasalah.

Namun, melihat Tengku Zarif yang tidak memberi apa-apa reaksi... Zalia mula jadi tidak yakin.

"Seratus?" Sekali lagi dia menebak.

Tengku Zarif masih menayang muka tanpa riak. Bawah bibir, Zalia ketap sebelum menyoal lagi.

"Dua ratus?"

SYURGAKU TAK SEMPURNA (DIADAPTASI DARI DRAMA)Where stories live. Discover now