Bab 9

1.5K 27 0
                                    

SELEPAS menulis jumlah yang sepatutnya, cek dihulur kepada Harith. Begitulah urusannya setiap kali bekerja sama dengan Harith. Selepas segala urusan grafik yang ditempah siap, barulah bayaran penuh akan dibuat. Bagi Harith, selagi kerjanya tidak selesai dan pelanggannya tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya, selagi itu dia tidak akan menerima sesen pun wang daripada pelanggannya. Kepuasan pelanggan adalah yang paling utama baginya.

"Betul tak jumlah yang aku tulis tu? Kot-kot terkurang kosong ke?" tanya Dhafir sekadar ingin memastikan. Buku cek kembali disimpan ke dalam laci meja.

"Kalau terlebih kosong tak apa, kan?" seloroh Harith.

"Kalau terlebih tak apa, jangan kurang. Aku tak sanggup nak berhutang dengan kau."

Mereka berdua tergelak bersama untuk seketika.

"Alhamdulillah, jumlahnya cukup seperti yang kita bincangkan."

Dhafir angguk dengan rasa lega.

"Oh, ya..." Dia baru teringat.

"Kau kena sediakan ruang masa untuk aku dalam masa terdekat ni. Ada projek besar untuk kau," sambungnya.

Harith tidak terus menjawab. Dia menyimpan terlebih dahulu cek ke dalam beg kerjanya.

"Projek besar? Kau ada berkolaboratif dengan mana-mana designer lagi ke? Tahun lepas kau bekerjasama dengan Rizalman untuk koleksi baju raya dia eksklusif untuk beberapa orang artis lelaki, kan? Tahun ni kau dah offer pada mana-mana designer lain?"

Dhafir tersengih penuh makna lalu menyandar tubuhnya pada kerusi. Dia mahu Harith meneka.

"Sekejap, sengih kau ni macam ada makna. Ada apa-apa yang aku tak tahu?"

"Laaa... Aku ingatkan kau dapat teka," keluh Dhafir, hampa.

"Okey, aku dah dapat teka. Dia dah setuju nak bekerjasama dengan syarikat kau, dengan syarat dia kena jadi isteri kau, betul?"

Senyum di bibir Dhafir kembali meleret. Nasib baik kawan baiknya itu pantas meneka.

"Pandai pun kau teka.'

"Serius, bro?" Harith teruja.

Dhafir angguk penuh bangga.

"Tahniah bro, tahniah!" ucap Harith gembira sekali sambil menghulur tangan untuk bersalaman tanda tahniah.

Salaman Harith disambut baik.

"Macam mana kau boleh buat dia bersetuju?" Lanjut Harith selepas salaman terlerai.

"Tengok kakilah."

"Betul-betullah. Rasanya bukan senang dia nak terima syarat merepek kau tu."

"Dia terima dengan bersyarat."

"Syarat?" Harith musykil.

Dhafir angguk mengeyakan.

"Kiranya kau dengan dia kahwin kontrak ke apa?"

"Pada dasarnya dan pada tanggapan dia mungkin kahwin kontrak. Tapi hakikatnya..." Sengaja Dhafir menggantung ayatnya itu. Dia mahu Harith memikirkan persoalan itu dan dia yakin Harith tahu hal yang sebenarnya walaupun dia tidak menjelaskan hal itu dengan sejelas-jelasnya.

Kali ini Harith pula tersenyum bangga. Dia tidak menyangka, kawan baiknya itu bijak. Sejujurnya dia menganggap syarat Dhafir sebelum ini sesuatu yang merepek! Ternyata idea spontan Dhafir itu mula nampak hikmahnya walaupun masih terlalu awal.

"Tak sangka bijak juga kau, ya? Apa syarat yang dia kenakan pada syarat kau tu?" puji Harith diakhiri dengan soalan.

"Aku rasa kau boleh agak syarat dia."

JANGAN HILANGKAN DIAWhere stories live. Discover now