[2/1, 20:36] -:
Masatu , puasa. Lepas baru buka puasa ramai ramai. Tapi masa orang tengah bukak puasa aku sorang je kat luar masa maghrib
Ramai tertanya tanya kenapa aku duduk kat luar sorang pandang dekat hutan sedangkan masa tu semua orang berbuka puasa
Pakcik aku ni terer bab ubatkan orang ni. Jadi dia pandang aku dia tanya tapi aku takjawab sepatah pun. Aku lagi pandang tajam dekat dia
Dengan tak kelakarnya , aku menangis depan pakcik aku dia tanya kenapa , aku tunjuk ke arah pokok tu dan...
Dan pakcik aku tanya aku dengan selamba "pontianak dia tengah bergayut tu" lalu aku masuk lari terus ke dalam bilik
Bila aku naik masuk kebilik , pontianak tu dah siap tunggu aku depan pintu bilik dan aku taktahu apa dia nak sebenarnya
Pakcik aku kejar aku supaya nak elakkan benda tu terikut. Tapi kat situ macam macam benda ada banyak sebab rumah aku sebelah hutan je jadi
Jadi dengan aku tak rasa takut aku terus mengadap pontianak tu dan dia cuma berdiri dekat depan pintu dia taknak bagi masuk bilik
upanya , selama ni bilik aku tu adalah tempat . Jadi pakcik aku larang untuk aku tidak tidur dalam bilik aku
Esok harinya , panggil ustaz untuk berubat untuk buang benda yang ada dalam rumah . Dah buang , tapi ada lagi. Buang dan ada lagi
Ustaz panggil aku dlm bilik tanya dan apa aku nampak dekat atas almari dan aku jawab "separuh muka haiwan separuh badan manusia"
Benda ats almari aku tgh pehatikan aku dia marah aku sebab aku bagitau ustaz . Lepastu ustaz taburkan lada + garam. Igtkn dia panas tapi tak
Benda tu sikit pun taktakut apa ustaz tu buat sehinggakan ustaz tu scan dalam badan aku , benda tu dah ada dalam badan aku
Ustaz kata ini bukan sahaja masalah benda tu je , tapi termasuk ada orang "hantar" jadi benda tu dah ada dalam badan aku 50ekor
Lepastu mak aku contact ustaz dari kedah untuk buang 50ekor dalam badan aku.
Tepat pukul 10 , ustaz tu datang sorang. Aku pandang tajam dekat ustaz tu dan tiba tiba aku rasa panas
Ustaz dtg dkt dengan aku dia tanya "kenapa kau nak duduk dalam badan dia?" Aku pandang tajam ke arah ustaz
Ustaz marah aku sebab benda tu taknak keluar dari badan aku dan ustaz sentuh tangan aku dengan sebut nama allah aku jawab "panaslah bodo"
Ustaz cakap "kalau panas baik kau keluar dari badan dia sebelum lagi teruk kena" dan benda degil taknak keluar
Ustaz mula bengang. 6orang lelaki pegang aku untuk buang benda tu. Tapi benda tu melawan dan 6orang jatuh bayangkan 50ekor
Ustaz buat cara kasar dn 6org laki pegang aku dgn kuat. Ustaz mula dari muka.
Masa ustaz tarik keluar benda dari muka , takboleh. Benda tu degik taknak keluar. Ustaz mengucap pun taknak keluar.
Lalu ustaz kata ni adalah pocong selama ni aku bertopengkan pocong kerana buatan orang
Takboleh ikut dari muka , ustaz mula tarik dari rambut. Masa ustaz tari tali pocong dkt rambut aku ustaz tarik sekuat hati
Dengan ustaz sebut allah lalu keluar dan aku nampak ustaz buang pocong tu dalam botol kelibat dia hitam muka ulat
Baru keluar king pocong. Belum kaum kerabat cucu cicit semua tu. King nak keluarkan susah apatahlagi yang beranak pinak dalam badan aku
Mak aku tanya siapa hantar? Ustaz jwb "kawan puan. Dia nak hantar dekat puan tapi tempias ke anak puan mungkin anak lemah"
Lepastu ustaz sambung untuk buang benda dalam badan dari kaki sampai ke jantung. Masa part jantung tu susah benda nak keluar
3kali juga ustaz cuba untuk keluarkan benda tu dari jantung aku. Tapi tak berjaya sebab orang yang hantar tu dia nak buat sampai aku mati
Kali ke 4 , benda tu jadi liar dalam badan aku. Aku ugut ustaz tu "aku bunuh kau jangan baca ayat aku panas "
aku ugut ustaz tiba tiba aku menangis gelak sorang diri. Semua sedara mara jauh diri dari aku. Sebab aku mula merangkak macam harimau
Ustaz tu cuba lawan aku dgm nama nama allah tapi benda tu kuat dan berani lawan ustaz. Ustaz tanya mak aku , ada keturunan saka harimau ke?
Mak aku jawab "ada. Adik beradik semua dah mimpi tentang saka , tapi semua tknk terima" dan ustaz jawab "jadi salah sorang cucu akan terima"
Dan aku salah sorang yang terima saka harimau sebab aku pernah mimpi , tapi aku takpernah bagitahu mak!
Ustaz cakap ustaz tak mampu bab saka , sebab takboleh bawak main. Jadi selepas aku melilau sorang diri gelak nangis tiba tiba aku pengsanJadi moral of the story ni , jangan sorang sorang dalam bilik lagi lagi yang lemah. Sebab benda tu suka orang yang lemah