Kris & Yukariko

11 2 1
                                    

  HUJAN masih lebat turun dari langit.Berterusan membasahi bumi.Gelap dan mendung meliputi seluruh langit.Air laut bergelora disertai dengan guruh yang berdentum di atas langit.
  Kris terus berjalan tanpa arah tujuan dengan mengheret kaki kirinya yang sudah patah.Pakaiannya juga sudah habis koyak-rabak.Tubuh badannya juga dipenuhi dengan luka-luka yang sangat teruk dan parah hingga berjejeran darah-darah menitis di atas pasir pantai,mengikut setiap langkahnya.Seluruh wajahnya juga turut membengkak dan lebam-lebam.Malah bibir bawahnya juga turut terkoyak.Memanjang hampir ke cuping telinga.Isi perutnya yang sudah terburai hanya dibiarkan bergantung di luar badan.Rambut hitam yang memanjang hingga ke paras bahu hanya dibiarkan bebas,tidak diikat satu di tengah-tengah seperti kebiasaannya.
   Wajahnya kelihatan sangat lesu.Redup kedua-dua matanya.Hanya merenung kosong di hadapan.Sangat pedih dirasai apabila titisan hujan mengenai luka-lukanya,namun dia sudah tidak peduli.Baginya,kepedihan di badan tidak dapat menandingi kepedihan di dalam hatinya.Segala-galanya sudah hancur musnah apabila dia kehilangan datuk,guru,serta rakan-rakan seperjuangannya.
    Sedang dia berjalan,kakinya yang tempang tersadung batu.Menyebabkan dia terus terjatuh lalu terbaring.Kris hanya mendongak ke atas langit.
"Datuk!Master Ace!Lewis!Ayden!Dawson!maafkan aku kerana gagal melibdungi kalian semua!!!"
  Dia batuk lalu memuntahkan darah yang hitam pekat.
  Poket seluar diseluk lalu diambil satu rantai jam yang sentiasa dibawanya bersama-sama.Butang rantai ditekan dengan jari telunjuk,rantai jam terbuka.Menunjukkan satu potret kecil yang dilukis dengan menggunakan cat minyak, gambar ayahnya yang sedang memeluk bahu ibunya manakal ibunya melentokkan kepala di atas bahu ayahnya sambil memangku dirinya yang ketika itu masih bayi di atas riba.Di bawah potret kecil itu ditulis 'Our pride and joy.Kris Ray Ertesia.Father and Mother always love you."
   Kris meletakkan rantai jam itu di tengah-tengah dadanya.Tatu 'R.E' yang diukir di atas lengan kanannya yang kekar dipandang sepi.
  Pandangan matanya mulai kabur lalu memberat sebelum kedua-duanya dipejam erat.
  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fate Tales Of Voice ResevoirWhere stories live. Discover now