Bab 12

1.6K 20 0
                                    

DIA memandang sekeliling. Kelihatan Puan Roslia sedang duduk bersimpuh di sebelah kanannya. Manakala Elly pula duduk di sebelah kirinya sambil tersenyum gembira. Saudara mara terdekatnya pula kelihatan sedang duduk tidak jauh darinya di ruang tamu itu.

Apa sebenarnya sedang berlaku ni? Aku kat mana ni? Dia keresahan. Pakaian yang tersarung di tubuhnya dipandang.

"Tahniah Reen, akhirnya kau kahwin juga dengan lelaki tu. Pandai kau simpan rahsia. Kenal tak lama, terus buat keputusan nak menikah. Class sangat!" ujar Elly teruja sekali dengan wajah ceria nan indah.

Qaireena terpinga-pinga. Dia hairan dengan kata-kata Elly itu. Apa maksud Elly? Elly buat-buat tak tahu atau memang sengaja dia berlakon tak tahu untuk kenakan aku? Siapa lelaki yang bakal jadi suami aku?

Dia menoleh ke tengah ruang tamu. Seorang lelaki lengkap berbaju Melayu berwarna krim dari kain satin dan bersamping songket sedang duduk bersila di hadapan tok kadi. Tengkolok dari songket bertanahkan warna krim dan berbenang emas terletak kemas di atas kepala lelaki itu.

Dia cuba bertanya di mana dia berada ketika ini. Tapi lidahnya bagai tertelan, bibirnya bagai terjahit untuk dibuka. Peti suaranya bagaikan tiada untuk dia bersuara.

"Aku terima nikah Qaireena Safiya binti Mohammad Hakim dengan mas kahwinnya seribu ringgit, tunai!" Lelaki bertengkolok di kepala itu tiba-tiba menyebut lafaz nikah itu lalu menggoncang sekali tangannya yang tersalam rapi pada tangan tok kadi sejak tadi.

Qaireena yang terkejut dengan lafaz nikah itu terus menoleh ke arah lelaki misteri itu. Siap dia? Kenapa aku perlu menikah dengan dia? Hatinya kerusuhan. Matanya terus memandang ke arah lelaki bertengkolok di kepala itu dan menanti lelaki itu menoleh ke arahnya.

Doa dibaca selepas saksi mengesahkan lafaz nikah lelaki itu sempurna dan jelas.

Qaireena masih terpinga-pinga. Semua manusia yang ada di sekelilingnya seolah-olah tidak mengendahkannya ketika ini. Tidak memikirkan tentang perasaannya. Dia tidak mahu menikah dengan lelaki yang dia tidak kenal itu! Siapa lelaki itu?

Dalam keresahan, Qaireena terus menanti lelaki itu menoleh ke arahnya dengan rasa debar. Saat yang dinanti muncul juga. Selepas doa selamat selesai dibaca, lelaki bertengkolok di atas kepala itu yang dia yakin pengantin lelaki untuk majlis nikah hari ini perlahan-lahan menoleh ke arahnya.

Namun, belum pun sempat lelaki itu menoleh habis ke arahnya, satu cahaya terang seperti dari lampu spotlight tiba-tiba memancar terus ke arahnya.

"Hello, it's me. I was wondering if after all these years you'd like to meet..."

Qaireena tersentak bila dengan tiba-tiba muncul bayang persis penyanyi antarabangsa Adele di sebalik cahaya itu sambil menyanyikan salah satu lagi popularnya.

"Hello from the other side... I must've called a thousand times..."

Aku kat mana ni? Aku kat mana ni? Qaireena semakin tidak keruan. Dia meronta-ronta. Terasa bagai tubuhnya membeku dan kakinya terpasung tidak bisa digerakan.

"To tell you I'm sorry for everything that I've done. But when I call you never seem to be home..."

Lagu itu masih berkumandang kuat.

Seketika kemudian, Qaireena yang kelihatan kegelisahan dan meronta-ronta kecil di atas tilam tersedar dari lena. Telefon pintarnya di atas meja kecil di sisi katil terus melaungkan lagu Hello nyanyian Adele menandakan ada panggilan masuk.

Buat seketika dia mengambil nafas sambil memandang siling bilik. Dia bermimpi lagi. Semakin kerap dia bermimpi yang dia bakal bernikah dengan lelaki yang tidak berwajah dan tidak pernah dia kenali itu sejak akhir-akhir ini. Telefon pintar yang masih memekik dibiarkan begitu sahaja sehingga sepi sendiri.

JANGAN HILANGKAN DIAWhere stories live. Discover now