Kamar Jie (ii)

19 0 0
                                    

Jie, apa benar ada perkhabaran bahawa kamarmu dilambung ribut cacian dan makian pada satu sore?

Khabarnya, taman bunga dalam kamarmu itu, disimbah racun kehampaan sehingga layu dan mati.

Dengan itu, kau berkeputusan tidak ada lagi taman bunga dalam kamarmu.

Tidak ada lagi bunga-bunga mekar, yang mewangi seluruh kamarmu.

Tidak ada lagi, ruang untuk siapa-siapa yang ingin menyinggah ke kamarmu.

Tabahkan hatimu Jie, Tuhan sedang menguji.

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now