Kebanyakkan orang akan menganggap sekadar menjual nasi lemak itu mempunyai keuntungan yang kecil dan sesiapa yang bercinta dengan penjual nasi lemak tidak akan berjaya dan hidup senang ~^_^~ .Saya teringat tentang pesanan nabi yang 9/10 rezeki itu ialah datangnya daripada perniagaan.
Cerita ini bermula apabila seorang wanita iaitu bernama Dahlia yang yang berkawan dengan budak lelaki yang menjual nasi lemak.Ibu-bapanya tidak suka budak lelaki itu kerana dia hanya hidup sebatang kara dan miskin.Lelaki yang menjual nasi lemak itu bernama Syah.Tanggungjawab terbesar dia ialah untuk membesarkan adiknya Fizah berumur 12tahun yang masih bersekolah.Syah hidup sebatang kara kerana ibu dan ayahnya terlibat dalam kemalangan maut sehinggakan mengorbankan nyawa mereka.Syah masih tidak tahu bagaimana kedua ibu bapanya meninggal dan sebab siapa.Tetapi Syah akur dan memaafkan perbuatan tersebut.Kerana dia masih memikirkan adiknya Fizah yang masih bersekolah dan memerlulan kewangan.Fizah juga sangat bijak di sekolah dan menjadi pelajar tokoh.Walaubagaimanapun,Gurunya tidak suka kepadanya kerana pakaianya lusuh dan penampilan yang tidak kemas.Tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat Fizah.Sebelum belajar Fizah dan abangnya Syah menyiapkan 20bungkus nasi lemak untuk dijual.Resepi nasi lemak ini diturunkan oleh ibunya dan berbekalkan ini dia hanya hidup mengharapkan ilmu ibunya.Orang kampung tidak peduli akan mereka kerana masing-masing hendak menjaga periuk nasi sendiri tanpa memikir keperluan orang lain.Mereka dua beradik tidak kisah dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.Dahlia jatuh hati kepada Syah kerana ketelusan dan kerajinanya tidak berbelah bahagi.Pada setiap hari Dahlia membeli nasi lemak Syah dan membayar lebih.Syah tidak mahu tapi Dahlia marah syah supaya mengambil wang itu.Syah hanya tersenyum dan menemani Dahlia kesekolah setiap hari.Sebungkus nasi lemak berharga 1 ringgit dan dengan modal yang ada sedikit dia membuat nasi lemak semakin banyak.Dahlia menjadi salah satu penyumbang wang yang terbesar kepada Syah.Ayah Dahlia dapat khabar berita yang mengejutkan oleh pembantu peribadinya yang anaknya berkawan dengan budak penjual nasi lemak itu dan menolongnya menjual nasi lemak.Ayahnya naik berang dan terus menaiki kereta dengan beberapa konco-konconya untuk ketempat nasi lemak tersebut.Tiba-tiba...
#Chapter I
Muka Penulis yang nampak sedikit gay =)
YOU ARE READING
Teman Lelakiku Penjual Nasi Lemak
AdventureAdakah hidup ini perlu dibezakan oleh harta dan wang? Orang kaya tidak boleh berkawan dengan orang miskin? Sedangkan mereka juga manusia seperti kita..Tidak kurang dan tidak lebih ^_^