Akmal?...

3.2K 171 10
                                    

"Apa kau buat kat sini?"tanya Haikal sedikit gugup..dia cuba berdiri dengan lebih normal dan melihat kearah Akmal.

"Bukan aku ke yang patut tanya kau?apa yang kau buat kat sini?" Akmal bertanya dingin.. Pandangannya tidak sedikit pun beralih dari wajah Haikal..

"Bukan ni rumah Sara ke?"Akmal menyambung ayatnya..yalah,mestilah dia pelik kenapa Haikal ada..sah!memang Sara melakukan apa yang Hud ceritakan kepadanya..pada mulanya Akmal cuba untuk tidak percaya dan ingin mencari tahunya sendiri..tapi tak sangka Haikal muncul pulak lantas menjadi penerang buat segalanya..sekarang,semuanya sudah jelas!!

"Aba.."

"Sanggup kan Haikal buat abang macam ni..selama ni..abang sayangkan Haikal tak ubah macam seorang abang kandung menyayangi adiknya..tapi,ini?ini yang Haikal balas pada abang?..huh.." Akmal berlalu dari situ pantas..
Haikal berlari mengejar Akmal dia menahan tangan Akmal..

"Abang..abang dah salah faham ni!dengar dulu abang.." Haikal mula menggenggam erat tangan Akmal. Dia sayangkan Akmal dan dia tidak akan mahu kehilangan satu lagi orang yang disayanginya ini..

"Apa?salah faham?huh.." Akmal tersengih kecil lalu memusingkan tubuhnya memandang kearah Haikal..
Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya..kertas..dia melemparkan kertas itu kearah Haikal..

"Ni apa?salah faham? Aisya✅Malik✅
Nurul✅ Lina✅Akmal?otw?..ini salah faham?.."gertak Akmal. Hatinya teramatlah sakit tika ini..sampai hati Haikal.

"Abang..abang..." Haikal memanggil Akmal dalam nada yang mulai sebak. Menyesal?iya!dia menyesal..sudah pastilah abang sepupunya itu sudah tahu akan perkara yang sebenarnya, berkenaan dia tolong jayakan rancangan penipuan Sara. Tapi,dia buat semua tu bersebab..memang apa yang dia lakukan itu salah tapi..

"Abang..janganlah macam ni..janganlah buang Haikal..janganlah buang Haikal dari hidup abang.."airmata kelelakian Haikal akhirnya jatuh..dia terduduk. Akmal memberhentikan langkahnya. Dia tersentak..
'Abang janganlah buang Haikal..' dia sedikit terkejut. Tak sangka. Tak sangka yang Haikal semakin jauh,jauh sangkaan terhadapnya..memanglah,dia tengah geram sekarang ni tapi tak adalah sampai sanggup nak buang Haikal dari hidupnya..walau apa pun,Haikal tetap adik sepupunya..
Dia mendekati Haikal yang sudahpun terduduk.

"Haikal?kenapa pulak abang nak buang Haikal?hah?abang sayangkan Haikal..abang just marah dan tak faham kenapa Haikal bersekongkol dengan Sara tu..itu je..takdelah sampai nak buang Haikal macam tu je.." Akmal memeluk Haikal..dari dulu sampai sekarang Akmal tidak akan mampu untuk memarahi Haikal lama-lama,yalah oleh kerana dia anak tunggal..tiada sepupu yang nak berkawan dengannya,alasannya segan..segan kerana Akmal anak tunggal dan merupakan anak kepada pengetua sekolah..jadi,Akmal pun mula merasa sunyi..sehinggalah Haikal hadir dalam hidupnya dan mereka mulai menjadi sahabat akrab,walaupun Haikal muda dua tahun darinya tapi Haikal amat memahami dirinya dan sebab itulah dia amat terkilan bila tahu semua perkara ini..

"Abang janganlah buang Haikal macam abang Afik dan kak Lidya.."Haikal mulai sebak. Dia tidak suka mengenang kehidupan dalam rumahnya,tapi memandangkan keadaan tersebut akan berulang lagi..dia mulai takut,dia tidak mahu kehilangan Akmal yang sentiasa ada disisinya..Afik dan Lidya merupakan kakak dan abang Haikal yang tidak pernah suka terhadapnya dan sering mengelak dari berjumpa dengannya. Kedua-dua mereka merasakan Haikal merupakan beban dalam hidup mereka dan mulai membenci Haikal sehingga sanggup membuang Haikal dari hidup mereka..Ibubapa Haikal?mereka sudah tiada tapi kini Haikal tinggal bersama auntynya yang lebih tahu untuk menghargainya berbanding kedua-dua darah dagingnya itu..Afik dan Lidya pula sudah berkahwin dan sudahpun memulakan kehidupan rumah tangga tanpa mendedahkan identiti Haikal kepada keluarga mereka..kerana bagi Haikal tidak sepatutnya wujud..
Akmal memeluk Haikal dengan lebih erat..

"Jadi,kalau Haikal tak nak abang pergi..kenapa buat macam tu.."tanya Akmal sambil menyapu belakang Haikal..sebenarnya Haikal ni manja orangnya..tapi,dia berubah sebab plot rancangan Sara sahaja...

Haikal mengesat airmatanya...lalu memulakan ceritanya..
selepas lama bercerita telefonnya berbunyi..dia melihat ke skrin telefon lalu mengangkatnya pantas..

"Ana?"tanyanya sebaik sahaja panggilan dijawabnya..

"Haikal!!!tolong aku..Sara!!!to..tolong aku!!"dari cuping telefon kedengaran tangisan Ana..Haikal mulai risau..dia melihat kearah Akmal disebelahnya lalu kedua-dua mereka berlari kearah rumah Sara dan Ana..nasib baiklah mereka belum beredar lagi dari bangunan apartment itu..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now