Kereta Audi RS7 putih melakukan brek mengejut di parkir syarikat S&K,kemudian seorang pemuda keluar dari dalam perut kereta. Dia berjalan memasuki ke syarikat dengan riak wajah yang bengang,berjalan pantas menuju ke bilik khas milik King.
DANG!!
"Huh? Darweez..kenapa hempas pintu ni? Muka tu cuba senyum,dah macam hantu aku tengok.." kata King yang terkejut dengan tindakan Darweez.
"Kenapa pipi kau tu? Bertampal?" Soal King lagi.
"Siapa orang tu..?" Soal Darweez merenungnya dengan tajam.
"Siapa apa? Aku tak faham?" Balas King kehairanan.
"JANGAN KAU PURA-PURA TIDAK TAHU!! SIAPA IKHWAN NI?!" Jeritan Darweez bergema di ruang bilik,King terkejut apabila nama Ikhwan disebut. Ingatan Darweez dengan apa yang berlaku di tempat persembunyian Karim masih lagi jelas dalam kepalanya.
Darweez dan Ikhwan berbalas renungan,pistol pula masih menghalakan ke arah Ikhwan. Suasana begitu sunyi seketika,hanya kedengaran suara Mr.Ohsem melolong memberi provokasi pada orang-orang yang mengejarnya. Ikhwan sekadar mendengar sahaja,Darweez pula hanya menggelengkan kepalanya.
"Kau ada rakan yang menarik..." ujar Ikhwan membuka bicara.
"Aku tak ambil pusing benda tu..kau siapa sebenarnya?" Soal Darweez dan tangannya yang memegang pistol,masih lagi mengacu pada Ikhwan.
"Tindakan kau mengacu pistol pada aku,bukan tindakan yang bijak...turunkan pistol tu.."
"Ouh yeah? Kau bo...hmm?"
ZUP! CHAK!!
Sebilah kunai melepasi pipinya sebelah kanan,dan tercacak pada dinding belakangnya. Malah Darweez belum sempat menghabiskan kata-katanya,manakala pipinya terasa pedih lalu diraba terasa cecair pekat pada tangannya. Lalu diperiksa itu adalah darahnya dari luka akibat balingan kunai itu,Ikhwan pula hanya tersenyum sinis dan kembali serius.
"Aku baling kunai pun kau tak dapat kesan,ada hati nak tembak aku?" Ikhwan berkata dengan nada yang tenang.
"Apa..." Darweez tergamam dengan apa yang berlaku.
"Nama aku sebut sekali lagi,Zairul Ikhwan Zaher..." kata Ikhwan lagi.
Darweez mendiamkan diri akibat luka pada mukanya,diambil sapu tangannya di dalam poket seluar dan ditekup pipinya yang cedera. Ikhwan berjalan tenang dan duduk di meja setinggi lututnya,kakinya disilang dan terukir senyuman memandang tenang ke arah Darweez.
"Orang tu sasaran kau ke?" Soal Darweez menoleh ke arah mayat pemuda gothic itu.
"Mengarut...aku punya tugasan berlainan dengan korang..." balas Ikhwan mengibas tangannya.
"Apa?" Darweez kehairanan dengan kenyataan Ikhwan.
"Aku bertindak sebagai pemerhati,bunuh orang yang mengancam hitman seperti korang.." ujar Ikhwan lagi.
"Senang kata kau ni..'bodyguard' kitorang..?" Duga Darweez.
"Ha..pandai pun..." balas Ikhwan tersenyum selamba.
"Mengarut...aku tidak perlukan perlindungan daripada sesiapa!" Bentak Darweez.
Lelaki itu sekadar ketawa kecil kemudian dia berdiri,membetulkan langkahnya dan merenung Darweez dengan pandangan yang amat menakutkan.
"Satu je aku pesan...ada orang macam aku kat luar,so be prepared.." kata Ikhwan dan beredar melompat keluar dari tingkap yang pecah.
"Zairul Ikhwan Zaher..."
King menongkat dagu dan menundukkan kepalanya,memandang ke bawah meja dan menghela nafas pendek. Darweez menunggu penjelasan daripadanya,King hanya tersenyum tenang.
"Kau senyum apa sial?!" Darweez menarik dan merentap kolar King.
"Darweez! Apa awak buat ni?" Soal Ayasha yang muncul dengan tiba-tiba,lalu mendapatkan Darweez dan melepaskan tangannya daripada King.
"Saya tak tahu apa masalah yang berlaku...tapi boleh tak Darweez,cuba bertenang?" Ayasha menyambung kata-katanya.
King membetulkan kot miliknya,dan memandang ke arah Darweez yang sedang menahan amarah. Dia lantas bangkit dari kerusi,dan mengambil satu dokumen.
"Zairul Ikhwan Zaher...dia hitman macam korang juga,tapi..dia lebih kepada pemerhati.." ujar King memulakan kata-katanya.
"Pemerhati?" Darweez masih tidak dapat menangkap.
"Dia perhatikan dan lindungi hitman dari jauh...dan bantu sekiranya perlu.." kata King lagi dan Darweez serta Ayasha berpandangan.
"Jika nyawa hitman seperti korang dalam bahaya,dia akan muncul menyelamatkan keadaan..sebab kita tidak mahu rahsia bocor ke tangan pihak musuh..." jelas King dengan riak air mukanya yang serius.
"Apa maksud kau?" Soal Darweez.
"Kebelakangan gerak geri kita seperti dapat dihidu oleh sesetengah pihak.." jelas King melangkah ke arah tingkap,memandang keadaan kota di luar.
"Sesetengah pihak?" Darweez seolah-olah mula dapat menangkap maksud King.
"Ya..pihak musuh..seperti Medusa..mereka juga ada hitman yang diupah.." kata King.
"Aku mula faham kata-kata dia..." ujar Darweez mengingati semula amaran Ikhwan,kemudian pada lelaki penampilan ala gothic itu.
"Aku harap kau berhati-hati untuk plan seterusnya..." ujar King masih memandang ke luar tingkap.
"Baik King..dan maaf sebab tadi.." ujar Darweez dan King hanya tersenyum.
"Huh..." Ayasha menghembus nafas lega.
"By the way..." King tiba-tiba bersuara.
"Huh?" Darweez kehairanan.
"Mana Ohsem?" Soal King.
"Alamak..."
"Yihaa!! Yariba...kejar la aku...!! Hahaha...!" Mr.Ohsem mengelak dan melakukan provoke pada pengikut pihak musuh.
Setelah lama bermain-main,akhirnya Mr.Ohsem melepaskan diri. Para pengikut pihak musuh,tidak dapat menangkapnya. Dia ketawa sendirian dan tiba di tempat di mana Darweez memparkir kenderaan,namun senyuman dia hilang.
"Huh? Kimak punya Darweez! Ko tinggalkan aku!!" Jerit Mr.Ohsem apabila sedar kereta milik Darweez telah tiada.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...