Panggilan dari Daniel tidak aku hiraukan. Aku buat pekak, aku buat bisu, aku buat buta. Malas aku nak layan jantan gatal macam Daniel ni.
"Bunga! Bunga! Hei...you dengar tak I panggil ni!"
Aku sentap kembali tanganku yang disentap Daniel sebentar tadi. Mataku cerlung tajam ke arahnya.
"Kau nak apa Daniel? Aku sibuk lah." Pergelangan tangan yang terasa sakit aku usap perlahan. Langsung aku tak pandang wajah Daniel kali ni.
"Sakit ke? Sorry sayang..." ujar Daniel meleret. Aku jeling sekilas. Rasa nak termuntah.
"Bunga...jomlah lepak dengan I and kawan-kawan, semua nak kenal dengan you yang cantik manis ni. Jomlah I kenalkan you dekat dorang."
Tangan Daniel kembali menjalar pada lenganku yang terdedah. Rasa bengkak pula hatiku dengan lelaki ini yang suka meraba sana sini.
"Kau cakap pakai mulut ke pakai tangan?"
"Oh...sorry dear." Daniel tarik tangannya.
"Alah you ni macam tak biasa pulak. You janganlah jual mahal sangat, nanti tak ada orang nak beli padan muka you."
Daniel tersengih gatal.
"Ha'ah! Memang aku tak nak jual pun. Baguslah kalau ada yang tak nak beli, sebab kalau ada yang nak beli pun bukan mampu! Harga mahal! Sangat!" tekanku sambil menghadiahkan cebikan sinis buat Daniel.
Lelaki itu hanya ketawa riang.
"I kan...suka sangat tau kalau perempuan jual mahal. Challenging sangat. Tapi tak apa Bunga, satu hari nanti you pasti melutut dekat I jugak kan?"
Aku ketawa sinis. Perah santan sangat! Perasan!
"Dah habis cakap? Kalau dah habis, excuse me...I nak naik atas. Syuhh...tepi sikit." Aku goyangkan tangan kananku persis menghalau kucing kurap. Dapat kulihat ada api kemahan yang membakar dimata Daniel.
"Berani you halau I eh Bunga." Lelaki itu ketap bibir.
"Ok I izinkan you naik atas tapi sebelum tu you kena jumpa kawan I dulu."
Siap nak bagi izin pulak dah, apa dia ingat dia laki aku agaknya. Aku buat bolayan.
"Kawan you kan, so...you lah pergi jumpa! Apehal nak libatkan I pulak!" ujarku sedikit kuat demi melawan bunyi muzik yang makin galak dalam kelab.
"Lagipun, I dah ramai kawan. I tak perlukan kawan you atau you untuk jadi kawan I. Dah! Tepi...meluatlah aku tengok muka kau!"
Sabarku makin hilang. Aku tolak Daniel ke tepi sebelum berlalu mendaki anak tangga menuju ke ruang vvip, tempat biasa aku dan rakanku melepak. Tidak aku pedulikan riak Daniel. Bukan penting pun padaku.
Sayup-sayup kedengan suara Daniel memaki hamunku tenggelam dek bunyi muzik langsung tidak aku pedulikan. Lantak kaulah Daniel nak kata apa pun. Malas aku nak ambil tahu.
Bunyi muzik yang menerobos masuk dari pintu yang kubuka membuatkan Wulan yang leka dengan laptopnya berpaling. Aku senyum lebar.
"Hei...kau sorang je? Mana yang lain? Soalku apabila melihat ruang yang luas itu hanya ada Wulan seorang.
Wulan balas senyumanku. Tangannya dilambaikan ke arahku.
"Hai gorgeous! Yang lain kat bawah, kau tak terserempak dengan dorang ke?" soal Wulan kembali. Mana nak terserempak dengan rakanku kalau dah ada ulat bulu naik daun yang kacau aku.
"Oh ye ke...tak perasan pulak aku."
Dinding kaca aku rapati, cuba mencari kelibat rakanku yang lain.
"Nadia aku nampak tu ha...tengah menari dengan mamat mana entah. Kemain lagi perempuan ni."
"Dia...biasalah! Mana jantan pun sauk." Balas Wulan dari sofa yang didudukinya. Langsung tidak ada tanda-tanda mahu bangun. Wulan kalau dah asyik dengan laptop, bom meletop pun dia buat tak heran.
"Macam kaulah kan...kalau dapat laptop mana nak ingat orang kat depan mata." Usikku.
Wulan angkat kepala sambil tersengih-sengih.
"Alah, aku tengah stalk bf aku ni ha...mana tau dia menggatal dekat facebook." Wulan bela diri sambil kembali asyik dengan laptopnya.
Aku kembali pandang ke lantai tari dari dinding kaca. Cuba mencari kelibat Cindy. Tapi tak ada.
"Cindy ada datang sini tak tadi?" tanyaku pada Wulan.
Gadis itu menggelengkan kepala. Mana pulak Cindy ni pergi.
"Kenapa kau cari dia?"
"Saja je tanya...biasa dia selalu lepak kat atas ni kan."
Elok saja habis ayatku, aku nampak Cindy diruangan bar. Oh patutlah tak naik atas. Aku gelak perlahan tanpa menyedari ketawaku menarik perhatian Wulan.
"Kau gelak apa babe? Ada benda best ke?" Wulan seakan-akan mahu berdiri, menyebabkan aku segera bergerak ke arahnya. Malas kalau Wulan nampak Cindy sedang asyik dengan Ben. Takut nanti Wulan mengusik Cindy. Bukan dia tak tahu Cindy pantang diusik, nanti menyinga pula mak cik tu.
"Eh ni facebook siapa? Ni bukan facebook kau kan, tapi..."
Aku pelik, sejak bila facebook Wulan bertukar nama.
"Ni facebook aku jugak tapi fake profile, aku buat untuk stalk bf aku." Wulan gelak besar.
Ish Wulan ni, perangai pun boleh tahan macam budak sekolah.
"Kalau tak percayakan si Amir tu, kau putus jelah apa susah." Usulku pada Wulan yang disambut dengan cubitan pada lenganku.
"Auch! Sakitlah!"
"Ha...padan muka. Suka-suka hati kau je suruh aku putus!"
Aku gelak perlahan.
"Yelah...memang patutlah putus kalau kau dah tak percayakan dia. Untuk apa sebuah perhubungan kalau tak ada kepercayaan."
"Amboi engkau Bunga...kalau bercakap kemain. Tapi bf sorang pun tak ada!" ejek Wulan. Aku hanya sengih, langsung tak terasa.
"Memandangkan kau banyak bf dan banyak pengalaman, bak lah satu koleksi bf kau." Wulan ketawa mengekek.
"Haish kau ni. Choi! Bf aku satu je...mana ada koleksi-koleksi. Koleksi kasut aku adalah."
Aku pandang lagi skrin laptop Wulan. Jemariku lincah bergerak di track pad Macbook Air milik Wulan. Bahagian profile picture aku klik.
"Cantiknya perempuan ni. Siapa ni?"
Wulan alih pandangan ke arah skrin laptop. Gelas air yang berada ditangannya kembali diletakkan di atas meja.
"Mana?"
"Ini...yang kau buat profile picture kau ni."
"Oh ni...ni pelakon Thai, nama dia Pat Napapa."
Aku kerut kening. Apa ke peliknya nama dia ni.
"Pelik kan nama dia?" aku angguk mengiakan kata-kata Wulan.
"Tapi dia ni cantik jugak kan? Pandai betul kau pilih gambar." Aku gelak sambil mataku masih kekal di skrin.
"Cantik tak cantik, kau tengoklah siapa yang pilih. Kau tau tak fake profile aku ni, lebih kurang 900++ aku dapat friend request setiap hari tau."
Hampir terbuntang biji mataku. Banyaknya!
"Wow! Gilalah...macamana ramai sangat yang add kau ni?"
Wulan tayang muka berlagak. Dagunya digosok-gosok, persis lelaki tua gatal. Aku ketawa kuat. Geli!
"Aku rasa sebab profile picture Pat Napapa ni. Dia kan cantik, orang zaman sekarang suka berkawan dengan orang cantik-cantik je. Kau tengoklah instagram artis yang cantik dengan yang tak berapa cantik. Yang cantik, sampai berjuta followers, yang suam-suam kuku dapatlah puluh ribu, up sikit dapatlah ratus ribu."
"Aku setuju dengan apa yang kau cakap tu. Tapi Pat Napapa ni memang cantik aku tengok. Mestiyang add kau semua tu ingat original punya lah tu. Padahal...buatstalk orang. Haha"
Kami sama-sama terkekek bergelak ketawa.
"Tapi kan Bunga, kalau aku letak gambar kau yang jadi profile picture mungkin lagi ramai yang addfacebook ni."
"Apehal pulak nak letak gambar aku."
Wulan tarik sengih.
"Yelah...kalau nak dibandingkan kau dengan artis Thailand ni, kau jauhhhhhh lagi cantik dari dia." Pujian Wulan keterlaluan sungguh bagi aku.
"Sorry lah babe, tak ada duit kecik." Jawabku. Wulan terpinga-pinga sebelum ketawa kuat.
"Kurang ajar kau! Hahaha...aku puji ikhlas la. Dah benda betul." Tekan Wulan lagi.
"Ape-ape jelah babe." Malas aku nak layan.
Ping!
"Eh ada orang tegur kau lah Wulan."
"Tak payah reply. Bersepah aku dapat inbox orang nak mintanumber phone la. Nak berkenalan la, nak buat adik angkat, kakak angkat. Macam-macam! Yang terang-terang mengayat kata aku cantik sangat-sangat lah, rasa nak buat bini lah. Kau buat tak tau je."
Aku jongket bahu.
"As you said mi lady"
Dalam pada aku leka membelek facebook palsu milik Wulan, notification diruangan message berwarna merah menandakan ada pesanan masuk. Wulan disebelah yang leka dengan handphone aku siku lengannya.
"Apa babe? Nak selfie ni, nak whatsapps my kesayangan ni. Janganlah kacau." Marah Wulan.
"Ni ha...ada orang inbox kau ni."
"Kau buka lah baca apa dia tulis." Suruh Wulan.
Dalam teragak-agak aku klik juga ikon merah itu.
Hardy Mikail: Hei pretty! Thanks approved I. ;) Hope dapat kenal you dengan lebih dekat dan erat.
"Euww...lain macam bunyinya." Aku buat muka, rasa geli tiba-tiba.
Wulan kalih pandang ke arahku sebelum matanya terpaku ke skrin laptop.
"Cuba kau klik profile dia, aku nak tengok sikit." Suruh Wulan. Aku hanya menurut.
"Kau kenal ke dia ni?" soalku sambil menunggu skrin memaparkan laman facebook Hardy Mikail.
"Buka part gambar dia."
Tanpa menghiraukan soalanku, Wulan mengarah.
"Ha...dia ni ke?! Gatal jugak mamat ni ek." Kutuk Wulan, bibir dicebik tanda meluat. Aku jugak yang terpinga-pinga.
"Siapa ni? Mana kau kenal?"
"Apa tak kenalnya babe, kaki kelab jugak ni. Selalulah jugak aku tengok dia datang sini. Bertukar perempuan sana sini. Dia ni hot sebab anak orang kaya dan dia sendiri pun memang kaya, rupa pun kacak itu yang semua berebut. Pakai pulak kereta sport, mana tak meleleh perempuan pisau cukur tengok."
Aku tergamam, banyak jugak info si Wulan ni tahu, bukan main lagi dia eh.
"Macamana dia boleh ada dalam facebookfake ni? Kau add dia eh?"
Wulan buat muka.
"Choi! Tak hingin aku playboy ni. Dia lah add aku kot. Aku dapat request beratus satu hari, tak ada maknanya aku nak cek satu-satu. Semua aku approved, dia pun termasuk lah agaknya."
Aku terangguk-angguk, berpuas hati dengan jawapan Wulan.
"Weh, try kau reply message dia tadi. Tengok dia melayan tak." Bersinar-sinar mata Wulan menghadap aku.
"Ish, tak nak aku. Kau lah reply! Facebook kau kan."
"Alah kita nak main-main je pun. Nak tengok buaya KL ni tersungkur ke tak."
Aku mengeluh sebelum jariku menaip sesuatu di atas keyboard.
Miranda: Hai...nice to know you.
Ringkas saja balasanku. Miranda? Kemain lagi nama samaran Wulan ni. Aku tergelak sendiri.
"Tak reply pun..." adu Wulan.
"Malam ni kan malam minggu, sibuk berparti kot." Telahku nakal.
"Mungkinlah..."
"Eh! Eh! Dia reply..." teruja sungguh Wulan.
Hardy Mikail: Hei pretty! Tak tidur lagi ke? Dah lewat ni. ;)
"Dia nak borak lah...reply lagi babe. Kau taip situ, awal lagi la bang."
Baru aku nak taip aku terhenti.
"Kepala hotak kau!" marahku sambil ketawa. Wulan tersengih.
Miranda: Belum.
Bahuku dipukul Wulan.
"Wei! Itu je kau balas?!"
"Dah tu nak balas apa? Nak taip panjang lebar macam surat cinta bubuh bedak berkepuk-kepuk tu?"
"Taip lah panjang sikit...kau ni pun."
"Ha tu! Dia reply lagi. Cepat-cepat balas balik, kali ni panjang sikit." Wulan makin seronok nampaknya. Aku pun tak kurang jugak!
Hardy Mikail: Birthday you sama bulan dengan I, birthday I 15th August 1885. You 18th August 1990. Sweet je kan? Nanti boleh kita celebrate sama-sama.
1885???!! Aku dan Wulan gelak kuat.
Miranda: Tuanya you...1885. Kita tak sepadan, bye!
Aku dan Wulan berhi-five sambil ketawa galak. This is fun!
Hardy Mikail: Eh! Eh! Tak! Typo la dear...1985...janganlah log out dulu. Temankan lah I.
"Baru kenal dah nak berdear, dear. Nampak nau gatai merenyam." Ejek Wulan yang dipersetujui olehku.
"Tak payah layan dah lah. Lantak dia lah." Ujarku.
Cursor ku gerakkan untuk log out bagi pihak Wulan tapi message yang masuk buatkan kerjaku terhenti.
Hardy Mikail: Maybe you busy kot but if you sudi, I memang nak kenal you dengan lebih rapat lagi. Ni my phone number 012424778111. I TUNGGU YOU.
"Wow siap bagi number phone. Save babe no dia. Save."
Wulan menggapai iPhone 7 milikku yang berada di atas meja kaca dan dengan selamba menaip nombor yang ada di skrin laptop untuk disimpan dalam iPhoneku. Menyesal pulak tak letak passcode. Tak pasal-pasal handphoneku diceroboh.
YOU ARE READING
Bunga Aurelia
RomanceRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...