Bab 54

141 21 5
                                    

MINGYU memegang erat tangan Hyomin sebaik sahaja Hyomin selesai menutup pagar rumahnya. Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Rina. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja melayan perasaan masing-masing. Mingyu melihat Hyomin di sebelah. Bosan pula dia kalau hanya mendiamkan diri sahaja. Dia membetulkan cermin matanya itu. Hyomin mengangkat kepalanya melihat Mingyu di sebelahnya.

"Awak?" panggil Hyomin.

"Hm?" Mingyu melihat Hyomin di sebelahnya.

Hyomin langsung membuat muncung sedepa.

"Lapar."

Mingyu hairan.

"Aik? Tadi bukan dah makan ke?" tanya Mingyu.

"Tu kan makan sarapan pagi punya. Ni petang." jelas Hyomin lalu menghayunkan tangannya.

"Hmm.. Tadi cakap nak pergi rumah Rina. Sekarang lapar pula."

"Ye la. Kita pergi rumah Rina dulu. Nanti kita pergi makan ye." ujar Hyomin.

Mingyu memandang Hyomin di sebelahnya. Hyomin memuncungkan mulutnya, bila Mingyu tidak memberi respon.

"Awak~"

"Iya sayang~"

Hyomin menghela nafasnya.

"Awak dengar tak saya cakap apa?" tanya Hyomin.

"Dengarlah sayang."

Mereka berdua berjalan masuk salah satu simpang. Dari jauh Hyomin boleh kelibat Rina bersama Wonwoo yang sedang berjalan.

"Awak nampak tak apa yang saya nampak?" tanya Hyomin.

"Nampak apa?" tanya Mingyu semula.

Hyomin tersenyum sebaik sahaja Rina berhenti di hadapan rumahnya. Rina melambai ke arahnya. Hyomin melambai semula ke arah Rina.

"ANNYEONG RINAAA!!!! RINDUNYAA DEKAT AWAKKK!!!" jerit Hyomin.

Rina hanya tersenyum ke arah. Hyomin baru sahaja mahu berjalan ke arah Rina, Mingyu menarik tangannya. Dia lupa, Mingyu masih tidak melepaskan pegangannya.

"Awak~ Lepaslah. Saya nak pergi dekat Rina ni." pinta Hyomin.

"Awak nak tinggalkan saya lah ni." teka Mingyu.

"Mana ada~" ujar Hyomin dengan manja.

"Kalau tak ada. Kita pergi sama-sama. Tak payah nak berlari sangat. Nanti jatuh."

"Ish! Dia ni." keluh Hyomin.

Hyomin baru sahaja mahu berjalan terdengar suara Rina menjerit memarahi seseorang. Hyomin langsung berpusing memandang ke arah Rina.

"Lepaslah!" marah Rina.

"Ikut saya sekarang!!" tegas Jongsuk yang masih menarik tangannya.

Hyomin terus memukul lengan Mingyu. Mingyu hairan dengannya.

"Awak nampak tak tu?! Dia nak bawa Rina pergi mana tu?" tanya Hyomin.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now