Rina berhenti berjalan sebaik sahaja tiba di hadapan rumahnya. Dia berpusing memandang ke arah Wonwoo. Wonwoo pantas menyorok beg kertas itu di belakangnya.
"Gomawo!" ucap Rina.
Rina lantas tersenyum manis pada Wonwoo.
"Nae." jawab Wonwoo sepatah.
Rina menundukkan kepalanya. Mahu berbicara tetapi tidak tahu apa yang harus di perkatakan. Wonwoo mengusap tengkuknya.
"Err.. Saya masuk dulu." ujar Rina yang sudah mengundur ke belakang mendekati pagar rumahnya.
"Aa.. Nae." jawab Wonwoo.
Rina senyum lalu berpusing membuka pagar rumahnya. Wonwoo hanya memerhatikan gerak-gerinya. Dia teringat sesuatu lantas melihat beg kertas yang masih di tangannya.
"Rina!" panggil Wonwoo.
"Nae?"
Rina pusingkan badannya melihat Wonwoo. Wonwoo berjalan perlahan mendekatinya. Dia memberikan beg kertas itu pada Rina. Hairan Rina apabila melihat beg kertas itu.
"Ouh?"
Rina melihat wajah Wonwoo sebelum mengambilnya. Dia langsung melihat apa yang berada di dalam beg itu. 'Anak patung?' Dia mengangkat wajahnya.
"Annyeong!" ujar Wonwoo dan terus berlalu pergi dari situ.
"Aa.. Wo.." kata-katanya tiba tersekat.
Hendak memanggil nama Wonwoo tapi dia sudah laju ke hadapan. Rina mencebik. 'Tak sempat nak ucap selamat tinggal.' ngomel hatinya.
"Haish! Jinjja! Malunya aku!" ujar Wonwoo yang sudah mengusutkan rambutnya.
Dia langsung tidak berpusing ke belakang melihat Rina. Dia malu untuk bersua muka dengan Rina. Entah. Dia pun tidak tahu kenapa.
Rina menghelakan nafasnya. Dia membuka pagar rumahnya dan masuk ke dalam kawasan rumahnya. Dia berjalan masuk menuju ke arah pintu rumahnya. Langkahnya terhenti sebaik sahaja ternampak kelibat Jongsuk di hadapan pintu. Jongsuk menyilang tangannya menanti Rina berjalan ke arahnya. Rina mengeluh kecil. Dia masih tidak bergerak dari situ.
"Awak pergi mana?" tanya Jongsuk.
"Suka hati saya lah nak pergi mana. Yang awak sibuk kenapa?" ujar Rina.
Dia memegang beg kertas itu dengan kedua tangannya. Dia cuba menenangkan hatinya yang sudah berdegup kencang. Entah. Tiba-tiba sahaja hatinya membuat hal. Atau mungkin dia takut untuk bersua muka dengan Jongsuk?
Jongsuk mula mengusutkan rambutnya. Dia berjalan ke arah Rina dan berhenti betul-betul di hadapannya. Rina masih tidak memandang muka Jongsuk. Takut atau menyampah? Dia sendiri tidak tahu.
"Saya bakal suami awak. Awak tak sepatutnya keluar dengan mamat tu lagi." ujar Jongsuk dengan nada lembut.
"Tapi! Awak tak boleh halang saya! Biarlah saya nak keluar dengan siapa pun."
Jongsuk cuba menahan marahnya dengan bercekak pinggang. Dia memandang ke arah Rina semula.
"Budak tu?"
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanfictionSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...