Hyomin cuba mencari kelibat Mingyu sebaik sahaja acara penyampaian sijil penghargaan sudah berakhir. Dewan yang besar yang dipenuhi dengan semua orang membuatkan Hyomin susah hendak berjalan. Dia cuba melalui mereka dengan mencelah semua orang itu. Dia terjengkit-jengkit mencari kelibat Mingyu. Maklumlah, dia seorang sahaja yang rendah.
"Ee.. Mana dia ni? Kata jumpa dia dekat sini? Tak ada pun dia? Orang telefon, tak nak angkat!"
Hyomin cuba mendail nombor telefon Mingyu lagi sambil itu dia cuba mencari kelibat Mingyu semula. Dia menunggu Mingyu menjawab panggilan itu.
Tut... Tut... Tut...
Panggilannya masih tidak di angkat. Hyomin yang sudah mula benggang. Dia terus mematikan talian telefon itu.
"Tak guna! Awak ingat saya tunggul kayu ke?! Nak tunggu kau!" marah Hyomin pada telefonnya.
Hyomin mulakan misinya mencari Mingyu. Orang yang lalu lalang di situ menganggu Hyomin hendak berjalan. Bahunya sahaja di langgarnya.
"Ish! Dia orang ni!! Tak nampak orang ke?! Main langgar je." bebel Hyomin.
Suasana di dalam dewan itu agak riuh sedikit. Ada yang sedang mengambil gambar untuk kenang kenangan. Ada yang sedang berbual rancak. Hyomin pula masih tercari-cari kelibat Mingyu.
"Annyeong Mingyu!" tegur seseorang.
Hyomin yang terdengar nama Mingyu. Dia terus berpusing mencari Mingyu. Terkejut Hyomin apabila Mingyu bersama dengan Soonha. Mereka berdua nampak gembira sekali lalu berpelukan. Mingyu mengusap lembut belakang Soonha.
"Dah lama tak jumpa Noona." ujar Mingyu langsung meleraikan pelukkannya.
"Nae. Sejak akhir-akhir ni. Noona tolong Omma dekat butik. Ramai pelanggan. Jadi tak menang tangan nak uruskannya." jelas Soonha.
Mingyu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Soonha menepuk bahunya.
"Pergi mana cuti ni?" tanya Soonha.
"Noona rasa saya pergi mana?" tanya Mingyu lalu mengangkat kening.
"Let me see.."
Soonha cuba memikirkan di mana tempat Mingyu pergi bercuti.
"Jeju?" teka Soonha.
Mingyu memuncungkan bibirnya lalu menggelengkan kepalanya.
"Ish! Habis tu pergi mana? Malas nak fikir." ujar Soonha.
"Noona cepat sangat putus asa. Hmm.. Saya pergi Filipina."
"Ouh?! Jinjjayo? Bestnya. Noona teringin nak pergi luar negara." Soonha sudah mula mencebik.
Mingyu hanya tersenyum manis ke arah Soonha. Hyomin tidak dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Keadaan sekeliling dewan itu sangat bising. Lagi-lagi suara lelaki yang bercakap macam pakai microphone. Soonha mula memegang kedua tangan Mingyu. Mingyu pun menghayun tangannya dengan senyuman di bibirnya. Ini membuatkan Hyomin semakin cemburu dengan mereka. Hyomin melihat mereka berbualan lagi.
"Ish! Aku tak dengar lah. Kenapa semua orang dalam dewan ni, bising macam duduk dalam zoo?!" marah Hyomin.
Tetapi tidak ada siapa pun yang mendengar bebelannya itu. Hyomin sudah memasamkan mukanya melihat semua orang tidak mengendahkannya. Dia melihat ke arah Mingyu semula.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanfictionSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...